BAB 4

Mystery & Detective Completed 466

“Jalan kaki?” Jawab Akil dengan spontan. Dia tidak boleh memberitahu
perkara sebenar kepada Suevalina . Suevalina terdiam. Mungkin kerana nada Akil
yang berbunyi seperti sindiran. Akil mengusap rambut Suevalina dengan
perlahan, “Sakit?”

“Tak. Aku nak pulang.”

Ketika itu,sebuah bas yang tampak agak berlainan dari bas-bas sebelum
ini berhenti di perhentian bas tersebut. Akil berdiri dan mengambil
seutas rantai yang disimpannya di dalam sebuah laci. Suevalina melangkah ke
pintu keluar dengan langkah yang berat,mungkin masih enggan untuk
meninggalkan Akil tetapi dia tetap mahu pulang. Akil menahan Suevalina di
hadapan pintu keluar. Dia menarik tangan Suevalina dan meletakkan rantai
itu pada tapak tangan Suevalina lalu mengarahkan Suevalina untuk
mengenggamkannya. Akil menghantar Suevalina ke perhentian bas itu dan
melihat bas itu hilang dari pandangannya perlahan-lahan. Akil masuk
semula ke dalam kedai buku itu lalu bersiap-siap untuk menutup kedai
pada petang itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience