Hazeeq dan Dinzly masih lagi tidak mahu berhenti daripada kerja jahat mereka. Mereka selalu membuat kacau bilau seperti merompak bank dan membunuh orang. Hasil yang mereka peroleh akan digunakan untuk kepentingan diri mereka sendiri.
Kini, mereka berdua telah menjadi mafia yang paling dikehendaki polis. Setelah mereka tahu bahawa mereka sedang diburu, mereka merancang satu rancangan untuk membunuh ketua inspektor yang ditugaskan untuk menangkap mereka. Mereka membuat rancangan dengan teliti. Mereka merancang untuk menyerang secara besar-besaran.
Untuk memastikan rancangan mereka berjalan lancar, mereka telah menuju ke sebuah sekolah juvana. Sekolah itu merupakan sekolah yang menempatkan pelajar sekolah yang mempunyai masalah mutan. Pelajar di sekolah itu diseksa dengan teruk oleh manusia. Setiap seorang daripada mereka akan dieksperimenkan oleh seorang doktor yang bernama Muadz Zios. Dinzly dan Hazeeq menyerang sekolah itu. Kanak-kanak mutan di sekolah itu tidak berasa terancam malah mereka berasa selamat kerana 2 orang mutan yang dewasa ingin menyelamatkan mereka. Kanak-kanak itu dibawa ke rumah Hazeeq.
Hazeeq menerangkan kepada mereka tentang rancangan untuk mebunuh inspektor itu. Mereka dibahagikan tugas mengikut kuasa mereka. Mereka menyusun strategi dengan baik. Objektif mereka adalah untuk memastikan manusia hormat dan patuh terhadap mutan.
Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Mereka menuju ke ibu pejabat polis itu dengan menaiki sebuah van. Sesampainya mereka di situ, mereka melihat barisan polis yang seolah-olah sudah tahu tentang plan mereka. Mereka menyerang secara besar besaran. Hazeeq tanpa tunggu lagi, berubah menjadi seekor serigala lalu menuju ke pejabat ketua inspektor itu. Dia membunuhnya. Setelah selesai misi utama mereka, mereka membunuh semua orang yang berada dalam tempat itu. Mereka keluar dari tempat itu. Malik, seorang kanak-kanak mutan yang mempunyai kebolehan untuk menggerakkan objek berjirim meruntuhkan tempat itu.
Apabila mereka ingin pulang ke rumah, mereka diberhentikan oleh sekumpulan manusia. Mereka ini ialah Humonster. Hazeeq mengarahkan Dinzly untuk mengawal minda mereka. Tetapi, Dinzly tidak dapat melakukannya. Dia tidak mempunyai pilihan yang lain. Dia terpaksa menyuruh kanak-kanak itu untuk menentang Humonster. Kanak-kanak itu tiba-tiba sahaja menjadi lemah sebaik sahaja ingin menggunakan kuasa mereka. Hazeeq terpaksa menyerah diri.
Share this novel