Bab 2 Penawar

Superhero Completed 723

Selepas Hazeeq sedar akan perubahan yang dialami dirinya, dia menutup kepalanya dengan hoodie supaya orang lain tidak dapat melihat kecacatan dirinya. Dia bergegas ke rumahnya. Tiba-tiba, dia terlanggar seorang lelaki. Lelaki itu berkata "Jangan sembunyikannya". Dia terkejut dengan kata-kata lelaki itu. Lelaki itu seolah-olah boleh membaca fikirannya. Ternyata lelaki itu ialah Dinzly. Seorang mutan yang terkenal dan dikehendaki oleh kerajaan. Dinzly diburu polis kerana sikapnya yang suka memberontak. Kebolehan mengawal minda yang dimiliki olehnya membuatkan musuh yang berhadapan dengannya berasa takut dan keliru akibat kebolehan mengawal mindanya.

Hazeeq tidak menghiraukan Dinzly. Dia meneruskan perjalanan pulang kerumahnya. Dinzly mengikutinya dari belakang. Sesampainya di rumah, Hazeeq terus mengunci pintu rumahnya. Lalu, Dinzly mengetuk pintu rumah dan meminta untuk masuk kedalam rumah. Hazeeq membuka pintu rumah dan mempelawa Dinzly untuk masuk. Apabila mereka duduk di atas kerusi, Hazeeq membuka hoodienya. Dinzly tidak terkejut dengan rupa Hazeeq yang menyeramkan itu. Dia mengatakan bahawa seseorang mutan tidak akan takut apabila melihat mutan yang lain kerana mereka mempunyai hubungan genetik.

Dinzly pada asalnya merupakan seorang doktor psikologi. Tetapi, disebabkan gen mutan yang makin aktif di dalam darahnya, dia memilih untuk berhenti kerja kerana khawatir dia akan dibenci oleh masyarakat. Kemudian, dia memilih untuk memberontak kerana dia selalu dicemuh kerana kebolehannya dianggap cacat oleh manusia lain.

Hazeeq mengatakan bahawa dia ingin membuat cecair penawar supaya gen mutannya menjadi lemah. Dinzly melarangnya. Dinzly mengatakan bahawa Hazeeq sebenarnya boleh mengawal kuasanya sendiri. Dia boleh menggunakan kebolehannya untuk melawan semua orang yang menentang mutan. Dia boleh menjadi seorang yang berkuasa dengan kebolehan seperti vampire yang dimiliki olehnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience