Bab 10~Bayangan~

Drama Series 14445

Dua bulan yang kemudian....

Angin dari sawah padi datang bertiup lembut menyapa wajahnya. Padi yang menunggu tempoh untuk matang saling berselisih antara satu sama lain sehingga mengeluarkan bunyian yang tersendiri. Pemandangan nun hijau di hadapan menenangkan fikiran dan jiwanya yang gundah sejak kebelakangan ini.

Penyakit yang dialaminya selama bertahun tahun sedikit sebanyak berkurangan sejak ia datang ke sini. Sebelum ini hendak berjalan beberapa langkah sahaja pun tak boleh, tetapi sekarang ia sudah berjalan seperti biasa. Bahkan jika hendak melakukan kerja rumah pun boleh. Terasa ringan ja tubuh badan.

Walaupun kadang kala terdengar suara seseorang seakan berbisik di tepi telinga, namun perkara itu tidak menggoyahkan iman di dalam hatinya. Kerana benda yang berlaku sebelum ini membuatkan dia sudah lali dengan semua ini. Mungkin semua ini karma atas perbuatannya dahulu.

Tapak kaki yang tidak mencecah tanah direnung seketika. Faizatul pada ketika itu sedang duduk di atas buayan diperbuat dari pukat jala ikan, yang diikat antara dua dahan pokok pelam di belakang rumah Atuk dan Tok Ma. Sebelah tangan memperbetulkan tuala mandi miliknya bewarna ungu muda yang menutupi rambutnya. Manakala sebelah lagi memegang penjuru pukat jala untuk menstabilkan diri.

Terngiang giang akan perbualannya antara Syafiqah kelmarin. Terubat jua rindu terhadap anak perempuan sulungnya itu. Syahira pula baru sahaja pulang ke asrama tiga hari yang lepas kerana MRSM dengan kampung Atuk dan Tok Ma di bawah satu negeri, jarak pula hanya beberapa kilometer sahaja.

Sebelum ini pun, kadang kala memang Ira akan tidur di sini bila cuti hujung bulan. Katanya 'feel' dekat kampung atuk dan Tok Ma ni best walaupun ada 'pengacau'. Dekat rumah asyik dengar bunyi kenderaan je. kononnya lah...

Namun, apabila teringatkan beberapa baris ayat yang dikatakan oleh Syafiqah membuatkan pelbagai persoalan timbul di benaknya.

Flashback.......

"Ibuuuuuu... bila nak balik? Boring la tak ada ibu dekat rumah, sunyi je rumah ni. Tak da teman nak bersembang" rengek Syafiqah manja di sebalik telefon pintar milik Faizatul.

"Ala sembang jelah dengan ayah, tak pun dengan Cik Nah," balas Faizatul sarkastik. Terbit satu senyuman di bibirnya. Tangannya tangkas menganggkat ayam yang sudah digoreng ke dalam pinggan.

"Ish ibu niiii kan! Kita serious ni tauuuu. Ni ibu... Pujuk la Tok Ma bagi Diya pergi sana tinggal dalam dua ke tiga hari, lepas tu Diya balik la. Boring la bila cuti hujung minggu. Duduk termenung dekat rumah je keja, untung Ira boleh stay dekat sana"

"Kalau Tok Ma izin pun, belum tentu lagi ibu bagi. Nanti bila duduk sini kerja sekolah pun Diya tak buat. Minggu depan dah percubaan SPM,
dengan tusyen lagi, nak study lagi. Ira tak apa lah sekolah dia dekat ja dengan rumah Tok Ma, Pt3 pun dah habis," lembut dia bersuara, tapi ada tegasnya disitu. Sungguh, dia ingin yang terbaik untuk anak gadisnya. Dia tak mahu mereka berdua merasai apa yang pernah dia lalui sebelum ini.

"Tsk, kedekut la ibu dengan Tok Ma ni. Tak pernah lagi tau Diya skip homework, anak anak ibu semua baik baik tau. Pakej dengan bijak, berdedikasi, integrasi... Hah apa lagi yang tak ada? Semua ada tau" kembang kempis hidung Syafiqah apabila angkat bakul sendiri. Walhal dalam kelas add math pun tidur tak sedarkan diri sampaikan cikgu Liza baling pemadam tepat ke meja tulis pun tak sedar, Adeh...

Tergeleng kepala Faizatul dengan karenah anak perempuan sulungnya itu, haih. Itu lah, selalu kata dekat si Hanisah lagi, kan dah kena dekat batang hidung sendiri. Haih.... Beberapa tika kemudian, terlintas satu soalan di fikirannya, dengan segera dia ajukan soalan itu kepada Syafiqah.

"Ermm... Ayah sekarang macam mana ya Diya? Kebelakangan ni ibu call ayah, asyik masuk peti suara ja. Ada apa apa ka yang Diya nak bagi tahu ibu," soal Faizatul berhati hati.

Pelbagai soalan timbul di benaknya kerana dalam beberapa tempoh hari yang lepas, dia bermimpi melihat suaminya 'bersama' dengan seseorang wanita.

Wajah wanita dalam mimpinya itu agak kabur membuat dia sukar mengecam wanita itu, tetapi terlihat seperti seseorang yang telah dia kenali. Sejak dari itu, hatinya diserbu keresah dan gelisah. Isteri mana yang tidak memikirkan bukan bukan jika perkara yang berkenaan tentang suaminya. Kali terakhir Saiful datang melawatnya pun sebulan yang lalu.

Dia faham akan kesibukan kerja hakiki yang harus diselesaikan. Tapi entah la, firasat dia mengatakan sesuatu telah berlaku masa ketiadaannya di rumah. Mungkinkah mainan syaitan ataupun petanda?

Syafiqah diam sejenak. "Ermmm macam biasa jelah ibu, cuma kekadang ayah selalu balik lewat. Pukul dua tiga bagi baru ayah balik, ada haritu sampai subuh baru ayah jejak kaki dekat rumah. Yang kita dekat rumah ni risau la sebab tak pernah buat macam tu. Bila Diya call asyik masuk inbox ja.

Bila Diya tanya, jawapan yang keluar dari mulut ayah asyik buzy je. Takkan la buzy sampai lupa nak balik rumah. Kekadang ada la Diya tegur ayah, tapi itu lah bagai mencurah air ke daun keladi. Aih.." dia mengeluh perlahan.

Hati Faizatul mula curiga akan perubahan sikap suaminya itu. Selalunya Saiful jarang balik tengah malam, bukan jarang tapi tak pernah berbuat sebegitu. Namun dia masih memujuk hatinya supaya tidak prasangka terhadap suaminya. Panggilan antara anaknya dibiarkan sepi.

"Ibu, ibu... Ada something nak beritahu Diya ka. Ibu kenapa senyap ni? Ibu ok tak?" soal Syafiqah sedikit cemas.

Suara anaknya menyedarkan ia dibelenggu masa lampaunya yang terdahulu. Di antara dua mata dipicit seketika. "A'ahh, ibu ok je. Cuma pening sikit kepala ni. Petang tadi ratah petai bakar dengan Che ja," jawap Faizatul cuba berselindung.

"Ingat apelah tadi, risau Diya tau. Kita panggil pun buat diam. Hah ni! Petai tu jangan la makan banyak sangat, kolesterol banyak tau. Ibu bukan muda lagi," pesan Syafiqah tulus dari hati.

Tersungging bibir mendengar nasihat dari anak daranya. "Ye tahu.... Mulut ni teringin nak mengunyah, lagipun lama dah tak rasa petai padi,"

"Ni last tau, lepas ni tak payah makan dah. Ibu baru ja nak sihat, nanti datang pulak penyakit lain"

"Hmmmm tengok lah macam mana," usik Faizatul.

"Ibuuuuuu! Tak mo la lagutu. Dah la ibu, Diya nak pergi tusyen bahasa Melayu ni. Ibu jangan makan benda tak elok untuk kesihatan ibu, tidur bagi cukup. Jangan lupa minum air yang berubat haritu, selawat banyak banyak. Kalau rasa benda pelik jadi dekat ibu, cepat cepat bagitahu atuk dengan Tok Ma tau. Last sekali, doa anak anak ibu berjaya dunia dan akhirat. Sayang ibu, assalamualaikum"

Terharu hatinya mendengar ucapan ikhlas dari Syafiqah walaupun bukan untuk kali pertama. Jiwa ini di gasak dengan kerinduan yang mendalam. "Doa ibu sentiasa bersama dengan anak anak ibu. Waalaikumssalam sayang"

Flashback end......

Hmm, adakah dia bersikap terlalu paranoid? Ataupun takut akan kisah silam datang menghantui kembali. Solat sunat hajat yang dibuat pada setiap malam hari belum membuahkan hasil. Tapi entah kenapa rasa syak wasangka melebihi segalanya. Mungkin hanya perasaannya kut...

'Haih.. Mungkin minggu depan boleh balik dah kut, badan pun rasa sedap sikit. Tak baik tinggal rumah lama lama. Nasib Cik Nah mahu kerja overtime dari sebelum ni. Kalau tak, jadi apa lah dekat rumah' desis hatinya.

"Assalamualaikum!!! Munah... Oi! Maimunah!!!" laung satu suara, agak kasar bunyinya.

Panggilan dari depan rumah Tok Ma memecah lamunannya. Dia mengalihkan pandangan ke arah belakangnya. "Waalaikumssalam, kejap ya," terkial kial dia menyarung kasut di kakinya. Segera dia turun dari buayan lalu membuka langkah menuju ke hadapan. Tuala yang terletak di atas kepala di kemaskan sedikit untuk melindungi aurat rambutnya.

"Ouhh Mak Ngah, ingatkan siapa la tadi. Mak tak ada, dia pergi pekan kejap dengan Wani. Abah pula pergi kedai runcit. Ada apa ya mak ngah?" soal lembut Faizatul walaupun Rozniah menghadiahkan jelingan tajam kepada dirinya.

"Hello?! Hang ingat aku ada masa nak tunggu dia macam tunggul kayu! Hang telefon dia cepat, suruh dia balik sekarang! Asyik berkepit dengan anak kutip dia tu," Hambur Rozniah bersama kedua belah tangan mencekak pinggang.

Kepalanya dibawa ke bawah. Dalam hati Faizatul sudah beristighfar setelah mendengar kata kata pedas dari Mak Ngah nya sendiri. 'Ya Allah, tak sedar ka yang dia kata anak kutip tu anak yatim piatu. Lagi pun, tak suruh pun dia tunggu. Kalau nak balik, balik ja lah, tak habis habis pasal tu' Dia mengeluh perlahan.

"Oi betina sundal! Hang dengar tak aku cakap ni?! Ka hang dah pekak. Aku suruh pergi telefon mak mertua kesayangan hang tu. Yang duk tercegat dekat sini pasepa?!!!! Herdik Rozniah dengan mata makin membulat. Nampak macam nak terkeluar dah biji mata tu.

Omongan Rozniah di biar sepi. Berdesing telinga selepas menangkap apa yang disebut oleh Mak Ngahnya. Panas pula hati ni. Sabar Faizatul sabar...

'Lagi ditunggu lagi menjadi ni, terpaksalah call Mak suruh balik sini cepat. Aihhh bilalah nak berhenti kacau Mak Ngah ni' Faizatul berpaling ke belakang lalu memulakan langkah pergi ke pintu masuk tanpa melihat wajah Rozniah.

"Jalan pun lembab bukan main, padanlah anak mati katak pun, lambat bertindak. Nak buat anak reti cepat pulak, ouh lupa... Anak haram kan, patutlah mati" Sindirnya. Perlahan sahaja suara Rozniah tapi masih boleh di dengari oleh Faizatul.

Terhenti langkahnya di depan pintu masuk. Badannya seakan terkena renjatan elektrik apabila arwah anaknya dihina sebegitu rupa. Nafas juga menjadi tidak teratur, tak pernah lagi aku hina anak dia selama ni. Biadap dengan dia pun tak pernah. Segala cacian yang dilemparkan oleh Mak Ngah sanggup ku hadam walaupun mengaibkan dirinya. Tapi... Harini dia dah melampau!

Faizatul memusingkan badannya kebelakangan lalu menatap wajah Rozniah dengan jiwa yang membahang. Sebelah tangannya meramas hujung bajunya sambil mengumpul kekuatan untuk memulakan bicara.

"Jangan pernah sesekali Mak Ngah hina arwah anak saya! Saya tak faham la, Kenapa selalu mengaitkan dia setiap bila kali Mak Ngah datang sini hah? Ingat Mak Ngah, lidah itu lebih tajam dari mata pedang," ucap Faizatul sambil menuding jari ke arah Rozniah. Gigi di ketap kuat untuk menahan diri dari amarah mula merebak di tangkal hati.

"Oi bohsia! Hang tak layak la nak nasihat aku. Tempat kau dekat lorong la. Kalaulah si tak guna tu tak kutip kau, memang mati mereput la dalam tu. Lagipun, memang betul kan anak kau memang anak haram? Apa nak dinafikan lagi," setiap patah perkataan ditutur oleh Rozniah tanpa ada rasa bersalah. Sebaliknya, senyuman sinis menghiasi wajah tua itu.

Dadanya berombak kencang. Rahang bergerak gerak menandakan kesabaran sudah mencapai batas. Rasa sakit hati, marah mula menyelubungi hatinya. Sungguh, dia terpukul selepas dengar kata kata dari Mak Ngah nya sendiri. Sejak dahulu lagi Mak Ngah selalu bersikap sebegini terhadapnya. Tidak, bukan dia sorang sahaja, malah Atuk dan Tok Ma pun terkena. Sedangkan itu adik beradiknya, apatah lagi aku hanya orang luar.

Dia menarik nafas sedalam dalamnya untuk menstabilkan emosinya. "Ya! Saya dulu kotor, jijik, hina. Tetapi... sehina hina pun, saya tak lapar harta orang lain. Dan jangan jadikan asbab kisah silam saya untuk kutuk anak syurga saya," hambur Faizatul dengan penuh emosi. Matanya mula memerah.

Bola mata Rozniah membesar mendengar kata kata dari Faizatul. "Eh, kau ni kan.. Memang dari dulu menyusahkan aku lah, dasar pelacur!! Kalau bukan sebab anak aku, dah lama la laki kau mati!!," Rozniah menbuka langkah besar menuju ke arah Faizatul. Tangan kirinya sudah bersedia untuk menampar pipi Faizatul.

Pin!!! Pin!!! Pin!!!

Hampir saja tapak tangan Rozniah menampar pipi Faizatul tetapi tindakannya terhenti selepas kereta myvi bewarna biru gelap berhenti tepat di hadapan mereka berdua. Pintu kereta bahagian penumpang dibuka dari dalam. Terjengul wajah Tok Ma sebaik sahaja pintu kereta dibuka. Dengan segera Tok Ma menapak keluar dari perut kereta untuk merungkai pertelingkahan kecil mereka berdua.

"Apa yang hang nak lagi Rozni, tak cukupkah dengan tanah dekat Perlis tu hah? Sudah sudah lah, kita dah tua. Tak lama lagi kain kafan jadi baju terakhir kita. Apa hang dok kejarkan lagi? Kalau hang lapaq sangat bahagian aku, esok pagi hang mai sini dengan anak kesayangan hang tuh," tutur Tok Ma tenang di belakang Rozniah. Wani setia berdiri di samping Tok Ma sebaik sahaja keluar dari keretanya.

Rozniah memalingkan mukanya mengadap Tok Ma." Aku tak lapaq la dengan tanah tu. Tanah aku pun keliling pinggang. Ada benda lain hang hutang aku Ma. Seribu tahun pun belum tentu lagi hang boleh bayaq lah," balas Rozniah sambil jari telunjuknya menunjal bahu kanan Tok Ma.

Dia membuka langkah meninggalkan tempat itu. Dengan sengaja dia merempuh bahu Tok Ma yang berdiri tegak di belakangnya. Nasib baik Wani sempat menahan Tok Ma dari terjatuh akibat tindakan daripada Rozniah.

Faizatul melihat perkara itu terus berjalan mendekati Tok Ma. "Mak tak apa apa? Maafkan Atul, sebab Atul Mak kena tempias," ujar Faizatul dengan rasa bersalah menyelubungi dirinya. Kedua belah tangan Tok Ma digapai. Bayangan Rozniah dikerling dengan ekoran mata.

Tok Ma mengukir senyuman tawar. "Tak ada apalah Atul, bukan harini ja Mak hadap perangai dia tu. Dah lama Atul," balas Tok Ma. Faizatul mengeluh kecil.

"Ermm Tok Ma, Wani ambil barang dalam kereta dulu ya," pamit Wani kemudian berlalu pergi untuk memberi ruang kepada Tok Ma dan Faizatul.

Tok Ma mengangguk sedikit sebagai tanda memahami apa yang dikatakan oleh cucu angkatnya. Lalu dia melihat kembali wajah Faizatul sedikit menunduk.

"Tak dak pa yang nak dirisaukan Atul, abaikan ja. Buat sakit kepala kalau dok pasal tu. Dah, sekarang ni jom masuk rumah. Rehat dulu, ok?" pujuk Tok Ma lalu mengelus lembut lengan Faizatul.

Faizatul melepaskan keluhan berat. "Mak...Atul rasa dah boleh balik rumah la, badan pun rasa sihat sikit. Lagipun, sejak Atul datang sini Mak Ngah selalu buat onar dekat rumah mak"

"Aih, sampai ke situ dia fikir. Sebelum ni pun memang selalu dia mai sini, biasalah manusia Atul. Dekat mulut kata lain, hati sebut lain. Tapi, betul ka badan dah sihat ni, nak balik rumah?" soal Tok Ma prihatin.

"Alhamdulillah Mak, rasa ok sikit dari sebelum ni. Tak elok tinggal rumah lama lama, budak dekat rumah tu dah merengek nak datang sini," seloroh Faizatul sambil mengukir senyuman.

Kepala Tok Ma di geleng perlahan. "Ada ada ja si Sya tu. Macam macam ragam," ujar Tok Ma kemudian berlalu pergi memasuki ke dalam rumah. Saat tiba di muka pintu masuk, kelihatan Wani tercegat di situ sambil menjinjit beg pakaian.

"Wani pergi dulu ya Tok Ma, Mak long. Housemate dah bising bila nak sampai. Tunggu punya tunggu tak datang datang lagi," ucap Wani lalu bersalaman dengan dua insan yang sudah banyak berjasa kepadanya.

"Yelah, baik baik bawa kereta tu, nanti sampai jangan lupa call ya," pesan Faizatul diikuti senyuman tak lekang di ulas bibir walaupun tidak dapat menutup kepedihan di lubuk hatinya.

"Hmm Baiklah, jangan lupa kirim salam dekat Sya dengan Ira tau Mak Long. Assalamualaikum," pamit Wani. Dia membuka langkah pergi ke keretanya yang parking di hadapan.

"Waalaikumssalam," jawab Tok Ma dan Faizatul secara bersamaan. Mereka berdua membalas lambaian daripada Wani sebelum ia memboloskan diri ke dalam kereta. Kereta Myvi biru gelap itu mula bergerak keluar dari perkarangan rumah Atuk dan Tok Ma.

"Cepat je masa berlalu kan Mak, pejam celik dah habis cuti semester. Esok esok tengok si Wani tu pegang segulung ijazah" ujar Faizatul sambil melihat bayangan kereta yang dipandu oleh Wani hilang dari pandangan.

"Iya kan. Hmm, Atul dah bagitau kat Saiful yang Atul nak balik rumah? Soal Tok Ma tanpa mengalihkan pandangan.

"Ingat nak bagi tahu, tapi...nanti jalah. Sebab kelmarin ada Atul try telefon abang, tapi tak dapat. Sibuk barangkali. Atul tak nak ganggu abang, cukup cukuplah dengan sebelum ni Atul dah jadi beban dekat dia," balas Faizatul senada.

Tok Ma menggeleng perlahan selepas mendengar apa yang dikatakan oleh menantunya itu. "Tak dah istilah beban dalam rumah tangga Atul. Apa yang dilalui oleh setiap pasangan tak kiralah suami ataupun isteri, itulah dugaan. Masa ni lah nak menunjukkan sejauh mana kesetiaan dan kesabaran ketika diuji. Lain orang, lain cabarannya. Jangan persoalkan pada takdir yang ditentukan, namun lihatlah dari sudut hikmahnya," kata Tok Ma sambil mengusap lembut belakang badan Faizatul.

Dengan teliti dia mendengar setiap apa yang dituturkan oleh ibu mertuanya, sungguh menusuk kalbu. Sedikit sebanyak nasihat dari Tok Ma membuatkan hatinya lapang. Dia amat mensyukuri kerana telah dikurniakan mertua yang baik. Tambahan pula anak anak perempuan yang bijak dan solehah.

Faizatul mengangguk perlahan menandakan dia faham apa yang di ujar oleh Tok Ma. Dia mengukir sedikit senyuman.

"Dah, jom masuk rumah. Nanti badan masuk angin dok luar lama lama," ajak Tok Ma.

"Ye lah," balas Faizatul masih mengekalkan senyuman. Kemudian, mereka berdua memasuki ke dalam rumah.

______________________________

"Weiyss, kau rasa warna mana yang padan dengan skin tone aku?" soal Hanisah sambil menunjukkan dua jenis tudung bawal yang berbeza warna kepada Syafiqah.

Syafiqah yang sibuk memerhatikan setiap pelusuk ruangan kedai tudung berjenama itu mengalihkan perhatian apabila Hanisah memanggil dirinya. Dia melihat apa yang di pegang oleh Hanisah. Beberapa seketika kemudian, Syafiqah sedikit menggeleng kepala.

"Warna yang kau pilih ni tak sesuai la dengan skin tone kau. Warna dia terlampau menyerlah sangat. Dah la warna kulit kau 'putih dodoi'. Lepas tu pergi pilih warna tak sesuai, teruk nau taste kau," komen Syafiqah pedas.

Hanisah yang mendengar pendapat dari Syafiqah terus menjegilkan mata. "Ehh kau nihh, lebih lebih pula. Aku minta pendapat, yang kau pergi kondem skin tone aku dah kenapa. Mentang mentang kulit kau putih melepak macam Siti Saleha, kau hina orang taned skin macam aku ni. Kulit aku ni lawa tau, limited edition," bidas Hanisah sambil mencekak pinggang bersama tudung bawal masih berada di tangan.

Syafiqah berdecit perlahan. 'Dah engkau minta pendapat, aku bagi la. Orang bagi pendapat tak nak dengar, balik balik aku pula yang kena tempias' omel Syafiqah. Dengan sinis dia melihat Hanisah yang dari tadi tak henti henti menatap dirinya dengan tajam.

"Dah kenapa senyap, heh. Payah mintak pendapat dengan orang macam kau ni, mata tak berseni," kata Hanisah sambil menyangkut balik dua tudung yang berada di tangannya.

"Yalah yalah...kau sorang ja betul, aku yang salah. Hah, peluk la tudung tu sebagai hadiah kau," perli Syafiqah. Berdebat dengan dia ni sampai ke subuh tak habis habis. Dah macam Dato Lee Chong Wei vs Lin Dan.

Hanisah tersenyum kemenangan. 'ambik kau, berani lagi kondem warna kulit aku. Hahaha padan muka' girang hatinya selepas dapat mengenakan Syafiqah.

Keluhan kecil dilepaskan. Namun, Syafiqah tak kisah pasal hal itu. Di sebaliknya, perkara itulah memaniskan lagi persahabatan antara mereka berdua. Sekasar mana pun ucapan yang dilontarkan, kata kata itu tidak memberikan kesan yang mendalam di sudut hati. Lain pula bagi istilah kawan. Tersilap cakap ja, mesti ada yang sentap. Hmm.

Mereka berdua sekarang berada di pusat membeli belah. Mereka datang bersama ibu Hanisah yang merupakan seorang tukang jahit. Pada ketika itu, ibu Hanisah tidak bersama dengan mereka, kerana dia berada di gedung kain tak jauh dari kedai tudung ini.

Kalau diikutkan, Syafiqah menolak pelawaan Hanisah untuk mengikutinya. Akan tetapi, dia teringat akan beberapa barang yang perlu di belinya untuk persediaan membuat kerja khusus yang tak lama lagi diberikan oleh para guru. Nasib Ayahnya beri keizinan untuk dia mengikuti sahabatnya.


"Wei, dah la. Nanti mak kau cari kita pulak. Jom ah!" ajak Syafiqah.

"Hmm betul jugak, tengok semua kat sini buat aku jadi rambang mata. Jap, aku gi bayar lu. Kau tunggu kat luar, nanti aku keluar," berlalu lah Hanisah pergi ke kaunter untuk membayar tudung yang dipilihnya disitu.

"Hah ok," Syafiqah membuka langkah keluar dari kedai tudung berjenama itu. Kemudian dia melabuhkan duduk di atas kerusi yang ada di kawasan itu.

Beberapa minit kemudian......

Jam tangan ditilik sekejap. Syafiqah sedikit merengus . 'Minah ni buat apa lama lama. Ingat aku ni tunggul kayu ka duk tercegat dekat sini' desis hatinya. Telefon pintar di tapak tangan tak mampu menarik perhatiannya lagi.

Tanpa menunggu lama, Syafiqah langsung berdiri lalu mengorak langkah masuk kembali ke dalam kedai tudung itu. Hampir selangkah sahaja kakinya mencecah lantai kedai tudung itu, sepintas bayangan seseorang yang amat dikenalinya tertangkap melalui ekoran mata kanannya.

Cepat cepat dia menoleh ke arah tersebut untuk memastikan apa yang dilihatnya sesaat itu betul atau tidak. Malangnya, kelibat orang itu sudah tiada di situ.

Kepala yang tak gatal digaru. 'Tadi nampak macam ayah...tapi asal aku nampak macam ada perempuan tepi ayah. Tak mungkinlah, ayah jarang nak datang tempat tempat macam ni. Ada pula perempuan macam duk berkepit. Memang tak lah. Maybe orang lain.Hanya perasaan aku ja kut. ," bisik hatinya ragu ragu.

"Hoi! Kau tengok apa," sergah Hanisah di belakang Syafiqah.

"Ouh mak kau hijau!!," terhinjut bahu Syafiqah apabila di sergah sebegitu. Habis melatah kawan dibuatnya. Nasib tak dak orang area ni, kalau tak malu habis. Mengekek Hanisah mentertawakan dirinya. Kurang asam! Tunggu Kau..

Buk!!!

Dengan sengaja Syafiqah menumbuk bahu Hanisah yang tak henti henti ketawa sampai berair mata. Langsung terhenti ketawanya lalu diganti dengan wajah yang berkerut.

"Ouch, sakit la, Gila!" marah Hanisah sambil mengusap bahunya yang menjadi tempat sasaran Syafiqah melepaskan geram.

"Padan muka! Buat lagi macam tu. Silap hari bulan muka kau pula tampal plaster," kata Syafiqah dengan wajah yang tidak berpuas hati. Selepas itu, matanya terarah apa yang dijinjit oleh Hanisah.

"Sakan kau shopping, ingatkan borong satu kedai sampai tak keluar keluar, tau la duit tu berkepok kepok," perli Syafiqah.

Hanisah memuncungkan mulut. "Fine, sorry la buat kau tunggu aku. Tadi aku ada sembang sikit dengan kak cashier tu,"

Syafiqah mencebik bibir. "Sikit la sangat... Sampai setengah jam tu sikit la. Ramah tak bertempat," masih ada nada tidak puas hati di situ.

"Yela yela, sorrylahhh. Nanti aku belanja kau tealive. Jom ah. Mak aku dah call tanya kita kat mana," pujuk Hanisah.

"Hmph, keja nak merasuah aku ja. Dah, jom!" Dua orang sahabat itu pun berjalan meninggalkan kawasan itu. Namun hati Syafiqah masih tertanya tanya apa yang dilihatnya, sama ada betul ataupun tidak......

Hai, assalamualaikum semua!! Hihi. Setelah sekian lama tak update, almost sebulan sudah... Saya menyusun sepuluh jari meminta maaf kepada siapa yg sentiasa menunggu update novel ni. Atas beberapa faktor, saya terpaksa hold on dulu. But, selepas ni insya Allah saya akan update jika ad masa lapang.. Sekali lagi saya meminta maaf. And, saya harap awak semua enjoy dengan chapter kali ni. Stay safe and stay home, ok ^-^

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience