BAB 1

Mystery & Detective Completed 466

“Tempat apa ni? Kau siapa?” Kata Suevalina yang masih berada di dalam dakapan Akil saat dia terjaga dari lenanya. Akil mengusap rambut panjang
milik Suevalina yang halus itu dengan lembut. Jelas terzahir kejanggalan
dan perasaan tidak selesa dari mata Suevalina namun seperti biasa dia hanya
membiarkan Akil melayannya sebegitu tanpa berkata apa-apa. Akil sudah
lali dengan pandangan itu tetapi apakan daya,hanya pandangan itu yang
mampu dinikmati oleh dia setiap malam. Suevalina bangkit dengan
perlahan,hanya untuk menyandarkan semula kepalanya yang masih terasa
berat itu di bahu Akil. Akil senyum sambil mengeratkan lagi pelukan yang
semakin hangat dirasa olehnya. Suevalina langsung tidak
mengendahkannya,mungkin kerana terlalu penat dengan permainan dunia.
Akil menarik tangan Suevalina dan mengucupnya dengan lembut.

“Kau dah okay?” Soalan itulah yang sering menjadi mukadimah Akil. Soalan
klise yang sudah diulangnya beribu kali tetapi bukan pada Suevalina ,dia
mengganggap bahawa ia pertama kali soalan itu ditujukan kepadanya. Dan
seperti malam-malam lain,Suevalina meluahkan segala perasaan dan duka yang
tersimpan dalam hatinya. Akil tidak pernah bosan mendengarnya. Kekadang
timbul perasaan kecewa dan sedih dalam diri Akil kerana Suevalina melihat
dia seakan itu kali pertama mata mereka bersua. Dikala Suevalina bingung
mengingati semula memori yang hilang atau yang dianggapnya tidak pernah
wujud itu,Akil menanggung derita dan keperitan menyimpan segala memori
pahit manis ketika dia bertemu dengan Suevalina . Setiap malam,Suevalina akan
terjaga dalam dakapan Akil. Bergurau senda dengan Akil kadangkala
menangis bersamanya tetapi bila fajar menyinsing segalanya hilang dibawa
angin. Suevalina sedar dari lena panjangnya dan segala memori mereka
bersama hilang seperti mimpi-mimpi yang dilupakan. Akil hanya tersenyum
di saat jasad dan roh Suevalina hilang dari pandangannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience