Bab 6 Ahli Humonster

Superhero Completed 723

Hazeeq dan kumpulannya pun menyertai Humonster. Kanak-kanak begitu gembira kerana seluruh keperluan mereka dilengkapkan. Mereka juga mendapat rakan-rakan yang baik. Humonster mempunyai mutan-mutan yang berbakat. Jadi, apabila kanak-kanak mutan dididik dengan betul, mereka akan menjadi orang yang hebat suatu hari nanti.

Dinzly makin lama makin selesa berada bersama mutan-mutan yang lain. Dia berasa seperti objektifnya untuk meletakkan kesaksamaan terhadap mutan telah pun tercapai. Walaubagaimanapun, Hazeeq merasakan yang mereka semua ini sedang menggunakannya untuk kebaikan manusia. Yalah, apabila ada kecemasan ja, manusia akan memanggil mutan. Tetapi, apabila senang, mereka memulaukan mutan. Hazeeq kelihatan tidak bersependapat dengan mutan-mutan yang lain.

Perkara-perkara yang difikirkan oleh Hazeeq ini dapat dibaca oleh Dinzly. Dinzly melaporkan perkara ini kepada Jabbar. Perbuatan Dinzly ini sampai ke telinga Hazeeq. Hazeeq berasa begitu marah terhadap kelakuan Dinzly.

Malam itu, Hazeeq ingin melarikan diri dari institusi Humonster. Sebelum itu, dia berniat untuk melepaskan amarahnya keatas Dinzly. Dia pergi ke bilik tidur Dinzly. Lalu, dia menggunakan ekornya untuk mencekik Dinzly. Dinzly menghadapi kesukaran untuk bernafas. Apabila melihat rakannya itu sesak nafas, dia melepaskannya. Dia berasa menyesal kerana sifat amarahnya itu telah membuatkannya membunuh rakan baiknya.

Sedang dia sedih meratapi kematian rakannya. Jabbar dan 2 orang Humonster masuk ke bilik itu. Jabbar terus pergi kepadanya lalu mencekiknya menggunakan tangannya yang kuat itu. Hazeeq mencuba untuk melepaskan diri menggunakan ekor tajamnya. Akhirnya, dia berjaya melepaskan diri. Malik yang turut berada di dalam bilik itu mengawal badannya. Hazeeq menjadi kaku. Selepas itu, Jabbar menggarinya. Dalam perjalanan ingin ke Pusat Kurungan Mutan, Hazeeq telah berubah menjadi seekor kelawar dan pergi jauh daripada mereka. Sejak dari hari itu, mereka tidak lagi dapat mengesan Hazeeq si Vampshift.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience