6

Short Story Series 2579

Meriah suasana di kediaman Encik Johari. Sanak saudara berkumpul bagi majlis akikah cucu sulungnya.

Menu kambing masak gulai rias pisang yang cukup terkenal di utara tanahair menjadi hidangan buat tetamu yang hadir.

Kumpulan marhaban yang diundang turut menambah keserian majlis itu. Suasana yang cukup unik.

Tambahan pula, tidak ramai yang masih mengamalkan budaya Melayu sebegitu pada era serba moden ini.

Narissa anggun berbusana kurung dari kain batik lukis sedondon dengan ibu dan ibu mertuanya

Tiada pelamin berendoi sepertimana ikutan zaman sekarang, majlis yang sangat sederhana. Bagi mereka, tidak perlu lah mengikuti budaya bangsa luar sehingga membazir duit.

"Hang ni Zah, anak hang tu masih dalam hari. Tak payah bagi dia keluar bilik."

"Iya la. Sat lagi masuk angin baru hang tahu"

"Kaklong, dia kan cuma duduk meraikan tetamu. Lagipun luka dah sembuh, bagi lah dia lepas angin juga"

"Itulah hang, aku ni bidan kampung hang tahu tak? Bukan macam hang, asyik ikut apa yang doktor tu kata. Tu air panas hangat tak ada pun. Air kena minum yang berasap, bukan air mineral dalam botol"

Puan Azzah terus menggelengkan kepala. Dia yang bertugas sebagai ketua jururawat di Hospital Besar Sultanah Bahiyah sedikit sebanyak terganggu dengan komen dan butir bicara kakak sulungnya itu.

Narissa tergelak melihat telatah ibu dan mak saudaranya.

"Sayang, gelak apa tu" sapa Fathan. Sedari tadi dia memerhatikan wanita kesayangannya itu ralit dan tersenyum.

"Takde lah abang. Umi dengan Maklong tu, tak habis-habis bertelagah. Maklong kan bidan kampung, itu yang dia consent sangat bab berpantang ni"

" Ya lah. Yang baik kita ikut, yang tak elok dan bercanggah, kita tolak dengan hormat. Janji jangan ada yang terguris hati, okay?" pesan Fathan kepada isterinya.

"Mai Abah dukung anak Abah ni. Bagi Mama rehat pula ya", sambung Fathan lagi sebaik terpandang bahagian depan jubah isterinya basah.

"Saya masuk pam susu Fathan dulu ye Abang" ujar Narissa sambil bangun perlahan menuju ke bilik.

"Allahuakbar! Ayahh ...!!!! ". jeritan Ainul dan kembarnya Hasanah mengejutkan seisi rumah.

Rupanya seekor ular sedang berdiri tegak di pintu dapur sambil kepalanya menghadap dua beradik itu.

Fathan dengan cepat mengambil galah buluh milik bapa mertuanya lalu mengusir ular tersebut. Beberapa sepupu lelaki Narissa turut membantu mengusir kembali ular itu ke dalam semak.

Suasana kembali tenang namun Maklong Inah masih lagi geli geleman tatkala dia teringatkan peristiwa tadi. Kesempatan itu diambil untuk Fathan mengusik mak saudara isterinya itu. Apalagi, kembali riuh lah ruangan dapur dengan latah dan gelak tawa mereka yang ada disitu.

Majlis yang berakhir selepas waktu Asar itu membuatkan Fathan menarik nafas lega. Pengalaman kedua mengadakan kenduri besar di kampung Narissa benar-benar memenatkan baginya namun dia seronok melihat keakraban keluarga dan jiran sekeliling.

Meriah ya .. adakah kemeriahan ini aakan selamanya milik mereka?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience