..........................
" CUKUP LIHA!!! Tak guna aku dengar cakap kau lagi, aku menyesal kenal kau. Selama ni aku sanggup abaikan Faizatul semata-mata untuk bersama kau!!!". Jerkah Saiful dengan mukanya memerah kepada Salina.
"Tolong Maafkan saya, saya tahu perbuatan saya selama ni salah tapi sekarang saya dah tak buat benda tu lagi. Saya merayu dekat awak, tolonglah berikan peluang untuk menjadi isteri yang baik dan saya berjanji akan berubah demi awak," rintih Saliha dengan linangan air mata mengalir deras di pipinya.
" Tsskkkk, pisang takkan berbuah dua kali Liha. Kau ingat aku ni bodoh untuk termakan dengan pujuk rayu kau tu. Ohhhhh aku lupa sebelum ni aku dibodoh bodohkan oleh kau bukan. Kau ingat aku selama ni berdiam diri, aku tak tahu perbuatan terkutuk kau tu, hah!!!
Membulat mata Saliha apabila perbuatan yang dilakukan olehnya sebelum ni diketahui oleh Saiful.
'Macam mana dia tahu ni, padahal aku buat benda tu waktu dia tiada di rumah. Arrrggghhhh bodohnya kau Sal, ni mesti kerja si Faizatul tu. Tak guna betul lah,' desis hati Saliha sambil memarahi diri sendiri kerana semuanya telah terlambat untuk betulkan keadaan.
"Kau mesti hairankan macam mana aku boleh tahu??? Sebenarnya aku sengaja mendiamkan diri untuk aku lihat sejauh mana kau terus bermain dalam permainan yang kau cipta sendiri, dan mulai sekarang.........
SALIHA BINTI SAMAD, AKU CERAIKAN KAU DENGAN TALAK SATU.
Terduduk Saliha selepas mendengar perkataan yang dilafazkan oleh Saiful sebentar tadi. Dia meramas dengan kasar rambutnya setelah mendengar mendengar perkataan cerai dari mulut Saiful. Lantas dia bangun dari posisi duduk di atas lantai dan terus berlari ke arah Saiful yang sedang berjalan ke arah pintu keluar.
"Abang tolong maafkan Liha. Tolong tarik balik apa yang abang katakan tadi. Liha sayangkan abang, Liha janji akan berubah lepas ni. Jangan lepaskan Liha abang. Liha tak boleh hidup tanpa abang," rayu Saliha sambil memaut kedua kaki Saiful yang belum sempat berjalan ke arah pintu keluar.
Namun dengan mudah Saiful menepis tangan Saliha yang sedang memaut di kakinya. Selepas itu, dengan kasarnya dia mencengkam kedua pipi Saliha yang baru hendak memaut kembali kaki Saiful.
"Kesiankan dengan kau. Kau sebenarnya tak boleh hidup tanpa harta aku kan. Kau sepatutnya bersyukur aku tak jatuhkan talak 3 dekat kau. Tak puas dengan aku kau pergi layan jantan lain. Belum masuk lagi kau sihir kan aku supaya aku ikut segala cakap kau!!! " jerkah Saiful dengan muka merah padam mengawal amarahnya daripada membuat sesuatu di luar kawalan.
Saliha merasakan cengkaman tangan Saiful di pipinya semakin kuat dan tak semena mena pipinya di tampar dengan kuat oleh Saiful sehinggakan terbit cecair merah di bibirnya.
"Mulai sekarang kau jangan ganggu hidup aku dan Faizatul lagi. Ini pertemuan kita kali terakhir, selepas ini aku akan jumpa kau dekat mahkamah untuk urusan penceraian kita," balas Saiful lalu menatap wajah Saliha dengan muka bengisnya.
Saliha memegang pipinya yang baru di tampar Saiful tadi. Panas dan perit yang dirasainya sekarang tapi tak seperit di hatinya. Baru hendak Saliha merayu kembali walaupun dia tahu walau apa pun yang dibuatnya sekarang tak boleh mengubah keputusan Saiful sekarang, Saiful dengan bingkas bangun dari menatap wajah Saliha yang memerah dek tamparan darinya.
Selepas itu, dia membuka langkah dengan cepat meninggalkan Saliha yang masih terjelupuk di lantai sambil menangis tersedu sedan. Saat dia berada di muka pintu, baru sahaja dia hendak melangkah pergi keluar dari rumah, dia terlupa untuk memberitahu sesuatu kepada Saliha sebelum ia pergi. Lalu dia memalingkan mukanya mengadap Saliha sambil menayangkan senyum sinisnya.
"Hei betina, dalam masa 24 jam, aku nak kau kemaskan barang dan keluar dari rumah ni sebelum aku sendiri uruskan kau dan aku takkan maafkan kau apa yang kau dah buat dekat aku dan Faizatul selama ini," kata Saiful lalu keluar dari rumah tersebut dan meninggalkan Saliha yang terduduk sebelum pintu keluar tak jauh darinya.
"Ahhhhh sial kau Faizatul!!! Kau memang menyusahkan aku dari dulu," tempik Saliha dengan menyentap kasar rambutnya sehingga menyebabkan rambut dia yang panjang itu gugur dalam jumlah yang banyak bertaburan di atas lantai.
"Aku akan pastikan hidup kau berdua takkan bahagia lepas ni . Akan aku pasti kan kau berdua juga merasa apa yang aku rasakan sekarang ini. Masa itu akan tiba suatu hari nanti," sumpah Saliha di dalam hati lalu mengesat air matanya sambil tersenyum sinis melihat kelibat Saiful hilang dari pandangan matanya....
.........................
Jemput baca...
Share this novel