3

Short Story Series 2579

"Suprise! Selamat hari lahir, abang"

"Allahuakbar sayang, terima kasih sayang."

Fathan meniup lilin yang dinyalakan di atas sepotong ke blueberry cheese kegemarannya.

"Abang, ni ada hadiah untuk abang. Nar tahu hadiah tu kecil aje...tapi.." , tidak sempat Narissa menghabisi ayatnya, Fathan mencium lembut pipi gebu isterinya.

"Tak apa. Abang buka dulu, kalau abang tak suka, Nar kena beli kan yang lain, okay?" seloroh Fathan disambut tawa kecil Narissa.

'Hai, Ayah!'

Tergamam Fathan membaca nota kecil yang terletak di dalam kotak itu.
Di bawah nya ada satu kit ujian kehamilan yang positif, beserta satu set baju bayi.

"Sayang.. ya Allah . Allahuakbar sayang. Syukur Allah. Allah makbulkan doa kita sayang. Allah bagi kita anak .. "

Berpelukan mereka berdua dalam sedu sedan menangisi kurniaan hebat Allah ya Khaliq, yang Maha Mencipta.

Sejak dari itu, apa sahaja tugasan rumah diuruskan sempurna oleh Fathan. Rupanya sewaktu dia mengetahui berita itu, kandungan Narissa sudah pun mencecah 2 bulan.

Kuasa Allah, tiada kejadian tidak diingini yang menimpa Narissa sewaktu kemalangan tempoh hari.

"Abang, makanan dah siap ke? Nar lapar.. baby asyik tendang je ni "

"Sudah sayang, Nar duduk abang ambilkan kejap."

" Okay abang"

Fathan menghidangkan makanan di atas meja makan. Usai berdoa, Narissa mengeluarkan telefon pintarnya dan mula mengambil gambar. Fathan yang sudah di suapan kelima menegur tindakan isterinya.

" Saja lah nak post, baru lah semua tahu habibi Nar ni sweet orangnya" ujar Narissa ringkas.

'Story updated'

Aminah melihat status Instagram Narissa dengan penuh cemburu.

Pantasnya dia yang sedang menikmati segala kebaikan Amar Fathan ketika ini.

Dihempas ke lantai cawan berisi jus oren. Puas hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience