BAB 3

Mystery & Detective Completed 466

Dia menggosok-gosok matanya,seakan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya waktu itu. Dia menghampiri susuk tubuh itu. Dengan jarak itu,dia yakin
bahawa dia tidak tersalah orang. Badannya berlumuran darah dan terdapat
serpihan kaca yang besar tertusuk pada lengan kirinya. “Akil..” Katanya
sambil tersenyum nipis. Akil kurang mempercayai nama yang baru sahaja
terungkap di bibirnya yang kelihatan amat manis itu. Dia menghulurkan
tangannya, “Suevalina ?” Suevalina menyambut tangan Akil dan menariknya ke
ruang minum kopi di dalam kedai itu. Akil tidak sangka Suevalina
mengenalinya tetapi yang lebih menghairankan Akil,apakah sebenarnya yang
telah berlaku pada Suevalina . Akil bangkit untuk menyediakan kopi Suevalina .
Suevalina duduk sambil membelek-belek buku yang baru dicapainya itu. Suevalina
melihat sebuah bas berhenti di perhentian bas itu.

“Kil,I have to go now.”

Genggaman tangan Akil menjadi lemah,cawan yang sudah berisi kopi panas
itu terjatuh ke lantai dan menyebabkan tangan Akil melecur. Suevalina terus
mengeluarkan sapu tangannya dan membantu Akil. Kesakitan itu langsung
tidak dirasakan oleh Akil. Kata-katanya terputus-putus. Suevalina masih
sibuk merawat tangan Akil yang melecur itu.

“Su..Can you please stay for a cup of coffee?”

Suevalina mengangguk perlahan. Dia kembali ke tempat duduknya tadi
sementara menunggu Akil menyiapkan kopinya. Bas yang berhenti tadi sudah
beredar. Akil menghulurkan secawan kopi yang baru dibuatnya itu kepada
Suevalina . Suevalina meniup dan menghirupnya dengan perlahan.

“Apa jadi?”

Suevalina menggelengkan kepalanya, “Sedar-sedar ada kat dalam bas,turun pun
sebab nampak kedai buku kau ni.”

“Ramai yang tak boleh pergi sini.” Kata-katanya berselindung.

“Boleh? Maksud kau?”

“Tiada apa-apa.” Akil hanya tersenyum.

“By the way,bas seterusnya bila sampai?”

“Janganlah pergi.” Rayu Akil yang terasa agak terkilan dengan soalan Suevalina .

“Habis tu macam mana aku nak pulang?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience