"Petang nanti nak tak ikut ayah ambil ira dekat asrama?" soal Saiful diikuti sudu yang dipenuhi nasi goreng dibawa ke dalam mulut.
Syafiqah sedari tadi menekur meja makan yang diperbuat daripada kayu jati, bersama jarinya menguis nasi di dalam pinggan. Dia berpaling melihat ke depan apabila suara Saiful mencecah ke dalam telinganya.
"Hmm boleh juga, pukul berapa ayah yang nak pergi," balas Syafiqah sambil menatap wajah ayahnya. Nasi goreng yang di masak oleh Cik Nah dijamah sedikit sahaja. Selebihnya, jari jemari ligat bermain nasi goreng dalam pinggan. Tanpa dia sedari, kelakuannya diperhatikan oleh Tok Ma.
"Ikut juga. Kalau kerja ayah settle awal, lepas zohor kita bertolak," ringkas Saiful.
"Aih Sya, kalau tak mau makan nasi toksah la dok main main. Tak baik hang buat rezeki macam tu," celah Tok Ma di sebalik perbualan antara dua beranak itu. Kata kata dari Tok Ma berbaur peringatan.
"Yelah, yelah," jawap Syafiqah malas. Air kopi yang tersisa dalam mug di hirup sampai habis. Kerusi ditolak sedikit ke belakang bersama tangannya memegang mug dan pinggan kaca. Kemudian, dia langsung menuju ke ruangan dapur yang terpisah dari ruang makan.
Tingkah laku Syafiqah dibalas dengan gelengan kepala Tok Ma. Saiful pula hanya memerhati kelibat anaknya hilang dari pandangan mata. Dia perasan akan perubahan anaknya semenjak kebelakangan ni. Apabila ditanya, beberapa patah perkataan sahaja keluar dari mulutnya.
"Aih, dah pasepa gan anak hang tu, Saiful. Mak tengok dia senyap ja. Selalu mulut dia yang dok riuh," luah Tok Ma apa yang terbuku di dalam hati. Cawan kaca yang berisi air kopi disisipkan ke mulut.
"Tak tahu la mak," balas Saiful pendek. Tisu di atas meja makan ditarik lalu di lapkan pada hujung bibirnya.
"Hang tu kira sibuk ja dengan keja, apa yang jadi dalam rumah ni pun hang tak ambik berat, haih," bebel Tok Ma. Keluhan kecil dilepaskan.
"Habis tu kalau orang tak kerja, sapa nak bagi makan dalam rumah ni," balas Saiful tak mahu mengalah.
"Mak tak larang pun hang kerja, cuma jangan la hang dok kerja sampai lupa tanggungjawab hang. Mak tengok pagi hang keluaq, maghrib baru balik. Ingatlah, kita kerja untuk hidup bukan hidup untuk kerja," pesan Tok Ma.
"Nak buat macam mana, projek berduyun masuk. Dah rezeki, takkan kita nak tolakkan,"
"Yala rezeki masuk, tapi buat masa ni cuba hang lebihkan masa untuk keluarga hang. Atul tu mak tengok lagi melarat sakit dia," kata Tok Ma sambil menatap wajah anak lelaki tunggalnya.
"Hmmm, orang pun tak tau nak buat lagumana dah. Lagi kerap berubat, lagi teruk Atul kena. Kalau orang tau sapa dalang semua ni, tau la apa nasib dia," panas hatinya bila teringat akan nasib yang menimpa keluarganya.
"Lagi satu mak heran, hang ni tak kena kacau ka? Satu rumah kena kacau, sedangkan Cik Nah tak dak sangkut paut dengan kita pun kena. Hang ni rilek ja mak tengok. Naik heran aku aih," kata Tok Ma lalu mengecilkan matanya.
"Entah lah mak," ringkas Saiful, kemudian dia menghabiskan sisa nasi goreng dalam pinggan.
"Tu ja jawapan hang, kalau mak tau semua ni punca dari silap hang yang dulu, siap hang," jelingan tajam dihadiahkan kepada Saiful bersama jari telunjuk diarahkan kepadanya.
"Apa yang berlaku masa tu bukan salah orang, mak pun tau kan. Suka suki ja nak tunding jari Kat orang," kata Saiful lalu mencebik bibirnya.
"Tak salahkan mak nak ingatkan hang, cuma jangan ulangi kesilapan yang lepas. Ni kenduri doa selamat bila hang nak buat?" soal Tok Ma hendak menukar topik bualan mereka. Buat rosak suasana pagi sahaja.
"Minggu depan kan cuti seminggu, hari Khamis kita buat kenduri doa selamat. Ok?" balas Saiful bersama jarinya membuat simbol OK.
Usai menghabiskan makanan, briefcase yang berada diletakkan pada bangku sebelahnya diambil. Tangan Tok Ma digapai untuk bersalaman.
"Saiful pergi dulu mak, assalamualaikum," kata Saiful lalu berlalu pergi meninggalkan Tok Ma.
"Waalaikumssalam, elok elok bawak kereta," pesan Tok Ma.
Kata kata Tok Ma dibalas dengan anggukan kepala. Kemudian dia terus mengorak langkah menuju ke arah pintu masuk. Alarm kunci ditekankan.
"Jangan lupa pulak petang ni nak pi ambik ira kat asrama. Sepatutnya kemarin dah dia balik tapi harini baru nak pi ambil, aih anak bertuah ni. Kesian cucu aku dekat sana," laung Tok Ma walaupun Saiful sudah melangkah keluar dari pintu rumah. Kedengaran bunyi enjin kereta memenuhi laman rumah di luar.
Di sebalik dinding yang memisahkan antara ruangan dapur dan ruang makan, perbualan antara mereka berdua di dengari oleh Syafiqah yang berdiri sebalik dinding dari tadi.
'Apa benda yang lepas tu, aku tak pernah tahu pun. Apa yang terjadi pada ibu sekarang ni ada mengena dengan benda yang lepas ka? Ish curious betul lah' desis hati kecilnya.
Pinggan bersisa nasi goreng yang dipegang dengan sebelah tangan ditatap seketika. Sampai kering nasi dalam pinggan ni. Air kopi di dalam cawan kaca dilihat seperti melekit pada permukaan tapak. Dah la warna putih, jenuh aku nak tonyoh nanti. Aih...
Ketika dia ingin menuju ke singki untuk mencuci pinggan dan cawan kaca, telinganya dapat menangkap nama ibunya terselit dalam perbualan antara Tok Ma dan ayahnya. Lalu dia memutuskan untuk mencuri dengar apa yang di bualkan mereka berdua.
Kelihatan sedikit kurang ajar, tapi hatinya sudah meronta ronta untuk mengetahui apa yang terjadi di dalam rumah ini. Kerana orang dalam rumah ni seperti menyorokkan sesuatu darinya. Apabila ditanya, ada sahaja 'jawapan selamat' diberikan. Andai saja abang masih ada, tak lah Diya pikir macam ni....
"Hai Sya, Cik Nah berdiri depan kamu pun tak sedar. Dok tenung pinggan tu sampai esok ka," sergah Cik Nah yang sudah berdiri terpacak di hadapannya.
Hampir sahaja pinggan dan cawan terlepas dari pegangannya selepas mendongak kepala melihat wajah Cik Nah pada jarak yang dekat. Terkejut beruk dibuatnya, jantung pula serasa mau keluar dari badan. Nafas dihela berat, nasib yang berdiri depannya Cik Nah. Kalau benda lain macam mana. Bukan tak pernah jadi sebelum ni...
"Aihhh, Cik Nah ni. Terkejut Sya. kalau hari hari macam ni, boleh kena serangan jantung tau," kata Syafiqah, bersama dahi dikerutkan.
"Ehh kesitu pulak dia. Kita ni heran la dekat dia, dah kenapa dok berdiri dekat situ. Tengok pinggan nasi sampai nak terkeluar biji mata," ujar Makcik Nah sebelah tangan mencekak pinggang. Dilihat raga kain baju dikepit dengan tangannya lagi satu.
"Cik Nah dah habis sidai baju dekat luar ka? Tebak Syafiqah. Namun hakikatnya dia mahu mengalihkan prasangka Cik Nah terhadapnya.
"Baru ja habis, tu Cik Nah terus tegur kamu... Ni Atuk kamu dah balik dari masjid ka," soal Cik Nah kembali kepada Syafiqah.
"Belum, rasa rasa atuk terus makan dekat luar la kot lepas subuh dekat masjid," jawap Syafiqah bersama kaki sudah berjalan ke singki, sementara Makcik Nah mengendap hendap di ruang hadapan.
"Yalah kot," balas Cik Na kemudian berjalan menuju ke ruang makan untuk menyambung kerjanya.
'nasib Cik Nah tak nampak aku curi curi dengar perbualan Tok Ma dengan ayah tadi. Hurmmm, sekejap lagi pukul sepuluh si Hanisah datang rumah pulak nak study. Cuti minggu la katakan," bisik di dalam hatinya. Lalu pinggan di tiarap pada rak pinggan. Tangan yang basah di lapkan dengan tisu yang ada di atas Island kitchen.
Selepas itu dia terus menapak keluar dari ruangan dapur dan menuju ke bilik ibunya.
____________________________
"Wey silap la kau buat, ayat ni kau kena tukar jadi ayat pasif," arah Hanisah diiringi tangan ligat menandakan sesuatu pada buku modul bahasa Melayu menggunakan highlight pen, bewarna purple muda.
Syafiqah berdecit perlahan. Nak ajar aku ka nak mengarah. Cara bagi jawapan pon kalah cikgu disiplin menyoal. Kalau Cikgu Asmah tengok si Nisah ajar aku, mau nangis dia dekat bilik guru...
"Aku tahu la jawapan tu salah, tapi tak payah lah ajar aku kalah cikgu dekat sekolah. Mentang mentang la Bm dia A plus," Syafiqah mencebik bibir.
"Elok sikit nah, aku ni bukan level cikgu cikgu dah. Aku ni level lecture kat uni, Okey. Kau patutnya bersyukur aku ajar depan batang hidung kau, orang lain berebut rebut nak jadi student aku. Tapi kau jugak aku pilih tau, kawan la katakan," ujar Hanisah bersama meniru lagak cikgu mengajar anak muridnya di hadapan kelas.
Syafiqah membuat rolling eyes selepas mendengar hujah dari sahabat baiknya. Dia ni kalau tak merapu dalam sehari memang tak sah kan. Ada sahaja jawapan merepek keluar dari mulutnya, betul lah kata orang tua tua. Kalau ada taik lalat dekat dagu memang mulut banyak....
"Jeling jeling kat aku dah kenapa. Aku cungkil juga biji mata kau nanti," kata Hanisah sambil dua jarinya dibawa tepat ke hadapan sepasang mata bundar milik Syafiqah.
Tangan Hanisah ditepis kasar olehnya. Tercucuk betul mata aku sat lagi nanti jadi macam Kasim Selamat. Kepalanya di geleng perlahan. Mereka pada ketika itu berada di dalam gazebo diperbuat daripada kayu jati yang terdapat di halaman rumah. Elok bersila dengan buku sekolah bersepah di sekeliling mereka berdua.
"Dah la tutup topik, harini Ira balik harini ka?" soal Hanisah lalu tangannya mengambil gelas berisi air sunquick sejuk yang ada diletak pada bucu gazebo untuk membasahi tekaknya.
"Habis tu, kau nak dia stay sorang sorang dekat asrama. Kawan dia habis balik, yang dia duk melenggu dalam dorm. Kalau ikutkan semalam nak pick up dia, tapi ayah aku ada emergency semalam. So harini baru pergi ambik dia," terang Syafiqah panjang lebar.
"Ouh, manala aku tau. Aku bukannya duduk dekat asrama," tutur Hanisah selamba lalu gelas diletakkan kembali ke tempat asalnya.
"Haih kau ni kan... Ada ada ja," balas Syafiqah kemudian menyambung kerja yang tergendala sebentar tadi.
Beberapa seketika, Syafiqah perasan akan perubahan sahabatnya itu. Dia perasan mata Hanisah asyik melirik ke arah cermin kaca bewarna jernih kehijauan bersebelahan pintu masuk rumah.
"Dah kenapa mata kau khusyuk melekat dekat cermin selak tu," kata Syafiqah lalu dia turut berpaling melihat ke arah yang dilihat sahabatnya itu.
Luruh jantungnya apabila ternampak kelibat lembaga hitam berdiri tegak diikuti mata semerah biji saga melirik tepat ke arah mereka berdua di sebalik tingkap cermin agak lutsinar jika dilihat dari luar.
Berderau darahnya perasan akan makhluk masih tidak mengalihkan pandangan. Peluh mula merinik di pelipisnya. Getaran mula dirasakan kedua pada belah tangan cuba ditahan. Kepala ditundukkan ke bawah. Namun apa yang lebih merisaukan jika apa yang dilihat olehnya dapat juga dilihat oleh Hanisah.
'Punya banyak masa, time ni la kau nak kacau. Kuajar kau punya tuan, apa yang tak puas hati lagi aku tak tahu la. Stress kepala otak' api kemarahan mula membara di benaknya. Dia merengus kasar. Gigi diketap kuat.
"Wey, awat aku rasa macam ada orang dok tengok kita dekat situ?" soal Hanisah dengan mata masih terarah tempat yang sama. Perkara mistik ditepis kuat oleh minda. Mungkin hanya firasatnya sahaja kerana tiada sesiapa yang ada di situ. Dia kembali berpaling melihat Syafiqah semula.
"Oi kau dah kenapa ni, demam ka apa. Peluh habis meleleh dekat pipi," kata Hanisah berbaur risau. Belakang tapak tangan ditekap pada dahi Syafiqah.
Tangan Hanisah ditolak perlahan olehnya. Dia mendongak kembali merenung wajah Hanisah.
"Tak ada pa lah. Tu fon kau bunyi, mak kau call la tu," mulut Syafiqah dijuih ke arah telefon Hanisah yang berada di sebelahnya. Sambil itu matanya mengerling kembali kearah tingkap, makhluk yang tadi sudah ghaib hilang ke mana. Dia menarik nafas lega.
"Hah assalamualaikum mak, awat?" soal Hanisah di corong telefon pintar. Syafiqah hanya jadi pendengar sahaja perbualan Hanisah dan maknya.
"Ok, ok. Nisah balik sekarang, Bai," katanya lalu menamatkan panggilan. Punat merah ditekan.
"Wey aku balik dulu ah, ada emergency kat rumah," beritahu Hanisah kemudian mengemas buku buku dan alat tulis yang berselerak bersama Syafiqah.
"Hm ok," balas Syafiqah sambil menguntum senyuman palsu.
Setelah selesai mengemas apa yang patut, Hanisah mengorak langkah menuju ke tempat motornya diparking bersebelahan kereta ayah Syafiqah. Topi keledar disarungkan di kepala, starter tekan dengan ibu jari untuk menghidupkan motor. Perlahan lahan moto ditolak ke belakang sehingga melepasi pagar rumah.
"Aku balik dulu tau. Nanti ada masa kita study lain, bai," kata Hanisah kemudian memulas handle moto meninggalkan Syafiqah yang berdiri luar pagar.
Syafiqah melambai tangan kepada Hanisah sehingga kelibat sahabatnya hilang dari pandangan mata......
................
Happy reading...
Share this novel