Series
2579
Teruja Narissa apabila melihat semua pakaian bayi pusat kelengkapan bayi itu. Asalnya Fathan sudah berjanji untuk membawanya pergi shopping baju bayi. Tapi tiba-tiba pula Fathan perlu ke pejabat. Terpaksalah dia sendirian disitu.
"Hai, seronok ya shopping baju baby?" suara wanita menyapa Narissa. Terjeda seketika melihat wajah yang pernah menegur Fathan sewaktu dia kemalangan 4 bulan yang lalu.
"Sorry, lupa nak kenalkan diri. Ku Aminah binti Ku Abdul Rashid. Ex girlfriend Amar Fathan. " sengaja ditekankan perkataan itu dipenghujung ayat.
"Oh. Okay. " jawab Narissa sepatah. Hatinya tidak ketentuan dengan kehadiran Aminah.
"U sorang ke? Takkan lah Amar tinggal U shopping dekat sini? Dulu everytime I nak shopping selalu dia temankan tau.. haihhh tapi tu dulu. Cuma... I tak faham kenapa lain sangat taste dia sekarang sampai boleh kahwin dengan ustazah macam U?"
"Sorry Cik Aminah saya rasa saya nak kena balik. Tak ada mood nak beli baju baby." balas Narissa lalu berpaling untuk pergi.
"Wait . I tak habis lagi dengan U. By the way, I akan pastikan U rasa apa yang I rasa 6 tahun dulu. U akan terima akibatnya sebab U dah hancurkan impian I nak jadi isteri Amar"
Tangan Narissa digenggam erat oleh Aminah seolah cuba memberi amaran.
"Well.. untuk pengetahuan Cik Aminah, saya dan suami saya percaya Allah itu maha Adil. Jadi ugutan tadi insyaAllah takkan terjadi jika Allah tidak mengizinkan. Malu lah sikit U tutup kepala tapi hati dan mulut U tak selari dengan imej ni" perli Narissa.
Laju dia menapak keluar dari kedai itu dan masuk ke dalam kereta. Panas betul hatinya.
" Ingatkan dalam drama je ada spesies begini. Aduhh.. Sakit betul lah hati macam ni. "
Gumamnya sendirian sambil memandu ke pejabat Fathan.
Terduduk Fathan mendengar cerita Narissa. Antara percaya atau tidak, kerana dia tahu Aminah tidak seperti itu. Tapi mana mungkin isterinya menipu.
"Saya tak kisah kalau abang nak berkawan dengan dia.
Tapi bila dah ugut macam tu, saya sakit hati"
"Masalahnya abang tak sayangkan dia. Kisah kami dah berlalu. Sekarang ni abang sayangkan Nar dan anak kita ni" pujuk Fathan sambil mengusap perut isterinya.
"Iyalah tu. Entah-entah dia syok dekat abang lagi" muncung mulut Narissa tanda protes.
"Sayang, ish apa lah.. ingat, setiap kata-kata adalah doa. Doa yang baik-baik sayang, Allah dengar "
Pelukan Fathan sedikit sebanyak mengendurkan amarah Narissa.
Episod baharu ya. Terima kasih support
Share this novel