Bab 2

Romance Series 18359

Bip. Bip. Bip.

Perlahan, fikirannya mula berfungsi. Adrian mencelikkan kelopak matanya. Dia menarik nafas hanya untuk merasakan sakit di bahagian perutnya. Adrian mengerang, kepalanya terasa sakit dan tekaknya terasa kering. Dia menyentuh dagunya, menyimpulkan bahawa dia sudah lama tidak sedarkan diri. Mungkin dua hari.

‘Aku hidup? Aku selamat?’

Segera sepasang mata hazel itu terlintas di fikirannya.

‘Bidadari itu. Bidadari aku. Dia menyelamatkan aku.’

Adrian melihat sekelilingnya untuk mencari gadis itu. Dia cuba bangun, mengimbas bilik. Dia menyedari bahawa dia berada di sebuah bilik. Terdapat tempat tidur lain berhampiran katilnya tetapi kebanyakannya kosong. Bunyi monitor yang berbunyi dan batuk individu yang jauh, dia tahu bahawa dia berada di hospital.

Bau pembasmi kuman yang biasa membuatkannya mual. Dia cuba bangkit dan berdiri tetapi seorang wanita berusia pertengahan umur yang berpakaian seragam putih mula menghampirinya.

“Awak harus berbaring.”

“I need a phone.” Adrian berkata, suaranya perlahan.

“Kami tidak mempunyai telefon awam disini, tuan. Sekarang berbaring.”

“Do you a phone?” Dia bertanya kasar.

“Y-yes.” Gumamnya, jelas menunjukkan takut dengan lelaki itu.

“Give it to me!” Adrian menjerkah jururawat itu dan segera jururawat itu mengeluarkan telefon dari poketnya. Setelah membuka kunci, dia menyerahkannya dan berlalu pergi. Sambil menghela nafas lega, dia memanggil satu-satunya orang yang dia tahu dan boleh dipercayai.

“Who is this?” Balas suara kasar setelah deringan kedua.

“It’s me. Track this number down and come here immediately. You have an hour.” Dia menutup telefon lalu melempar ke birai katil di sebelahnya, dia berbaring kembali dan cuba berehat. Dia tahu bahawa itu adalah hospital awam dan tiada ancaman langsung.

Seorang lelaki pertengahan umur yang memakai kot putih menghampiri katilnya. “How are you feeling now? I was told that you were awake.”

“Siapa yang membawa aku ke sini?” Adrian bertanya sebaliknya.

“Salah seorang pekerja kami. Awak ditembak di bahagian kiri perut. Nasib baik kami dapat merawat awak tepat pada waktunya sebelum berlaku kecederaan serius.” Dia menjelaskan dengan tenang.

“I want to know where is she?” Lelaki separuh umur itu menggeleng, keningnya berkerut kebingungan. “Maaf tapi saya tak dapat beritahu awak tentang dia.” Dia berkata tegas, seperti seorang bapa yang melindungi gadis itu daripada lelaki yang jahat.

Adrian tersengih ketika doktor itu memberitahunya. Dia menyedari keadaannya kerana ini bukan pertama kali dia mengalami luka akibat tembakan. Tetapi adalah kali pertama dia hampir mati.

“That girl saved me. I need to know about her. Jelas, aku sekarang terhutang budi.” Katanya perlahan namun menyeramkan.

‘My lovely angel, you helped me and now I’m in your debt. And I always pay back my debt.’ Dia tergelak sendiri. Dia tahu dia akan pergi sebelum gadis itu bertemu dengannya tetapi dia tidak akan melepaskannya.

Tak lama kemudian, orang yang dia tunggu tiba.

•••

Matanya mengekori gadis itu ketika dia keluar dari pintu masuk hospital.

‘There you are, my angel. At last I have come to claim you.’ Dia tersenyum sendiri sambil keluar dari kereta dan mengikuti gadis itu secara senyap.

Adrian merasakan kegembiraan melalui pembuluh darahnya ketika dia berjalan. Dia akan memastikan hutangnya dengan gadis itu dilunaskan sepenuhnya.

‘Oh my angel, I’m about to have fun with you.’ Adrian mempercepatkan langkahnya ke arah gadis itu. Tangannya mencapai selendang yang dipakai gadis itu.

Maaf typo >_<

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience