Setelah mendengar larangan Dinzly itu, dia nekad untuk membatalkan niatnya untuk menghasilkan penawar itu. Dinzly mengatakan bahawa mereka boleh membuatkan gen mutan yang berada di dalam diri mereka menjadi lebih kuat. Mereka menuju ke makmal di bawah rumah Hazeeq. Mereka ingin bereksperimen mengenai cara gen mutan di dalam tubuh mereka bertindak balas.
Mereka mengambil sampel darah setiap seorang. Mereka mendapati bahawa gen mutan di dalam tubuh mereka akan menjadi aktif sekiranya perasaan mereka tertumpu kepada amarah dan dengki. Mereka mendapat ilham untuk membuatkan kuasa mereka menjadi lebih ganas. Mereka menyuntik gen mutan yang telah dicampur dengan beberapa bahan kimia yang diradiasi ke dalam tubuh mereka.
Mereka mengalami perubahan fizikal yang pelik. Hazeeq mengalami fenomena-fenomena pelik seperti sayap hitam tumbuh di bahagian belakang badannya, ekor yang bermuncung tajam muncul di bahagian pinggulnya, matanya menjadi merah menyala dan badannya bertambah pucat. Akan tetapi, dia juga mendapat kuasa yang lebih kuat. Dia bukan sahaja boleh menyedut dan menyerap darah, tetapi dia juga boleh berubah bentuk menjadi semua jenis haiwan. Dia juga boleh menggunakan ekornya seperti pedang kerana mempunyai muncung yang tajam.
Dinzly juga mengalami fenomena yang pelik seperti rambutnya gugur keseluruhannya, kedua-dua kakinya menjadi tempang dan matanya menjadi kabur. Kuasanya juga meningkat seperti dia boleh terus mendengar perkara yang berada dalam fikiran orang lain.
Mereka berdua berasa lebih berkuasa dengan kebolehan mereka. Mereka merancang untuk menentang musuh-musuh mutan. Apabila mereka berada di luar, masyarakat akan memandang sinis kepada mereka. Tiba-tiba, sekumpulan polis mengepung mereka berdua. Sebelum polis itu hendak melepaskan peluru, mereka menggunakan kuasa mereka untuk melawan polis itu. Hazeeq berubah bentuk menjadi seekor ular sawa. Dinzly menggunakan kuasanya untuk menghentikan pergerakan polis-polis itu. Hazeeq menikam polis-polis itu menggunakan ekor pedangnya. Dia menyerap darah polis-polis itu. Lalu dia menggunakan darah-darah itu untuk menguatkan lagi kuasa jahatnya. Setelah selesai bertarung dengan ganas, Hazeeq berubah bentuk menjadi seekor helang lalu membawa Dinzly pergi jauh dari situ.
Sesampainya dirumah, Hazeeq begitu menyesal kerana dia telah membunuh orang yang tidak bersalah. Kemudian, Dinzly datang. Dinzly mengatakan bahawa keganasan yang mereka lakukan tadi hanyalah permulaan. Pembelaan nasib semua mutan bergantung pada nyawa setiap manusia yang menentang mereka. Mendengar kata-kata Dinzly itu, semangat Vampshift yang menyedut darah itu kembali membara.
Share this novel