Bab 1~Bersediakah aku~

Drama Series 14445

"Assalamualaikum, ayah ada dekat mana ni, Sorry kalau Sya ganggu ayah kerja tapi Sya nak minta tolong ayah ambil Sya dekat sekolah boleh tak?" tanya Syafiqah kepada ayahnya di corong telefon awam.

"Waalaikumssalam, sekarang ni ayah ada dekat pejabat sebab ada beberapa dokumen yang ayah tak check, sekejap lagi ayah ambil Sya tau, Sya tunggu ayah dekat bus stop sekolah. Tapi... kenapa Sya tak naik bas sekolah je?" soal Saiful sambil menilik jam tangan.

"Ermmmmn sebenarnya Sya tertinggal bas sebab harini ada kelas tambahan. Sya terlupa nak inform dekat ayah pagi tadi," balas Syafiqah sambil menggaru kepala tidak gatal yang berlapik tudung sekolah.

"Ouh, tak apalah sebab ayah ingat lepas ambil Sya, kita terus pergi ke hospital. Kebetulan pula hari ini ibu dah boleh keluar dari hospital. Sya tunggu ayah dekat bus stop tu, nanti ayah sampai".

"Yakah ayah!!! , alhamdulillah. Sya tunggu ayah dekat bus stop sekolah, jangan lambat datang tau. Assalamualaikum ayah," jawap Syafiqah sambil tersenyum lebar selepas mendengar apa yang dikatakan oleh ayahnya tadi.

"Hmm yela, Waalaikumssalam. Tunggu ayah dekat bus stop sekolah," pesan Saiful sebelum menamatkan panggilan telefon dengan anaknya.

"Ok ayah," sesudah itu, Syafiqah terus menamatkan panggilan dengan ayahnya menggunakan telefon awam yang berada di pondok pengawal kemudian dia meletakkan ganggang telefon awam ke tempat yang asal.

Selepas meletakkan ganggang telefon awam ke tempat yang asal, Syafiqah terus berjalan meninggalkan pondok pengawal dan menapak keluar dari kawasan sekolah. Kemudian dia langsung menuju ke tempat yang disebut oleh ayahnya tadi.

Baru sahaja dia hendak melintasi pagar sekolah, secara tidak sengaja dia telah merempuh bahu seseorang pada ketika itu.

'Aduh, asal kau cuai sangat Syafiqah oiiii, sampai bahu orang pun kau sondol habis. Itulah gembira sangat pasal ibu dah boleh keluar harini, sampai jalan tak tengok depan,' dia bermonolog di dalam hati sambil memarahi dirinya atas kesilapan yang dilakukannya tadi.

Lalu dia memberanikan diri untuk memaling mukanya melihat gerangan orang yang dirempuhnya sebentar tadi.

"Ehhhhhhh kau Sya, aku ingat sape la rempuh bahu aku tadi, mahu tercabut bahu aku. Nasib kau Sya, kalau orang lain lama dah aku bagi 'flying kick' tau," balas Hanisah spontan dengan mengerut muka menahan sakit selepas dia turut mengalihkan muka menatap wajah Syafiqah pada ketika itu berada di hadapannya.

Syafiqah menghembuskan nafas lega selepas melihat orang yang dirempuhnya tadi adalah sahabat dia sendiri.

" Wei.... Sorry tau aku langgar bahu kau, aku tak sengaja. Sakit ke bahu kau? mai sini aku nak tengok," polos Syafiqah bertanya.

"Ehh kau memang jala........" belum sempat hanisah menghabiskan kata-kata, tangannya ditarik oleh Syafiqah lalu mengangkat tangan kanannya diletakkan pada bahu kiri Hanisah. Dengan lembut Syafiqah memicit bahu sahabatnya itu.

'Nasib aku cepat bertindak, kalau tak mampus aku kena dengar dia berleter kalah 'machine gun' nanti,' bisik hati kecil Syafiqah.

Namun dengan mudah Hanisah menepis tangan Syafiqah dari bahunya. Kemudian Hanisah mencekak pinggang dan menatap muka Syafiqah sambil mengecilkan mata.

"Bahu kau ni batu ke, sakit kau tau tak. Lepastu buat buat tanya soalan 'sakit ke'. Dengan acah acah nak urut aku la konon, tapi sebenarnya kau tak nak aku berleter kan?" soal Hanisah dengan bersama mimik muka mengajuk ketika menutur kata tadi.

'ish, tahu pula minah ni yang aku tak suka dengar dia berleter. Ada saka ke dia ni? Aih tak baik kutuk orang Sya oiiii,' sempat Syafiqah berseloroh di dalam hatinya. Lalu dia mengangkat sedikit wajah yang sedikit menunduk kerana mendengar leteran daripada Hanisah di ibarat 'machine gun'.

"Hmm yela aku mengaku aku salah, Sorry tau. Jangan marah aku, kau kan kawan baik aku," jawap Syafiqah sambil mata berkelip kelip dan senyuman terukir di bibirnya.

"Huhh! Ok fine, kali ni aku maaf kan kau. Nasib kau kawan aku kalau tak lama dah aku cepuk kepala kau,"

"Tapi.... Kenapa aku tengok kau macam tergesa gesa sangat ni sampaikan aku lalu tepi pun tak nampak?" Soal Hanisah.

"Ibu aku dah boleh keluar dari hospital harini, ni aku nak tunggu ayah aku dekat bus stop sekolah . Tu yang aku jalan sampai tak tengok depan, aku baru nak bagi tahu tapi kau dah 'buka' mulut dulu," balas Syafiqah .

"Alhamdulillah, ibu kau boleh keluar dah. Harap kau jangan buat perangai tak datang sekolah lepas ni. Jenuh aku jawab dekat cikgu sebab kau tak hadir, and then.... kalau bab buka mulut tu sapa yang mula dulu?"

"Ish aku tahu la salah aku, dah minta maaf kan. Tapi kalau ponteng sekolah tu, lepas ni aku tak buat dah perangai macam tu. Lagipun kau tahu sebab apa aku tak hadir kan," sayu sahaja suara Syafiqah apabila menutur kata begitu.

"kau ni tak payahlah sedih sangat, aku kan ada. Nanti kalau ada apa apa menganggu fikiran kau, aku sentiasa ada dengan kau untuk luahkan perasaan, ok," kata Hanisah sambil menepuk bahu Syafiqah lalu mengukir satu senyuman kepadanya.

"Terima kasih sebab selalu ada dengan aku ketika aku susah," balas Syafiqah dengan membalas senyuman Hanisah.

Baginya, Hanisah bukan hanya sahaja sekadar rakan di sekolah, malah dia menganggap Hanisah adalah sahabat yang paling dipercayainya untuk menjadi tempat luahan perasaan ketika dia berada dalam masalah walaupun mereka berbeza kelas.

"Tadi bukan kau kata nak tunggu ayah kau dekat bus stop sekolah," soal Hanisah cuba untuk mengubah topik perbualan mereka berdua sebelum keadaan menjadi sendu.

"Yalah, lupa pula aku. Sembang dengan kau ni buat aku ralit sekejap," ucap Syafiqah sambil tersenyum hingga menampakkan barisan giginya yang putih itu.

"Dah la, Aku nak tunggu mak aku dekat pakir moto. Nanti dia bising dekat aku sebab lambat, Bai," kata Hanisah lalu menepuk bahu Syafiqah dan berjalan pergi meninggalkan Syafiqah terus ke tempat yang di inginnya.

"Jangan lupa esok tau, bai!!!" laung Syafiqah sambil melambaikan tangan ke arah Hanisah. Hanisah juga membalas lambaian dari Syafiqah. Mereka berdua saling melambai tangan antara satu sama lain sebelum pergi ke tempat yang ingin ditujui mereka.

Setelah beberapa seketika , Syafiqah turut membuka langkah pergi dari tempat dia terserempak dengan sahabatnya lalu berjalan menuju ke tempat yang menjadi tujuan asalnya keluar dari kawasan sekolah.

________________________________

Jarak antara perhentian bas dengan sekolah menengah tidaklah begitu jauh kerana tempat perhentian bas berhampiran dengan pagar sekolah. Kerana itu, perjalanan untuk menuju ke tempat perhentian bas hanya mengambil masa dalam beberapa minit sahaja.

Ketika dalam perjalanan menuju ke tempat perhentian bas, kata kata Hanisah ketika waktu rehat di sekolah menyinggah fikirannya.

Flashback................

"Wei Sya, kau dengar tak apa yang aku cakap ni? soal Hanisah dengan melambaikan tangan di hadapan muka Syafiqah pada ketika itu tertunduk sambil menguis nasi goreng dalam pinggan dengan sudu.

Kata kata yang keluar dari mulut Hanisah ibarat angin yang menyapa di halwa telinganya sahaja. Mereka pada ketika itu sedang menikmati makanan yang dibeli dari kantin sekolah. Fikirannya melayang layang teringat akan masalah yang dihadapi sekarang.

Selepas itu, Hanisah bangun dari tempat duduknya yang berada di hadapan Syafiqah pada meja kantin. Kemudian dia membongkokkan diri sedikit dan merapati Syafiqah terlihat seperti mengelamun. Dengan sengaja Hanisah menjentik dahi Syafiqah yang sedang menongkat dagu.

"Aww.. kau ni sakitlah," kata Syafiqah sambil mengerutkan muka.

"kau tu dah kenapa, kau ingat aku ni tunggul kayu duk cakap sorang sorang," balas Hanisah dengan selamba. Dia kembali kedudukan asalnya.

"Ha, apa dia kau nak bagi tahu aku?" tanya Syafiqah sambil tangan kirinya memegang tempat yang dijentik oleh Hanisah di dahi.

Hanisah membuat rolling eyes lalu melepaskan sedikit keluhan. Air sirap bandung yang berada di tangannya diminum sampai habis sebelum memulakan bicara.

"Aih, penat aku tanya kau panjang lebar. Aku tanya.... kau nak tak masuk ke pertandingan hari bersejarah sebab ketua panitia subjek sejarah , cikgu Shaima tanya kau dengan aku nak masuk ke tak. Kalau kau nak masuk, bagi tahu aku awal sebab boleh aku bagi nama kita dua orang.

"Lagi satu, pertandingan tu peringkat negeri. So setiap sekolah akan hantar 2 orang peserta. Saja aku tanya kau. Mana nak tau kut kau nak join. Kau kan pandai dalam subjek sejarah even cikgu sejarah kau tu 'cakap' ja lebih dari mengajar,"

"Kau ni tak baiklah cakap macam tu. Walau macam mana pun dia tetap cikgu yang dah bagi ilmu dekat aku , manusia yang kita kena hormat selepas ibu bapa kita. Sebab mereka sedaya upaya untuk sampaikan ilmu walaupun kena hadap perangai seseorang anak murid macam hantu," bidas Syafiqah.

"Aku tanya lain, lain pula yang kau jawap," kata Hanisah sambil menggelengkan kepala.

"Ok ok, kalau pasal hari bersejarah tu, aku tak nak join sebab kau pun tahu apa masalah yang aku hadap sekarang, aku tak boleh nak fokus dekat pertandingan tu kalau aku masuk. Lagipun, banyak benda yang aku boleh buat dari aku masuk pertandingan tu. Kau faham apa maksud aku kan," panjang lebar Syafiqah beri alasannya kepada Hanisah.

"Hmm yela. Aku faham apa yang kau maksudkan. Bukan sebab apa, kau kan boleh dikatakan 'best student' dalam batch kita. Lagipun, tahun ni last kita jejak dekat sekolah menengah ni. Nanti dapat juga tambah pencapaian kokurikulum kita. Tak pa lah, nanti aku bagi tau cikgu Shima cancel nama kita," balas Hanisah.

"Best student la sangat, kau pun apa kurangnya. Rasa teringin nak pergi tu ada lah tapi keadaan tak mengizinkan untuk aku pergi. Jap, asal kau pun tak join. Kau bukan suka ka kalau ada program macam ni. Jangan sebab aku, kau tak jadi pergi," luah Syafiqah sambil menatap wajah Hanisah yang berada di hadapannya.

"Dari aku pergi dengan budak kelas sebelah, baik aku tak pergi. Kau tau tak, andai salah seorang kita tak boleh pergi , cikgu nak kutip budak gedik tu. Nanti kalau aku pergi, aku kena team dengan dia. Dah la cerewet nak mampus," kata Hanisah sambil membuat mimik muka menyampah.

"Ehh, tak baik la kau cakap macam tu. Kau ni nak lepaskan perasaan ke mengata orang?" soal Syafiqah .

"Keputusan aku muktamad, aku tak jadi pergi. Dah tutup topik, ni aku nak tanya kau ni,"

"Laju je kau tutup topik ehh. Ok, apa dia kau nak tanya aku?" tanya Syafiqah sambil menghabiskan nasi goreng yang terisa di dalam pinggan kerana masa makan nya terhenti seketika untuk memberi ruang Hanisah bercakap.

"Mak kau apa khabar ?" soal Hanisah.

Serta merta berubah air muka Syafiqah. Baru saja dia ingin membawa sudu yang dipenuhi nasi goreng ke dalam mulut, berhenti seketika perbuatannya selepas mendengar soalan yang diajukan oleh Hanisah kepadanya.

Dengan perlahan dia meletakkan sudu kembali ke pinggan dan terus menatap wajah Hanisah. Sebelum dia memulakan bicara, Syafiqah menarik nafas dalam lalu membuka mulut memulakan bicara .

"Aku cuma...." Belum sempat dia membuka mulut, dengan pantas Hanisah memotong percakapan Syafiqah.

"Sorry la aku tanya soalan sensitif dekat kau. Aku tak paksa kau untuk jawap soalan aku, dah abaikan je," cepat sahaja Hanisah berkata kerana dia turut nampak perubahan muka Syafiqah sebentar tadi.

"Takde apa lah, kau ni. Aku cuma teringatkan adik aku ja," kata Syafiqah kemudian melepaskan sudu dari pegangan lalu mengambil air sirap bandung di minum sehingga habis.

"Hmm, Ira tahu tak pasal mak kau kena tahan wad?" soal Hanisah.

Syafiqah hanya menggelengkan kepala tanpa keluarkan suara.

"Sepatutnya kau kena bagi tahu dekat Ira, Sya. Dia berhak untuk tahu keadaan ibu dia," beritahu Hanisah sambil memandang Syafiqah yang melemparkan pandangan ke arah sawah padi terletak tidak jauh dari kantin sekolah.

Angin yang datang dari Sawah padi menyapa lembut wajah Syafiqah pada ketika itu . Dia merasakan ketenangan meresap ke dalam diri walaupun tidak dapat menghilangkan masalah yang terbeban di fikirannya. Kemudian dia mengalihkan pandangan melihat Hanisah seperti menantikan jawapan dari mulutnya.

"Bukan aku tak nak bagi tahu, tapi kau tahu kan peperiksaan PT3 mula hari ni. Lagipun aku dah cakap dengan ayah aku. Ayah aku pun kata jangan beritahu Ira lagi, nanti ganggu dia nak exam. Pernah ada haritu ibu aku demam. Masa tu dia duduk sebelah ibu atas tilam, waktu tu aku bawa bubur nak bagi ibu makan, bertakung air mata dengan hidung merah, aku nampak. Satu hari dia tak tidur jaga ibu aku,"

"Patutlah. Tapi kenapa sakit ibu kau macam melarat. Sakit ibu kau bukan baru jadi tau, lama dah. Kau tak nak pergi berubat dekat pusat perubatan islam. Mana nak tahu terkena buatan orang," cadang Hanisah.

"Hmm, aku pun tak tahu," balasnya sambil menggelengkan kepala. Hakikatnya, apa yang dikatakan Hanisah betul.

Dia tahu ibunya terkena buatan orang, tapi dia tidak perlu beritahu kepada orang lain termasuk Hanisah sendiri. Cukuplah orang tahu ibu hanya sakit biasa. Hanya ahli keluarga dia sahaja tahu perkara ini. Bukan tidak pernah pergi pusat perubatan islam, berkali kali pergi pun hasilnya tetap sama walaupun berbeza tempat. Malah lagi membuat ibu menderita lagi adalah.

Syafiqah terdahulu bangun dari bangku didudukinya dan dia mengambil pinggan dan cawan air tidak bersisa untuk diletakkan dalam besen bersebelahan singki .

"Wei, tunggu lah kejap. Laju laju nak pi mana," kalut sahaja Hanisah bangun dari tempat duduknya.

"Ehh, kau yang lambat. Lagi dua minit ja lagi loceng nak bunyi, dah la blok aku jauh. Kau tak pa la kantin 'depan mata' ja," perli Syafiqah

"Aku tahu lah," balas Hanisah sambil meletakkan cawan yang diminumnya bersama Syafiqah.

Kringggggg!!!!!

"Kan aku dah kata, loceng dah bunyi. Tu pun nak buat lambat lambat lagi," leter Syafiqah sambil berjalan mendekati singki. Lalu dia membuka pili air untuk membasuh tangan.

"Kau ni ganti tempat aku ke apa. Kuat berleter kau sekarang ya. Dah, aku masuk kelas dulu. Jangan lupa esok pulak, kita janji nak study dekat rumah kau. Aku pergi dulu, bai.." pergi Hanisah sambil melambaikan tangan sebelum bergerak ke kelas.

Lambaian Hanisah dibalas senyuman manis Syafiqah. Kemudian dia turut berjalan menuju ke kelas.

Flashback end............


"Allahuakbar!! ya Allah. Nasib tak jatuh kalau tak kotor baju sekolah habis, tu la berangan lagi," bisiknya di dalam hati.

Hampir saja Syafiqah tersadung ke dalam lopak air kerana tersepak batu kecil di hadapannya. Kepala di geleng beberapa kali dari mengingati benda yang dah berlalu. Kemudian dia meneruskan perjalanan ke tempat perhentian bas dengan berhati hati agar kejadian tadi tidak berulang.

Setelah beberapa minit, sampai juga Syafiqah di perhentian bas. Dia melabuhkan punggung di tempat duduk yang ada di situ

"Sampai juga aku Kat sini, tadi punya kuat berangan tak ingat dunia," katanya di dalam hati.

Tetiba terdetik suara hatinya mengatakan sesuatu.

"Keadaan ibu lagi teruk. Aku tahu ibu ada masa lalu gelap, tapi kenapa orang yang hantar 'benda' tu nak ibu mati. Apa tujuan dia dapat dari semua ni. Siapa dia? Arghhh, Ira tak perlu tahu sakit ibu bertambah teruk, nanti lagi kusut fikiran dia," pelbagai persoalan timbul di benak hatinya.

Tanpa dia sedar, tudung sekolahnya agak serabut kerana tangan kirinya meramas dengan kasar di atas kepala. Sebaik saja dia menyedari perbuatannya membuatkan tudung sekolah menjadi serabut, dia berhentikan perbuatan buat seketika. Dia sedikit mengeluh lalu memperbetulkan tudung.

Syafiqah kembali termenung mengadap jalan raya agak lenggang sedikit.

"Andai Allah lebih sayangkan ibu, bersediakah aku berpisah dengannya? Adakah dalam masa terdekat ni ibu akan pergi meninggalkan Sya dengan Ira macam abang Yan pergi," rintih suara hati dan dia mengalihkan pandangan lalu menekur lantai perhentian bas.

Walaupun tiada tempat untuk aku berpaut melepaskan kesedihan yang kemas tersimpan di dalam hati,

Tapi aku lupa masih ada lantai untuk aku bersujud memohon kekuatan dan pertolongan dari sang pencipta.....

Don't forget to follow me. Happy iftar guys

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience