BAB 6

Mystery & Detective Completed 466

Semua memori yang tersimpan dalam ingatan Akil ada di dalam rantai itu.
Selagi Suevalina memakainya,memorinya akan kekal dan tidak terpadam
menjelang fajar. Suevalina yang sepatutnya telah pergi ke alam yang satu
lagi terselamat kerana secawan kopi. Bas yang sepatutnya dinaikinya itu
untuk pergi ke sana meninggalkan perhentian bas itu tanpa Suevalina di
dalamnya. Akil hadir sebagai peneman Suevalina di kala dia sedih mahupun
gembira. Akil hadir untuk menceriakan hari-hari Suevalina yang suram dan
menemaninya menikmati hari-hari yang gembira. Akil hadir untuk menangis
dan ketawa bersamanya. Setiap pagi,Akil hilang seperti kabus
meninggalkan Suevalina sendiri namun Suevalina tidak pernah bersedih kerana
dia pasti akan bertemunya lagi pada malam nanti,seterusnya dan
selamanya. Akil dan Suevalina hidup dalam dua dunia yang berlainan tetapi
memiliki kebahagiaan yang sama seperti insan-insan pencinta dan dicintai
yang lain. Kalimat hanya maut yang mampu memisahkan pasangan itu seakan
tidak ada kesannya kepada Suevalina kerana dia tahu mereka akan
dipertemukan lagi di kedai buku itu dan bersama selamanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience