*Pukul 11:30 p.m*
“Weh..jom pergi tandas kejap..aku rasa nak membuang lah.” Adi mengajak Amir.
“Ha okay ..aku pun..sebab takut rasa nak membuang bila dalam hutan nanti..baik aku buang dulu." kata Amir.
"Kau masuk la dulu..aku tunggu kat luar.." Adi menyuruh Amir masuk tandas dahulu.Amir menggangguk.Tiba-tiba Adi terdengar suara perempuan mengilai.
"Huuuuuuueeeeeeehhuuuhahaaaa.."
"Suara apa pula ni.." kata Adi di dalam hati yang sudah meremang.
"Weh Amir ..cepat sikit boleh tak? aku nak membuang juga.." jerit Adi dari luar.
"Haa okay dahh.Pergi masuk cepat,nanti kita ada aktiviti lagi." Amir keluar dari tandas.Adi bergegas masuk.
"Bulu roma aku dah meremang dah ni..tempat ini memang keras kut.."kata Amir di dalam hati sementara menunggu Adi keluar.
*Di dalam hutan*
"Ok baiklah para pelajar semua..anda semua akan ditinggalkan di dalam hutan .Jadi,jangan gatal nak meronda-ronda pula dalam hutan.Kalau ada apa-apa masalah,panggil sahaja kami.Faham semua?" tanya Ketua Kem di situ.
"Faham!" Kata semua pelajar.
"Weh Adi! kita nak buat apa kat sini? tanya Amir yang sudah bosan.
"Entahlah..kita menung jelah jawabnya.." Adi bergurau.
Share this novel