DENGAN berhati-hati Adrian duduk di birai katil. Matanya tertacap pada wajah nyenyak gadis itu. Memastikan bahawa gadis itu tidak terganggu dari tidurnya.
Dia mengusap perlahan bibir mungil gadis itu yang kering dan sedikit terbuka, kulitnya yang putih dan sedikit pucat, bulu matanya yang panjang dan lentik sementara di bawah mata mempunyai lingkaran gelap.
Rasa bersalah mencengkam hatinya, sesuatu yang dia rasa tidak mampu dirasakannya, namun dia merasakannya dan hanya untuk gadis itu. Kerana dia tahu bahawa dia adalah penyebab keadaan gadis itu sekarang, tetapi dia tidak dapat menahannya.
Ever since she entered his life, he was besides himself and acted on pured unadulterated male impulse.
Dia menghela nafas, dia bersyukur gadis itu tertidur kerana dia tidak mahu gadis itu mendengar apa yang ingin dia akui, bukan hanya pada gadis itu tetapi juga untuk dirinya sendiri.
“I know that I forced this life on you, cara,” Dia berbisik lembut. Jarinya mengalih lembut helaian rambut gadis itu dan menyelitkan ke belakang telinga.
“But I can’t help it. When it comes to you, I’m selfish beyond compare. You don’t realise what you mean to me and even though I have to force everything upon you, I know that one day you will forgive and accept me for what I did to you,” Dia mengeluh, terus membelai pipi gadis itu dengan berhati-hati.
Maaf typo >_<
Share this novel