AMELIA bergegas masuk ke dalam rumahnya lalu menutup pintu. Hujan mula turun beberapa saat yang lalu, mujurlah dia habis pekerjaan tepat pada waktunya dan berlari pulang.
“Amelia, itu kamu?” Dia terdengan suara memanggilnya dari dapur.
“Ya umi, ini saya.” Dia menjawab dengan lantang dan menyangkut payungnya lalu menanggalkan kasutnya dan mengelap dengan kain basah. Dia terus ke dapur dan menghidup aroma yang enak.
“Hmm, bau enak.” Dia berkata lalu mencium pipi ibunya. Wanita tua berusia 40-an itu tersenyum mesra pada anak gadisnya, matanya terkedip-kedip melihat anak gadisnya mengenakan jubah putihnya.
Secara teknikalnya, dia adalah ibu saudara kepada Amelia tetapi Amelia tetap saja memanggilnya sebagai umi. Dia menjaga gadis itu sejak kecil kerana dia tidak mempunyai anak sendiri. Ibu bapa kandung Amelia adalah peguam dan mereka mempunyai tiga orang anak lelaki. Mereka sendiri menyerahkan Amelia kepadanya yang tidak mempunyai anak.
Amelia diberitahu tentang kebenaran pahit ini pada hari ulang tahunnya yang ketiga belas.
“Bagaimana tugas malam?” Ibunya bertanya. Amelia duduk di salah satu tempat duduk di meja makan berdekatan sudut dapur kecil.
“So tired. Dr. Faruq buat Amelia jadi gila.” Dia merengek. Dia ingin memberitahu perkara ini kepada ibunya tetapi dia telah lama memutuskan bahawa dia tidak akan membebani ibu dan bapa saudaranya dengan masalah hidupnya.
“Abah tak makan tengah hari ni?” Tanya uminya.
“Tak, dia perlu menghadiri mesyuarat petang ni.” Amelia memberitahu lalu duduk. Mereka berdua menikmati makanan tanpa suara dan selepas selesai makan, Amelia menolong ibunya membersihkan meja dan mencuci pinggan.
“Aiman datang hari ni untuk berbincang mengenai perkahwinan kamu berdua.”
Amelia mengeluh dan pinggan yang dipegangnya jatuh ke dalam singki berisi air.
“Sial.” Gumamnya. Dia membersihkan air sabun yang terkena pada bajunya.
“Kenapa dengan kamu Amelia?” Ibunya bertanya. Amelia menghela nafas dan terus mencuci pinggan. Baginya, perkahwinan bukanlah topik yang hangat.
“Tak ada apa-apa umi.” Tiba-tiba sepasang mata kelabu melintas di fikirannya, dia segera menggelengkan kepalanya untuk menghilangkan bayangan itu.
“Amelia, kamu sudah berusia dua puluh empat tahun. Kamu harus berkahwin. Lagipun, budak lelaki itu sangat baik. Dia mempunyai perniagaan sendiri. Dia hanya dua tahun lebih tua dari kamu. Dia tidaklah kacak tetapi baik. Dia berpendidikan, itu yang penting.” Sudah tentu dia menginginkan seorang lelaki yang baik untuk anak gadisnya.
Amelia tidak berminat dan dia tahu bahawa ibu bapanya tak akan memaksanya, apa yang mereka mahukan adalah untuk memenuhi permintaan terakhir mereka.
“Tentu saja umi akan membincangkan perkara ini dengan ibu dan ayah kamu. Restu mereka sangat penting.”
“Kenapa beritahu mereka, umi? Umi dan abah adalah ibu bapa Amelia, dan apa saja keputusan yang umi dan abah buat, Amelia akan ikut.” Dia berkata pahit lalu menyelesaikan tugasnya.
Apa yang dia tidak bersetuju dengan umi dan abahnya adalah mereka selalu melibatkan ibu dan ayahnya dalam perkara yang berkait dengan hidupnya. Tanpa banyak bicara, Amelia berlalu naik dan tidur.
•••
Ketika dia bangun pagi ini, dia memutuskan untuk sambung tidur kerana ini adalah hari cuti. Apa yang dia mahukan adalah tidur tetapi dia tahu ini adalah satu-satunya masa terluang pada minggu ini dan ada banyak perkara yang perlu dia lakukan.
Dia mengambil telefonnya dan mendail nombor Fateha.
“Hello? Assalamualaikum, so you finally remembered that someone names Fateha exist in your life?” Aidan menjawab, Amelia memutarkan matanya lalu mengusap wajahnya.
“Selamat pagi.” Amelia tersengih.
“Wah, apa telah terjadi? Did a frog actually went down your throat and died or did you just sleep in?” Fateha ketawa.
“Hahaha sangat lucu.” Katanya.
•••
Ibu Amelia datang ke biliknya, dia melihat ibunya dalam keadaan gugup.
“Bagus kamu dah bangun.” Ibunya berkata ketika Amelia meletakkan telefonnya kembali. Ibunya melangkah ke almari anak gadisnya dan mengeluarkan gaun biru.
“Cepat pakai pakaian ini. Seseorang ingin menemuimu.” Ibunya memaklumkan.
“Who?” Tanya Amelia.
“Turun cepat, okay?” Kata ibunya lalu berlalu pergi. Amelia bingung tetapi tetap menurut.
•••
Setelah mandi, dia memakai pakaiannya dan memakai lip gloss berwarna merah jambu.
‘Mungkin mereka datang melawat dari Florence.’ Dia berfikir kerana setiap kali mereka berkunjung kesana, ibunya akan menyediakan pakaiannya.
Ketika dia mendekati ruang tamu, nafasnya tersekat di kerongkongnya dan matanya terbeliak kerana terkejut. Jantungnya berdebar, Adrian Gabrielle datang ke rumahnya!
‘What the hell is he doing at my house?’ Dia menjerit di dalam hatinya.
Adrian tersenyum sinis ketika melihat Amelia yang terkejut.
Maaf typo >_<
Share this novel