Bab 1

Romance Series 18359

ADRIAN bersandar pada dinding yang kotor, dia cuba menarik nafas. Tangannya kuat mencengkam bahagian perutnya yang terkena tembakan.

“Urghhh,” Dia merintih, cuba melihat sekelilingnya. Tapi kehilangan banyak darah yang berterusan tidak membantu. Dia mengetatkan genggaman pada pistol yang dipegangnya. Yang dapat didengarnya adalah keheningan yang memekakkan pada malam hari dan titisan hujan yang ringan terkena pada tong logam dan tanah konkrit.

Kepalanya rasa berat dan kakinya gementar kerana berdiri terlalu lama. Menyerah, dia menyerah. Dia bersandar pada dinding dan perlahan-lahan badannya melorot ke tanah.

“So this is how I end? I never thought I would meet my make this way. And for what? What do I have to show for it? Nothing,” katanya dengan cemuhan. Dia menahan semua emosi yang tidak pernah dia sendiri rasakan tetapi ketika hampir mati, dia tidak perlu menghentikan pemikiran yang tidak diingini untuk menyerang pemikirannya. Dia menyandarkan kepalanya di dinding, lalu mendongak memandang langit yang gelap.

‘Jadi tuhan memanggil aku sekarang? Aku tahu aku akan terus ke neraka. Aku rasa tuhan memilih kematian aku paling menyakitkan dan tidak bermakna. Maybe I deserve it,’ Dia tergelak kecil pada dirinya sendiri.

Tentu saja, mudah baginya untuk menyerah. Lagipula, dia tiada apa-apa untuk meneruskan hidup. Semua yang dia lakukan hingga sekarang adalah untuk menyelamatkan dirinya. Satu-satunya sebab dia terus menjalani hidupnya seperti ini adalah kerana menggembirakan, bukan membahagiakan.

Dia tahu bahawa tiada guna jika terus berlawan. Tak lama lagi pasti musuh-musuhnya akan menemukannya dan mengakhirkan hidupnya, tetapi dia nekad tidak akan membiarkan dirinya mati di tangan bajingan seperti itu.

Penglihatannya mula kabur, cengkaman pada senjata juga perlahan melonggar. Dia jatuh terbaring, menunggu malaikat maut memanggilnya. Dia cuba memejamkan mata dan fikirannya mati rasa.

Tiba-tiba perasaan takut menerjah hatinya. Dia sebenarnya takut mati. Ketika dia ingin menyerah, ada satu suara yang menyuruhnya melawan dan meneruskan hidup.

‘For what? Aku tidak mempunyai apa-apa untuk meneruskan hidup,’ Dia berdebat dengan dirinya. Ketakutan perlahan menjalar ke dalam hatinya kerana takut akan kematian. Tetapi itu takkan dapat dia elakkan.

‘Maybe if I had something good in life, then I could bargain in for a second chance.’

Tiba-tiba tubuhnya mula merasa kebas, tangan dan kakinya terasa sejuk. Nafasnya perlahan ke tahap yang tidak normal. Dalam satu usaha terakhir, mulutnya terbuka untuk menarik sebanyak mungkin udara, tetapi semuanya tidak berguna.

Tiba-tiba dia terdengar langkah kaki menghampirinya. Dia cuba mencengkam pistolnya tetapi gagal.

“Oh tidak!” Suara yang lembut menghiasi pendengarannya. Setelah membuka matanya, dia melawan kabur dan menemui sepasang mata hazel yang paling indah yang pernah dilihatnya.

‘Adakah ini bidadari? Sekiranya tuhan ingin mengambil aku maka aku tidak keberatan untuk mati lagi.’ Dia tersenyum lalu menutup matanya.

“Hei, awak boleh dengar saya?” Dia bertanya dengan tergesa-gesa.

Adakah ini bagaimana neraka? Atau adakah aku sebenarnya telah mendarat ke syurga bersama bidadari ini?

“Saya segera memerlukan bantuan. Tolong sampai ke sini dengan cepat.” Dia bercakap dengan telefon sambil memberitahu alamat.

“Awak akan baik-baik saja. Tolong bertahan disini.” Dia mendengar gadis itu berkata, suara itu terdengar meyakinkan, hampir terdengan seperti muzik di telinganya. Dia mahu mendengar lebih banyak suara gadis itu. Dia mahukan bidadari ini. Dia mahukan semuanya untuk dirinya sendiri.

Bunyi kain dirobek melalui udara. Dia merasakan tarikan di perutnya. Dia merasakan tangan gadis itu di sekitar lukanya. Dan ketika gadis itu menekan tempat tersebut, kedengaran desahan kecil keluar dari mulutnya.

Tidak lama kemudian, bunyi siren ambulans mula menghampiri tempat mereka berada. Pandangan lega muncul di bebola mata hazel gadis itu.

“Awak akan baik-baik saja. Tunggu saja disini.” Gadis itu berkata dan dengan cepat berdiri lalu melepaskan tangan Adrian.

Tidak, jangan cantik!

Dia mahu menghalangnya. Tetapi keadaannya membataskan tindakan itu. Dia merasakan matanya kabur.

Tidak, aku mahu bersama bidadari aku!

Dia berusaha melawan kabur tetapi tiada gunanya. Perlahan-lahan matanya terpejam.

Maaf typo >_<

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience