Bab 1 Sejarah Vampshift

Superhero Completed 723

Seorang lelaki yang bernama Hazeeq merupakan seorang yang baik dan sopan. Walaupun dia tahu mengenai sel mutan yang berada di dalam dirinya, dia tetap menjalani hidupnya seperti manusia biasa. Sel mutannya ini diwarisi oleh moyangnya yang merupakan seorang raja yang ketagih akan darah. Raja itu ialah Raja Bersiong. Akan tetapi, gen mutan yang utama dalam keturunan ini adalah dari keturunan selepas era Raja Bersiong. Raja Bersiong mempunyai sebuah lagi keturunan yang bukan daripada kerabat diraja.

Gen mutan yang terdapat di dalam badan cicit raja bersiong itu terhasil akibat radiasi yang berlaku pada suatu hari di mana mutan- mutan utama terhasil. Pokoknya, gen mutan terhasil akibat radiasi itu. Generasi pertama bagi gen ini ialah Afnan yang merupakan cicit Raja Bersiong. Dia mula sedar dengan gen mutannya apabila dia terluka apabila tersentuh perak. Dia juga mengalami ketagihan terhadap darah tetapi dia dapat menanganinya.

Hazeeq menganggap sel mutan dalam dirinya sebagai satu pemberian kepadanya. Dia tidak mempunyai sifat brutal dan kejam dalam dirinya. Akan tetapi, disebabkan oleh gen mutan itu, dia mempunyai kebolehan untuk memanipulasi darah. Walaupun begitu, dia tidak pernah menggunakan kebolehannya keatas sesiapa pun. Hazeeq menyatakan bahawa kebolehannya ini bukannya untuk menyakiti tetapi melindungi.

Tahun berganti tahun, kini Hazeeq telah berumur 25 tahun. Pada tahun itu juga sebuah kumpulan yang dianggotai oleh mutan seluruh Malaysia. Kumpulan itu dinamakan Humonster yang membawa maksud manusia mempunyai kebolehan seperti raksaksa. Hazeeq tidak menyertai kumpulan ini kerana dia berpandangan bahawa manusia biasa akan mengecam dan membenci mutan. Hal ini kerana terdapat konflik di antara manusia dan mutan.

Pada suatu malam, Hazeeq berjalan di laluan pejalan kaki. Dia berjalan-jalan kerana dia bosan berada di rumahnya seorang diri. Dia kemudian singgah di sebuah warung untuk mengisi perutnya yang lapar. Setelah selesai makan, dia ingin pulang ke rumahnya. Tiba-tiba, datang sekumpulan lelaki mencekupnya lalu, lelaki-lelaki itu mengheretnya ke sebuah lorong yang gelap. Mereka membelasahnya dengan teruk. Hazeeq berasa begitu amarah. Dia menggunakan kebolehannya untuk menyerap darah mereka. Lalu, Hazeeq merasakan bahawa dirinya telah mengalami perubahan fizikal. Muka serta badannya menjadi pucat, matanya berubah menjadi kemerah-merehan, suaranya makin garau dan taringnya mula menjadi sangat tajam. Bermulalah hidup Hazeeq sebagai Vampshift.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience