5

Short Story Series 2579

"Alhamdulillah tahniah. Anak lelaki." Doktor Umaira mengangkat bayi yang masih merah dan ditunjukkan kepada suami isteri itu.

"Alhamdulillah. Terima kasih Allah, terima kasih sayang sebab dah lahirkan anak kita. You did it well, sayang"

Satu ciuman hangat menerpa dahi Narissa. Dalam lelah dia mengukir senyum kepada Fathan.

"Encik tunggu di bilik depan sana. Boleh ambil wudhuk dan azankan bayi di sana ya. Nanti misi akan bawakan."

"Baiklah doktor. Sayang, abang keluar kejap ya."

Narissa hanya mengangguk. Dia ingin melepaskan sedikit lelah sebelum berjuang untuk fasa menyusu dan berjaga malam.

Di bilik khas, Fathan mengazankan anak lelaki mereka. Syahdu suasana menyelubungi bilik itu. Ibu bapa Fathan dan keluarga Narissa turut bersama-sama meraikan moment terindah itu.

"Allahumma solli ala Muhammad" ucap Tuan Johari seraya mentahnikkan cucu sulungnya itu.

Disambut pula oleh besannya, Haji Aziz yang kemudian membaca doa dan dihembuskan ke telinga bayi itu.

Doa khusus buat bayi baru lahir. Allahuma faqqihha fiddin wa alimha fittakwil.

"Narissa. Mama bawakkan makanan. Makan lah sikit ya. Ada ikan selar bakar. Sup sawi pun ada." ibu mertua Narissa menyuakan mangkuk tingkat berisi makan berpantang kepada Fathan.

" Mama, terima kasih ya. Umi, Abi terima kasih juga datang dari jauh. Narissa terharu sebab semua sanggup tunggu tadi"

"Untuk anak, tiada masalah.." balas Umi nya.

Keesokan harinya, Narissa dan bayinya dibenarkan pulang ke rumah. Fathan terlalu teruja sehingga terlupa bahawa dia sedang membawa isteri dan anak yang masih dalam proses berpantang

"Allahuakbar maaf sayang. Abang tak perasan bonggol tadi"

Narissa hanya mengerling sedikit. Sabar saja lah.

"Abang, malam ni abang kena jaga anak ya. Bagi chance saya tidur sekejap."

"Boleh sayang .. " jawab Fathan. Tidak sabar rasanya mahu menguruskan sendiri zuriat sulungnya itu.

Usai solat Maghrib, Fathan masuk ke ruangan khas yang disediakan untuk Narissa berpantang.

Katanya, dia mahu Narissa mendapat rehat secukupnya. Jadi bilik utama mereka diubahsuai menjadi bilik yang lebih luas dan tenang.

Kelengkapan bersauna, peralatan bayi dan keperluan penyusuan susu ibu juga telah tersedia. Tersenyum lebar lah Narissa melihatkan itu.

"Abang. Nah, your first task" Narissa mengangkat keningnya nakal.

"Apa dia saa.. uwekkk uwekkk" berlari Fathan ke bilik air.

Rupanya anak kecil bernama Fathurrahman itu buang air besar. Fathan yang kali pertama mengalami situasi itu tidak dapat menahan loya. Iya, najis pertama bayi biasanya berwarna agak kehitaman. Mungkin Fathan tidak bersedia untuk itu.

Narissa gelak dalam hati. Semoga Fathan berjaya task pertama ini .

New chapter. ❤️

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience