DENGAN pipi yang memerah, Amelia menundukkan pandangan ketika melihat Adrian menatap ke arahnya.
‘What the hell is this imbecile doing in my house? How dare he! Did he follow me back home?’
Dia benar-benar marah dengan lelaki asing ini yang perlahan mula bermain-main dalam fikirannya. Dia mula berfikir bahawa Adrian itu seorang pengintip, tetapi lelaki itu tidak kelihatan seperti itu.
‘Rupa boleh menipu, Amelia’
•••
“Saya minta maaf atas pencerobohan. Saya sedar saya pasti akan mengejutkan tuan jika ada lelaki asing datang ke rumah. Tapi saya betul-betul ingin membincangkan sesuatu yang penting berkaitan dengan Amelia, anak perempuan tuan.” Suaranya mendatar, seluruh keyakinannya memancar.
“Bagaimana kami dapat menolong, encik?” Bapa Amelia bertanya, menyebabkan tatapan mata antara Amelia dan Adrian terputus. Dia duduk dan memberi isyarat kepada lelaki itu untuk duduk juga. Lelaki itu nampak muda, mungkin dua atau tiga tahun lebih tua dari Amelia.
Amelia berlalu pergi ke dapur mengambil makanan ringan dan minuman. Ketika dia dan ibunya kembali ke ruang tamu, mereka terus duduk di tempat duduk.
Amelia melihat ibunya yang kelihatan bingung. Dia kemudian menggelengkan kepala dan mengankat bahu ketika menghadap lelaki asing itu.
“Apa urusan encik dan anak perempuan kami?” Bapa Amelia bertanya dengan wajah kebingungan.
“I will straight to the point. Nama saya Adrian Gabrielle, pemilik dan Ketua Pegawai Eksekutif DeVille Enterprise.” Adrian menjawab. Penyataan itu mengejutkan Encik Musa kerana dia menyedari betapa berbeza darjat mereka.
Dia tidak mengerti mengapa lelaki terkenal dan berkuasa seperti itu datang ke rumahnya. Urusan apa antara dia dan anak perempuannya? Dia sangat tahu bahawa DeVille Enterprise mempunyai ribuan syarikat di seluruh negara dan juga dunia. Syarikat itu merupakan syarikat utama yang menguruskan rangkaian hotel, resort, kilang, dan juga syarikat pembinaan.
Dia baru-baru ini baru saja menyelesaikann sebuah projek yang ditugaskan kepadanya oleh syarikatnya dari DeVille Enterprise yang merupakan pelabur syarikatnya selama bertahun-tahun. Dia tidak pernah membayangkan bahawa CEO DeVille Enterprise peramah dan sangat muda.
“Bagaimana saya dapat menolong, Tuan Gabrielle?” Tanyanya, suaranya penuh hormat.
Amelia jelas menunjukkan rasa terkejut apabila melihat ayahnya menunjukkan rasa hormat kepada lelaki itu.
‘Adakah ayah kenal lelaki ini?’
Dia melihat Adrian menyipitkan mata ke arahnya ketika ibunya bangun dan memberinya secawan teh. Adrian memberikan senyuman kecil kepada wanita tua itu.
Tak banyak berfikir, Amelia memutuskan untuk fokus kepada tehnya sahaja.
‘Apa yang lelaki ini mahukan?’
Seolah-olah merasakan suasana sunyi, Adrian meneguk tehnya dan meletakkan kembali.
“Sebenarnya encik, saya ingin meminta sesuatu.” Dia memulakan perbualan dan memandang Encik Musa tepat di mata. “Saya ingin melamar anak gadis encik.”
Amelia tersedak teh yang dia minum dan cepat-cepat meneguk dan mula terbatuk. Dia melepaskan diri dari ruang tamu. Setelah sampai ke dapur, dia mengeluarkan segelas air untuk melegakan tekaknya yang perit.
“That ill-mannered man! How dare he show up at my house and say something like that? How dare he? What would mom and dad think for me? That I was doing these kinds of things at my work place? Damn him!”
Dia cuba untuk menenangkan diri tetapi tidak boleh. Dia tak pernah menyangka yang seorang lelaki boleh membuat dia marah, seperti Adrian Gabrielle yang berani datang ke rumahnya dan melamarnya.
“He doesn’t even know me! Ya Tuhan, jangan beritahu aku yang dia menyukai aku ketika berjumpa dengannya semalam. Tapi kenapa aku? Adakah kerana kecantikan aku sahaja aku dapat menarik seorang lelaki tampan datang ke rumah?”
Amelia tidak dapat berfikir tetapi dia ingin menolak lamaran Adrian, bukan kerana dia tidak menyukai lelaki tampan itu tetapi kerana lelaki itu adalah asuhan bangsawan. Bukan saja dia yang menyedari hal itu, tetapi dia yakin yang ibu dan ayahnya juga mengetahui hal ini. Lebih-lebih lagi nalurinya memberitahu bahawa Adrian sangat berbahaya dan dia perlu menjauhinya.
•••
Amelia diam-diam kembali tetapi tidak memasuki ruang tamu. Dia bersandar di dinding.
“Keluarga saya terkenal di seluruh negara. Saya jamin yang Amelia akan menjalani kehidupan yang baik dengan saya.” Suaranya tegas.
“Kami faham, tapi bukan itu yang dapat menenangkan kami. Kalau tuan benar-benar ikhlas, tuan sebenarnya perlu membawa ibu bapa tuan ke sini.” Encik Musa berkata dengan nada lembut.
Amelia tahu ketika ayahnya menyatakan itu, dia sudah pasti dengan keputusannya. Lega Amelia ketika merasakan ketidaksetujuan ayahnya.
“Ibu bapa saya orang yang sibuk, mereka kebanyakannya selalu ke luar negara. Jadi saya ingin menyelesaikan masalah ini sendiri.” Adrian berkata dan suaranya terdengar seperti menahan sesuatu, marah mungkin.
•••
Amelia menapak berat ke ruang tamu tetapi dia merasakan lengannya ditarik. Dia segera menarik lengannya, jantungnya berdegup kencang. Tangannya jatuh ke sisi dan dia mengepalkan penumpuk.
Ketika mendongak ke atas, dia melihat wajah Adrian yang mengetat, jelas kelihatan urat timbul di dahi lelaki itu.
“I will be back for you. Be prepare.”
Amelia terus menuju ke pintu dan keluar dari rumahnya. Dia meletakkan tangan di dadanya dan cuba menenangkannya.
“Amelia!” Terdengar suara bapanya dari ruang tamu, dia tersentak dan bergegas ke dalam. Dia melihat ayahnya mundar-mandir di ruang tamu dan memandangnya dengan marah. Dia tak pernah melihat ayahnya semarah ini sebelumnya dan ini yang membuatnya takut.
“Adakah kau mempunyai sesuatu untuk mengatakan tentang perkara ini?!” Suaranya bapanya naik seoktaf.
“Amelia tak kenal lelaki itu, ayah. Lelaki itu datang ke hospital semalam. Amelia cuma menolongnya kerana dia cedera saja.” Beritahunya. Air mata mengalir di pipinya. Inilah yang dia takutkan.
Encik Musa menatap anak gadisnya selama beberapa saat. Dia menghela nafas dan berjalan menghampiri Amelia. Dia tahu bahawa Adrian menggunakan Amelia, tetapi dia tidak boleh menyalahkan lelaki tampan itu.
“Sekarang tolong umi untuk makan tengah hari.” Ayahnya berkata dan memberikan senyuman lembut kepada Amelia.
•••
Amelia bangun pada waktu subuh dan cepat bersiap untuk bekerja. Umi dan ayahnya masih tidur. Dia diam-diam ke dapur dan minum segelas teh dan beberapa keping roti untuk sarapan.
Tepat pada 7 pagi, dia meninggalkan rumahnya dan berjalan ke arah lorong sunyi. Dia berasa seperti sedang diperhatikan. Dia melihat sekeliling dan tidak melihat sesiapa pun.
Tangannya turun ke beg tangannya di mana dia menyimpan pistol kecil. Dia menggenggam dan menoleh ke belakang. Dia menghela nafas apabila tidak melihat sesiapa.
Namun dalam masa yang singkat, dia merasakan lengan yang kekar memeluk pinggangnya dan menekup mulutnya. Tubuhnya meronta-ronta melawan orang yang cuba menculiknya. Jantungnya berdegup kencang.
Dia cuba mengeluarkan pistol tetapi bau klorofom yang menekut mulutnya membataskan perlakuannya itu. Badannya mula lemah dan perlahan-lahan matanya tertutup.
“At last, I have you, cara.” Terdengar suara garau yang tidak asing di telinganya sebelum dia tidak menyedarkan diri.
Maaf typo >_<
Share this novel