Bab 8~Miss Me?~

Drama Series 14445

"ATUKKK!!!" jerit Syafiqah apabila ternampak sekujur tubuh terbaring di tepi sofa dekat ruang tamu. Meluru dia berlari mendapatkan atuknya selepas dia melangkah masuk ke dalam rumah. Buku dan alat tulisnya diletakkan pada meja bulat di tepi sofa.

Kepala Atuk dipangku olehnya, dia membelek seluruh wajah tua itu sambil menepuk lembut pipi atuknya. Terjengul muka Tok Ma di daun pintu bilik Faizatul, manakala Makcik Nah menjenguk di sebalik ruang dapur bersama sudip di tangan. Mereka berdua turut pergi ke arah yang sama.

"Dah kenapa ni Sya? soal Tok Ma dengan riak risau menghiasi wajah.

"Tak tahu..Sya masuk rumah ja, atuk dah terbaring macam ni," beritahu Syafiqah dengan suara tersekat sekat. Tangannya masih menepuk pipi atuknya.

"Apa kata kita call Saiful sekarang," cadang Makcik Nah sambil sebelah tangan menyeluk di celah poket apron.

"Hah! call sekarang," arah Tok Ma. Otaknya tidak dapat mencerna apa yang hendak dilakukan sekarang kerana panik sudah menguasai diri.

"Ni apa bising bising ni..." suara garau kedengaran membuat tindakan mereka bertiga berhenti. Pening sekejap kepala kerana masa tidurnya terganggu apabila bunyi riuh rendah menyapa telinga. Tangan kiri meraba sekeliling kawasan yang menjadi tempat tidurnya itu.

Keras semacam dirasa tapak tangan, tambah pula dingin dah macam lantai mozek. Perlahan lahan kelopak mata dibuka untuk melihat keadaan sekeliling. Separuh tubuh dibangunkan. Setiap inci wajah ketiga wanita yang berada di sampingnya dilihat walaupun pandangan agak kabur. Sebelah mata ditenyeh dengan jari.

"Atuk tak apa apa?"soal Syafiqah bersama tangan kanan mengusap belakang badan atuknya. Kemudian dia berpaling melihat wajah cemberut Tok Ma. Cik Nah pula sudah melangkah ke ruang dapur apabila ikan yang digorengnya di atas dapur telah hangit.

"Yang kita tidoq dekat sini pasepa? tu la kita dah pesan banyak kali, jangan dok tengok bola sebelum tidoq. Ni tengok! masa lena kaki pulak dok berjalan pi merata sampai lena kat ruang tamu. Kita ni naik risau, yang dia boleh pi lena dekat sini," bebel Tok Ma lalu menggelengkan kepala. Atuk pula dilihat seperti terpinga pinga dengan apa yang berlaku padanya. Berkerut dahi atuk apabila cuba memahami apa yang disampaikan Tok Ma.

"Apa kaitan bola sekarang ni Ma oi. Tadi lepas ja Ma keluaq dari bilik abang ngaji al Quran jap, lepastu tak tau la pasepa abang mengantuk sangat masa tu. Abang lelap sat nak sementara tunggu masuk waktu zohor, bangun bangun ja dah ada dekat sini. Tu pon sebab dengar ada suara dok hingaq kat lubang telinga ni," terang atuk panjang lebar dengan mata disepet. Syafiqah melihat perkara itu terus dia menuju ke bilik tetamu untuk mengambil cermin mata Atuk.

"Nah atuk spek mata," beritahu Syafiqah bersama huluran cermin mata di tangan.

Cermin mata diambil dari tangan cucunya lalu dipakai. Keluhan berat dilepaskan. Atuk kemudian bangun dari posisi duduk bersila dibantu oleh Tok Ma dan Syafiqah. Tok Ma sudah mengagak apa yang terjadi pada suaminya. Otak Syafiqah ligat berfikir apa yang yang terjadi kepadanya sebelum masuk rumah. Ceit, sempat kau kacau atuk lepas ganggu aku. Haih...

"Dah masuk waktu ka belum Sya?" soal atuk sambil merenggangkan sendi badan yang lenguh akibat 'berpindah' dari tempat asal.

"Lagi beberapa minit tok" jawap Syafiqah selepas menekan punat on off di tepi telefon yang di seluk dalam poket seluar.

"Dah, abang pergi mandi dulu. Bagi segar badan sikit sebelum gi masjid,"

Kata kata Tok Ma dibalas dengan anggukkan. Tanpa membuang masa, atuk terus menapak masuk ke dalam bilik tetamu.

"Entah la Tok Ma, bila dia nak berhenti kacau family kita eh. Kadang kadang Sya rasa penat nak hadap dengan semua ni. Penat sangat!" keluh Syafiqah. Sayu sahaja suara apabila setiap bait kata keluar dari mulutnya.

"Tak baik Sya cakap macam tu. Sya tau tak, setengah orang diuji lebih berat dari ni. Kalau Sya rasa letih nak hadap semua ni, ingat lah saudara kita di sana. Setiap hari berperang, sampai nak tidur pun nangis nangis takut kena bom.

Tapi depa tetap dok senyum, tau tak kenapa? Sebab depa percaya janji Allah tu pasti. Doa orang teraniaya ni tiada hijapnya. Sebab tu... Jangan pernah putus doa ya, semoga orang yang buat semua ni dapat kifarah dari Allah," ujar Tok Ma sambil memeluk bahu Syafiqah seolah mahu memberi kekuatan kepadanya.

Apa yang dikatakan oleh Tok Ma dibalas senyuman nipis. Mungkin ada betul cakap Tok Ma. Aku ni macam nak menyalahkan takdir pulak. Astaffirullahalazim...

______________________________

"Sya, kita dah sampai," beritahu Saiful selepas melihat anaknya seperti termenungkan sesuatu. Kereta yang dinaiki mereka berdua sudah berada di perkarangan asrama pelajar puteri.

"Hah, ok," balas Syafiqah lalu mendongakkan kepala melihat ke depan. Dilihat adiknya, Syahirah sedang bersembang bersama rakannya di pondok gazebo dengan bagasi di sisi. Selendang hitam dipadankan baju t-shirt bewarna pink belacan muslimah, bersama kasut sneaker warna hitam line pink. Aih, kalau bukan warna pink tu bukan ira lah...

Segaris senyuman terlakar di bibirnya. Seat belt dibuka, lalu pintu kereta dibuka sedikit demi sedikit. Belum sempat kaki mencecah tanah, deringan dari telefon Saiful memberhentikan langkahnya untuk turun dari kereta. Nama si pemanggil dilihat.

"Sya pergi panggil ira dulu, ayah tunggu dalam kereta," kata Saiful sambil melihat wajah anaknya. Punat hijau yang terpapar di skrin telefon ditekan.

"Hmm ok," ringkas Syafiqah. Kemudian dia menapak keluar dari kenderaan pacuan empat roda itu. Pintu kereta di katup perlahan supaya perbualan ayahnya tidak terganggu.

Langkah pertama dibuka menuju ke arah adiknya. 'Bole tahan jauh jugak ayah parking kereta. Padahal bukan ada banyak kereta pun kat sini, jenuh aku mandi peluh sat lagi' desis hatinya. Pancaran sinar dari matahari membuatkan peluh mula merinik di pelipis. Hangat oi...

"Adikkk..." panggilan dari Syafiqah mematikan perbualan Syahirah dengan rakannya. Segera dia berpaling melihat Syafiqah berjalan menuju ke arahnya. Syafiqah melihat ada rimbunan pokok yang ada situ, lalu mengambil tempat di sana.

"Tu ahh, kak hang mai dah. Aku naik ataih dulu nak pi kemas barang. Koi lima satgi mak pak aku mai pulak," ujar Eliya sambil menepuk bahu Syahirah.

"Aku suruh kemas dari semalam tak mau," balas Syahirah lalu menarik beg bagasi yang berada di sisi lalu mula menggerakkan kaki.

"Malaih aku... Hah! Jangan lupa ganti balik meggi yang hang rembat dalam loker aku nah,"

"Ish, aku tahu la. Bai....." Syahirah palingkan mukanya ke arah Eliya bersama jari telunjuk ditekap pada bibir menandakan suruh senyap. Kemudian di mengalihkan mukanya melihat ke arah Syafiqah yang berdiri menunggunya di bawah teduhan rimbunan pokok pelam.

"Yela tu, jumpak bulan depan nanti," laung Eliya dari belakang. Kata katanya di balas dengan lambaian tangan Syahirah. Berpisah lah antara mereka di situ.

"Assalamualaikum akak," ucap Syahirah sebagai pembuka bicara. Tangan Syafiqah digapai untuk bersalaman.

"Waalaikumssalam dik," jawap Syafiqah dihiasi senyuman lebar di ulas bibirnya.

"Akak datang dengan ayah ka?" soal Syahirah sebaik sahaja selepas salam.

"Ha ah, and then Tok Ma dengan atuk ada dekat rumah tau," jawap Syafiqah.

"Adik agak dah, cuz ada hari tu adik call ayah. Dengar suara Tok Ma macam tengah membebel kat belakang,"

"Tajam je telinga dia. Dah lah, kita sambung sembang dalam kereta. Panas ni," kata Syafiqah sambil mengibas muka dengan tapak tangan.

"Jom! muka akak merah macam udang bakar dah adik tengok," balas Syahira lalu ketawa kecil.

Selepas itu mereka berdua beredar meninggalkan tempat itu. Gelak tawa mula kedengaran antara perbualan dua beradik semasa hendak menuju ke arah kereta.

Kereta yang dipandu Saiful telah bertukar arah ke lebuh raya. Pada mulanya gelak tawa antara ayah dan anak anak perempuan memenuhi di setiap ruang dalam kereta. Sesama mereka saling usik mengusik antara satu sama lain.

Aura positif mula meresap ke dalam diri masing masing. Sungguh, sudah lama ia tidak merasakan hal seperti itu. Akan tetapi, suasana tersebut tidak bertahan lama apabila salah seorang dari mereka tertidur. Mungkin kerana aktiviti yang diadakan di sekolah membuatkan kantuk mudah sahaja menyapa.

"Sya, kita tak pulang rumah terus tau. Sebab ayah ingat nak pergi terus ke sekolah KAFA, nak jumpa guru besar kejap. Ada benda nak discuss," beritahu Saiful tanpa mengalihkan pandangan dari jalan raya.

"Ouh, yang ayah cakap dengan ibu hari tu ka?"

"Tak, ni hat lain punya. Alang alang satu jalan je kan,"

"Ooo," balas Syafiqah sambil mulutnya membuat bentuk O. Selepas itu dia berpaling melihat kepala Syahirah terlentok elok di atas bahunya. Pakej dengan sebelah tangan dibuat pula bantai peluk. Hai la...manja sungguh adik bongsuku sorang ni.

Perjalanan menuju ke tempat yang dikatakan oleh ayahnya memakan masa setengah jam. Belum masuk dengan jem traffic light lagi...

Tak lama selepas itu, kereta yang dinaiki mereka bertiga sudah memasuki kawasan sekolah KAFA. Kelihatan Saiful menghantar mesej kepada seseorang di aplikasi WhatsApp.

"Sya tunggu dalam kereta dengan Ira, ayah keluar kejap," tutur Saiful sementara tangannya menarik satu helaian kertas A4 di celah file poket yang ada di atas dashboard.

"Ok yah," ringkas Syafiqah. Kepala di anggukan sedikit tetapi matanya masih melekat pada skrin telefon.

Pintu kereta dikuak dari dalam. Saiful melangkah keluar dari kereta. Dia mula berjalan pergi ke arah tempat yang dikehendaki.

Jam tangan ditilik seketika. 'Dah lima belas minit ni. Cakap nak pergi kejap ja, hurmm' bicara hati kecilnya. Niat mahu menelefon ayahnya, kredit dah tamat tempoh pula. Tak lama selepas itu....

Aku... Hanyut dibuai waktu
Gelap sepi tak pernah menyakiti

Biarlah aku..
Bahagia... Begini.....

Lagu siti Nordiana berdering di telefon. 'Sapa pulak yang call ni,' bisik hatinya. Nama pemanggil dilihat. Dia sedikit menggelengkan kepala.

"Assalamualaikum ayah, kenapa? Ada barang tertinggal ke," soal Syafiqah terlebih dahulu.

"Waalaikumssalam, ni hah. Ayah lupa nak ambil gambar sample. Sya cari dalam file poket kat atas dashboard tu,"

"Okey.. Jap, sekarang ni ayah ada dekat mana. Nanti senang sikit Sya cari ayah," kata Syafiqah di corong handphone.

"Ayah ada dekat kantin, belakang surau," balas Saiful.

"Ok ok, Sya cari sekarang. Bai," kata Syafiqah lalu menamatkan panggilan telefon. Nafas dihela seketika.

Dia ingin mengesot ke tepi untuk membuka pintu kereta, tapi dihalang adiknya. Tangan Syafiqah dipeluk dengan erat. Boleh biru tangan kalau lama lama macam ni.

"Akak nak pergi mana... teman la adik dekat sini," rengek Syahirah dengan mata masih terpejam. Tangan kakaknya ditarik lagi kuat. Syafiqah mengecilkan mata. Haih...

"Mengada gada kan adik ni, dah la akak nak keluar kejap, nak hantar barang kat ayah," pucuk hidung Syahirah dipicit manja.

"Yela yela..." meleret sahaja suara Syahirah kedengaran. Pelukan di tangan Syafiqah diregangkan.

Perlakuan adiknya dibalas dengan gelengan kepala. Haih perangai tak pernah berubah. Kepala adiknya yang terlentok di bahu diubah perlahan lahan dan disandarkan pada bangku kereta. Nyenyak sungguh lena.

Pintu kereta bahagian pemandu dibuka. File poket di ambil untuk mencari gambar sample. Selepas mendapat beberapa kepingan gambar, dia meletakkan kembali file poket ke tempat asal. Pintu kereta di katup lalu dia berjalan meninggalkan kereta.

'Mana kantin sekolah ni, surau pun aku tak nampak. Haih nak call ayah, kredit mati la pulak. Dugaan betul'
Desis hatinya. Dia tidak tahu bagaimana hendak pergi ke sana kerana keluasan sekolah ini agak besar. Time ni la orang tak dak pun.

"Assalamualaikum, ermm... cari siapa? Tegur satu suara di belakangnya.

Serta merta Syafiqah berpaling melihat gerangan yang menegurnya. Dilihat seorang pemuda lingkungan umur dua puluh tahun. Memakai baju t-shirt bewarna kelabu, bersih je muka dia.

"Waalaikumssalam, sebenarnya saya cari kantin sekolah. Tapi... Tak jumpa pula," polos Syafiqah beritahu masalahnya kepada pemuda itu, bersama jari jemari menggaru di belakang telinga yang berlapik tudung bawal kosong berwarna navy blue.

"Ouh, kantin sekolah. Ada tu kat belakang blok bilik guru, mungkin terlindung kot, tu awak cari tak jumpa," balas pemuda itu. Tetapi matanya tidak melihat susuk gadis di hadapannya.

Selepas mendengar apa yang dikatakan pemuda itu, meliar matanya memandang disebalik bangunan itu. Betul lah ada kantin dekat situ. Mana ada surau! Ayah niiii....Ish wat malu aku ja.

"Terima kasih ya, hurmmm......." terhenti percakapannya disitu kerana dia tidak tahu nama pemuda misteri itu.

"Furqan," pangkasnya. Sedikit tersungging bibirnya walaupun mata masih melekat di tanah.

Syafiqah hairan sedari tadi mata Furqan seperti tidak mahu melihatnya. Buruk sangat ka muka aku ni... Whatever, tak penting untuk aku tahu.

"Terima kasih sekali lagi ya Furqan. Saya pergi dulu, assalamualaikum,"
Pamit Syafiqah lalu meninggalkan Furqan di situ. Tak manis berduaan lama lama Kat situ. Dah la tak ada orang area ni.

"Waalaikumssalam," jawapnya perlahan. Selepas itu, baru dia ada keberanian untuk memerhati gadis molek itu walaupun sudah jauh dia melangkah pergi.

'Kenapa hati ni macam sesuatu. Tak pernah lagi aku rasa macam ni... Allahu, lindungi aku dari terjerumus ke dalam bisikan syaitan' bisik hatinya. Kemudian dia pun beredar dari tempat itu...

"Ni ayah gambar," kata Syafiqah sambil menghulurkan beberapa kepingan gambar.

"Terima kasih, Sya pergi tunggu dalam kereta dengan Ira. Kejap lagi ayah datang," beritahu Saiful lalu menyambut huluran dari anaknya.

"Ok, Sya pergi dulu," tutur Syafiqah lalu melemparkan senyuman dua orang lelaki di hadapannya. Dia membuka langkah meninggalkan tempat itu.

Mereka berdua membalas senyum dari gadis itu. Saiful dan kliennya merangkumi guru besar di sekolah KAFA ini.

"Anak encik Saiful ke tu? Soal encik Azmi sambil menilik beberapa gambar yang diberikan oleh Saiful.

"Ha, Syafiqah namanya, dia calon SPM tahun ni. Ada sorang lagi dalam kereta. Lepas ja ambil adik dia dekat sekolah, terus datang sini. Satu jalan je kan,"

"Ouh, saya pun ada anak teruna sorang. Ada dia ikut saya datang sekolah ni, boring katanya duduk rumah. Cuti semester lama lagi. Ni saya suruh dia ambil buku cek dekat pejabat masa nak datang sini tadi,"

Bunyi derapan sepasang tapak kaki datang menghampiri mereka berdua. Furqan datang bersama buku cek di tangan kirinya. Encik Azmi mengalihkan pandangan ke arah anak tunggalnya itu.

"Maaf Walid sebab lambat, ada hal sikit masa Hairi nak ambil buku cek ni," terang Furqan lalu menyerahkan buku itu kepada Walid.

"Tak apalah, Hah ni perkenalkan encik Saiful, kontraktor yang handle projek sekolah KAFA ni" beritahu Encik Azmi dengan mengambil buku itu dari anaknya.

Tangan Saiful digapai oleh Furqan untuk bersalaman. Masing masing mengukir senyuman di bibir.

"Apa nama kamu?" soal Saiful kepada anak muda itu sebaik lepas sesi bersalaman.

"Furqan Zuhairi encik," jawap Furqan sopan.

"Tak payah la nak berencik cik, panggil saja uncle. Haiii...Sopan orangnya, untunglah sapa jadi isterinya nanti," usik Saiful. Tapi sungguh, entah kenapa hatinya mula terkenan dengan anak muda di hadapannya ini.

"Apa kata bila mereka berdua dah besar, kita satu kan aja mereka diatas pelamin saja," tergelak kecil mereka berdua di situ.

Terasa membahang wajah Furqan bila diusik sebegitu. Aih anaknya pun tak kenal, macam mana nak kahwin. Sepintas bayangan gadis yang dia berjumpa tadi menyapa fikirannya. Hatinya terusik walau pertemuan mereka berdua hanya waktu yang singkat. Inikah cinta?

______________________________

Kereta yang dinaiki mereka bertiga sudah masuk di perkarangan rumah sebaik sahaja azan maghrib berkumandang. Dua beradik di belakang nyenyak tidur sampai tak sedar yang mereka sudah sampai di depan rumah.

"Sya, Ira... Bangun bangun. Kita dah sampai rumah ni," kata Saiful sambil kepalanya menoleh ke belakang.

Berkerut dahi Syafiqah apabila suara ayahnya menyapa di telinga. Perlahan lahan dia membuka mata melihat keadaan sekeliling. Sebelah mata di tenyeh dengan jari. Lalu dia melihat wajah adiknya yang berada di sisi.

"Adik... Adik, bangun. Kita dah sampai," gerak Syafiqah sambil menepuk manja pipi Syahirah.

"Hmmmm ok," dalam mamai dia memaksa untuk membuka mata. Aih, lama betul aku tidur. Selepas itu mereka berdua menapak keluar dari kereta.

Beberapa helaian kertas disusun ke dalam file supaya tidak berselerak. Button bonet kereta ditekan untuk anaknya mengeluarkan bagasi di situ.

Pintu rumah dibuka terdahulu oleh Syafiqah bersama bagasi adiknya di sisi. Dengan lafaz bismillah, kaki digerakkan untuk memasuki dalam rumah.

"AKU TAK GANGGU KAU, TAPI KENAPA KAU KACAU AKU!!!" tempelak satu suara garau.

"Kau merasuk ke dalam badan manusia bukan menganggu?"

"HAHAHA, AKU CUMA DITUGASKAN SAHAJA, LAGIPUN ITU DAH BERSAMAAN DENGAN RANCANGAN AKU SEJAK AZALI LAGI" sinis suaranya berkata demikian.

"IBUUU!!! Jerit Syafiqah dan Syahirah serentak. Masing masing terpempan apa yang dilihat didepan mata.

Faizatul yang dihadapan mereka bukan dirinya, tetapi hanya syaitan menguasai jasadnya. Keadaan ibu yang bertinggung di atas meja makan, kepala di teleng ke kiri. Kedua belah tangan mencengkam meja, diikuti dengan mata yang memerah.

Darah mula mengalir dari kepala turun ke pipi akibat hantukan pada dinding. Kulit kemerah merahan miliknya bertukar menjadi pucat lesi.
Senyuman sinis ditarik sehingga ke telinga menampakkan gigi siung yang bukan milik ibunya.

Meruntun hati antara dua beradik itu melihat keadaan ibu tersayang mereka seperti itu. Air mata mula bergenang di kelopak mata. Terasa seperti ada batu yang menghempap di dada. Tiada perkataan yang keluar dari mulut mereka berdua. Kelu lidah dirasai.

Meluru Saiful mendapatkan isterinya selepas mendengar jeritan dari anak anaknya. Segala file yang berada di tangan selamat mendarat atas lantai.

"Saiful!! Tarik isteri kamu turun bawah sekarang," dengan lantang atuk bersuara. Selepas itu, mulutnya terkumat kamit membaca kalimah suci ayat al Quran bersama Tok Ma.

MakCik Nah mendapatkan Syafiqah dan Syahirah sedari hanya terkaku di depan pintu masuk. Mereka berdua dibawa ke dalam pelukannya. Syahirah menangis semahu mahunya sehingga tidak mengeluarkan suara. Disebalik Syafiqah hanya diam seribu bahasa.

Begitu kuat Faizatul meronta ronta sehingga pipi Saiful terkena cakaran dari kuku Faizatul yang panjang itu. Lagi kuat atuk melantunkan ayat ayat lazim al Quran, lagi teruk Saiful terkena dampaknya. Tiada pilihan lain selain mengikat tangan dan kaki Faizatul.

Atuk mengarahkan Tok Ma supaya mengambil apa apa benda yang boleh mengikat Faizatul dilihat seperti mahu melarikan diri. Dengan cepat Tok Ma mendapatkan apa yang diminta oleh atuk. Mendengar apa yang dikatakan atuk, segera Syafiqah meninggalkan adiknya yang menangis tersedu sedan di bahu Makcik Nah untuk pergi menolong Tok Ma.

Dengan pantas Syafiqah dan Tok Ma masuk ke dalam bilik Faizatul untuk mencari kain yang boleh dibuat sebagai pengikat. Beberapa helaian selendang milik ibunya dikeluarkan dalam almari diikuti dengan Tok Ma.

Saiful terpaksa menggunakan tenaga lelakinya untuk mengawal isterinya yang histeria seperti ada kekuatan empat orang lelaki gagah. Cepat cepat Tok Ma dan Syafiqah mengikat Faizatul yang dipaksa duduk di atas kerusi oleh Saiful.

"Azan Saiful," arah atuk setelah Syafiqah dan Tok Ma selesai mengikat Faizatul di atas kerusi. Kedengaran laungan azan yang dilafazkan oleh Saiful.

"Ma, hang pi ambik botol ayaq zam zam dalam bilik Atul," kata Atuk. Langkah Tok Ma terhenti apabila dihalang oleh Syafiqah.

"Biar Sya yang ambik," ujar Syafiqah lalu terus berlari mendapat air zam zam di dalam bilik ibunya.

"Nah atuk air," botol air zam zam dihulur kepada atuknya dengan penutup sudah dibuka.

Beberapa surah pilihan dan ayat ruqyah di baca kan lalu dihembus ke dalam botol. Air zam zam dituangkan sedikit ke atas tapak tangan. Dengan kasar atuk merenjis kan air itu kepada Faizatul.

"Arghhhhhhhhhhhhhhhh," bergema satu rumah dengan jeritan dari Faizatul. Menggila Faizatul di kerusi sehingga menyebabkan dia jatuh terlentang ke belakang. Terhenti azan yang dilaungkan Saiful. Dia ingin mengangkat kerusi yang diduduki Faizatul seperti yang asal, tetapi dilarang oleh atuk. Malah atuk menyuruhnya untuk melaungkan azan kembali.

Perkara itu berterusan sehingga syaitan yang merasuk Faizatul keluar dari tubuh badan. Terkulai Faizatul di kerusi itu, keadaannya seperti nyawa ikan dah. Segera Tok Ma, Syafiqah dan Saiful membuka ikatan yang mengikat Faizatul di kerusi. Lebihan air zam zam pada tapak tangan di sapu pada wajah lemah Faizatul. Tubuh badan isterinya dicempung lalu di bawa ke bilik diikuti Atuk.

"Kak Ma!!! Sya!!!" jerit Makcik Nah sambil mendakap tubuh Syahirah yang telah pengsan. Berlari anak Tok Ma dan Syafiqah mendapatkan Syahirah di pangkuan Makcik Nah.

"Ira.. Ira," Tok Ma bersuara bagi menyedarkan Syahirah bersama tepukan perlahan di pipinya. Namun itu tidak dapat membuat ia sedar.

"Sekarang ni kita letak dia atas sofa dulu," cadang Tok Ma. Mereka berdua mengangguk kepala sebagai tanda bersetuju. Lalu Makcik Nah dan Syafiqah memapah Syahirah ke sofa kemudian di baringkan disitu.

Pin!!! Pin!!! Pin!!

Bunyi hon di luar rumah menandakan anak Makcik Nah sudah datang untuk mengambil Makcik Nah pulang.

"Tak ape ke kak saya balik ni? Sebab keadaan pun tak beberapa reda lagi ni," kata Makcik Nah berbaur risau. Yela, dengan kejadian sebentar tadi, membuatkan hatinya berat untuk meninggalkan rumah ni.

"Insyaallah, harap tak da apa apa yang jadi lepas ni. Tak pa lah, Nah balik lah. Kesian Danish tunggu dekat luar,"

"Hmm yalah, saya balik dulu kak. Assalamualaikum," mereka saling berpelukan sebagai tanda perpisahan. Syafiqah pula menyalami Makcik Nah.

"Waalaikumssalam," balas Tok Ma dan Syafiqah. Dia melepaskan keluhan... Sungguh banyak peristiwa yang terjadi pada harini.

"Bersabarlah Sya... Setiap ujian pasti ada hikmahnya," pesan Tok Ma sambil memeluk bahu cucunya. Syafiqah mengangguk perlahan kepala sebagai menerima apa yang dikatakan oleh Tok Ma.

"Ibu... Ibu.." rengek Syahirah dengan mata terpejam. Air mata mula mengalir di tubir mata. Segera mereka berdua pergi mendapatkannya.

"Adik bangun dik," kata Syafiqah sambil mengesat air mata yang tak henti henti mengalir di ceruk pipi. Tok Ma pula membacakan sesuatu lalu menghembuskan di wajah Syahirah.

Perlahan lahan dia membuka mata, bersama sebelah tangan menggosok mata. Lalu badannya separuh di tegakkan pada sofa. Dia melihat kakaknya dan Tok Ma berada di sampingnya.

"Ibu mana kak?" soal Syahirah sambil menatap wajah Syafiqah dan Tok Ma.

"Ibu Ira ada dalam bilik, dia baik baik ja... Jangan risau ya. Doktor dalam perjalanan datang sini. Sekarang ni Ira pergi naik atas, bersihkan diri solat. Lepas tu turun bawah untuk makan," pintas Atuk sebaik sahaja keluar dari bilik Faizatul.

"Betul cakap atuk tu Ira. Sya pergi teman Ira naik atas," ujar Tok Ma lalu mengusap lembut kepala Syahirah.

"Umphh, jom adik, kita naik atas," Kata Syafiqah lalu mendapatkan bagasi yang tersandar depan pintu masuk.

"Ok," ringkas Syahirah. Lalu dia mengikuti langkah kakaknya yang sudah mendaki tangga.

Di bilik bawah pula....

Saiful menatap wajah Faizatul yang pucat seperti kulit mayat itu selepas saja doktor peribadinya pulang. Selimut ditarik sedikit ke atas. Menitis juga air mata jantan melihat apa yang terjadi kepada isteri kesayangannya itu. Di antara pelipis dipicit perlahan.

Dia melihat kepala Faizatul yang berbalut. Bercambah api kemarahan di jiwanya. Apa yang dia nak sebenarnya. Jika dia nakkan aku, seksalah aku. Kenapa Faizatul juga jadi pilihannya.

Deringan dari handphone menghentikan lamunannya. Keluhan dilepaskan. Lalu dia melihat si pemanggil.

'Sapa pulak ni... Haih, dah la tak ada nama. Angkat je lah, mana nak tahu kot klien ka' bisik hatinya. Punat hijau ditekan kemudian handphone dibawa ke telinga.

"MISS ME?" suara disebalik corong telefon memulakan perbualan dengan nada yang menggoda.

Saiful terpinga pinga apa yang didengarnya. Suara wanita itu seperti dia kenal tapi... di mana?

"Hello.. Hello!" katanya berulang kali. Namun, sudah terlambat apabila pemanggil misteri itu menamatkan panggilan terlebih dahulu.

Dia mengeluh kasar. Apalagi yang akan datang selepas ini.

.....

Jom terjah di Ig bagi sesiapa nak tengok gambaran watak Furqan...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience