Series
2579
Fathan khusyuk menelaah lembaran kerja di meja sewaktu telefonnya berdering.
"Assalualaikum"
"Waalaikumusalam. Siapa ya..?"
"Amar, U masih ingat lagi suara I?" Aminah yang memanggil rupanya.
"Soory, wrong number.. "
"Wait.. Amar please listen to me. Just once..Bagi I peluang sekali je Amar"
Tak tergamak menolak rayuan Aminah, Fathan berdehem kecil membetulkan nada suaranya.
" Okay, U have five minutes before we hang up"
"OK, Thanks. Amar. I nak U tahu apa yang I buat dulu bukan kehendak I. I terpaksa Amar. I tak ada pilihan lain. Papa memang nak sangat I nikah dengan mamat sengal tu sebab dia dah janji dengan family Uncle Joshua. U tahu kan, Papa I lebih pentingkan karier dan maruah dia berbanding I. Even my late mother pun dia tak peduli asalkan bisnes dia lancar."
"Gila. U ingat I ni tak ada maruah? Macam tu? Hei U dengar sini. Sekali lagi U muncul depan I, I akan pastikan hidup U sia-sia" ugut Fathan.
"U yang gila. U buat I hidup merana then U bahagia dengan wife U. Kalau U percaya kan I dulu, selamatkan I dari plan perkahwinan bodoh tu.. kita dah bahagia sekarang ni, Amar.. Tak cukup terseksa ke hidup I sampai U hukum I dengan hukuman jiwa seumur hidup I? I tak layak ke bahagia, Amar? I am still single. I tak nikah dengan dia pun Amar. Tapi U bawa diri balik Malaysia nikah dengan budak kampung tu, U tak cari I langsung Amar?" ada esakan kecil dihujung suara Aminah.
Fathan terdiam dengan kata-kata Aminah. Ya, dia akui hatinya hancur di saat Aminah dipaksa berkahwin dengan seorang lelaki keturunan Cina. Dia memutuskan untuk kembali ke tanahair dan memulakan hidup baharu.
Takdir penentu segalanya. Pertemuan dia dengan Narissa secara tidak sengaja menjadi titik permulaan jodoh mereka berdua. Meskipun sukar mendapatkan hati Narissa, dia yakin cinta nya pasti dapat membahagiakan Narissa.
Esakan Aminah di hujung panggilan menyedarkan Fathan.
"Terpulanglah pada U nak fikir apa pasal I, yang I tahu, I masih sayangkan U, tak pernah sedetik pun I lupakan U." Aminah masih berusaha memujuk.
"Hm.. " Fathan cuma membalas malas.
"Kita jumpa? Boleh lah. Takpe kalau tu kali terakhir untuk kita berjumpa. At least we said a proper goodbye" tak berhenti Aminah merayu lelaki yang dia cintai itu.
"Bila.. tapi tak boleh lama." .
"Really? Okay kalau macam tu I akan set kan tempat dan waktu untuk kita berjumpa. Jangan tak datang. I tunggu" ceria suara gadis itu.
" Okay. Bye" Fathan terus mematikan talian. Dia mengelus rambutnya. Kusut fikirannya kali ini.
Entah kenapa dia menerima pelawaan daripada Aminah. Mungkin kerana Narissa semakin kurang prihatin kepadanya dek tuntutan tugas akhir sebagai pelajar ataupun mungkin jugak kehadiran Fathurrahman yang sedikit sebanyak menjurangkan hubungannya dengan Narissa.
"Astaghfirullahal azim.. Fathu anugerah Allah. Abah takkan sia-siakan amanah Allah untuk Abah. " monolog Fathan.
Dikerling gambar anaknya yang tersenyum diagah olehnya. Gambar yang diambil oleh isterinya. Setiap momen terlalu bermakna kata Narissa. Jadi dia sebolehnya mahu merakamkan segala momen indah keluarga kecil mereka.
"Sayang, abang minta maaf. " getus Fathan sambil fikirannya terus menerawang memikirkan apa yang telah terjadi sebentar tadi.
edited
Share this novel