2

Mystery & Detective Series 486

Malam menetupi cahaya siang.Shift aku sudah tamat.Sekarang aku harus menghubungi Albert.

"Noona Anne,aku pulang dahulu" aku melambai rakan sekerja.Memang dia saja yang baik di sini.

"Iya,pulang dengan berhati-hati ya,sekarang begitu banyak kes penculikan berlaku"

"Usah risau,Noona.Aku sudah besar,memang akan ada yang menculikku?"Aku tertawa kecil.

"Tapi aku serius,berhati-hatilah Lya"

"Ya kak,kamu juga jangan terlalu lama bekerja"

Cuaca di luar,ia nya sejuk sekali.Sepertinya autum akan datang.aAku suka sekali musim autum.Ianya hangat dan juga ditiup bersama angin yang dingin,kadangkala panas tapi di dalam panas ianya juga ada dingin.Entah apa aku cuba maksudkan ini.

"Telefon ku masih berdering,seperti Albert tidak mengangkatnya"Aku meletakkan telefon terlebih dahulu.

"Adakah dia marah padaku?Padahal kami baru saja melakukannya,mungkin beliau sibuk?"Aku tidak ingin mengingati kesilapan lalu.

Hari sudah sentuk,aku harus cepat pulang ke rumah.

Aku meletakkan telefon di dalam handbag.Aku terus ke seberang jalan.
Tangan halusku dilambai supaya teksi berhenti.

Tapi..memang tiada satu pun tiba di sini.Pada jam begini,memang masih masa libur ke?

Baik naik bas saja.

Aku berjalan bersama handbag di bahu.Bunyi tapak kasut berdegung di lantai.Orang tidak begitu ramai pada hari ini.

"Hai,menunggu bas ke,cik?"Bunyi suara lelaki daripada kereta?

"Pada waktu begini,hurmm"lelaki yang berpakaian kemeja denim,muka putih bersama kening yang lebat.Mata hazel itu melihat ke jam rolex yang dipakai pada tangan kanannya.

"Bas mungkin tidak ada"kata lelaki itu bersama senyuman hingga lesung pipitnya terlihat.

*tap *tap lelaki tu bermain bersama jarinya pada 'staring' kereta.Bibirnya digigit."Cik tidak ingin menumpang saya?"Dia berkata bersama senyuman yang sama.

Aku diam.

"E-eh...saya tidak berniat buruk!saya benar-benar sudi menumpang puan,mungkin destinasi kita berhampiran."Dia menggaru rambutnya yang disikat rapi.

"Bukankah  itu..apa yang sepatutnya lelaki lakukan?Menghantar wanita ke tempat lebih selamat?" sepertinya dia ingin memanipulasi aku.

Aku tidak balas.Melihat keadaan keretanya.Ia bersih,tiada sebarang kekotoran.Di tempat duduk penumpang depan,terdapat gambar lelaki ini bersama...anjing?Sepertinya orang ini pencinta haiwan.

"Tidak mengapa,aku baik-baik saja.Anda boleh pergi ke destinasi anda sendiri"aku berkata sambil tersenyum.

Setelah mata ku terbuka selepas senyum,kening lelaki ini berkerut.Malah masih memberi tawaran untuk aku menumpang.

"Kau berbicara kau itu seseorang 'lelaki',namun 'lelaki' tidak memaksa wanita untuk sesuatu perkara"Aku berkata bersama senyuman sins.Beliau terdiam.Giginya dikertak.

"PEREMPUAN TAK GUNA"lelaki ini mengeluarkan kata-kata kesat.Badanku terasa seperti terkena electro-charged."AKU KATA MASUK SAJA,BODOH"dia keluar dari kenderaan.

apa harus ku lakukan tiada orang di sekitar sini.

*pepp "Cik"

Aku melihat ke belakang,lelaki itu pun terhenti juga."Cik ada memesan teksi,maaf saya terlambat"tiba-tiba ada seorang lelaki  keluar dari kenderaan BMW label dirinya pemandu teksi.

"ah,ya!"pantas aku menjauhi lelaki aneh itu.Aku memasuki 'teksi' itu.Dua jariku diangkat kepada lelaki aneh itu.Ibu jari dan jari telunjuk diangkat berbentuk "L" diletakkan di dahi ku bersama jelir lidah.

(L yang diletakkan didahi bermaksud LOSER)

*PAM aku menetup pintu kereta

"Terima kasih ya pak,kau sampai tepat pada masa"Aku menarik lega."Ya,tiada apa-apa,anda jangan jalan berseorangan di tempat sunyi"

"Tapi pak,memang teksi kini sudah dinaik taraf ya!Hebat sungguh aku dapat menaiki BMW"Nada teruja seakan-akan tiada apa-apa yang berlaku pada diriku sebentar tadi.

"Ini bukan teksi,dunia sudah maju..sekarang anda gunakan ini dibawah Goride"Katanya.

Aku melihat pemandu ini dari seat belakang.Tampaknya,dia tidak terlalu muda,aku sudah memanggilnya pak... heh buat malu saja.Aku nampak tahi lalat di lehernya.Berdekatan halkum.Satu seperti hitam warnaya dan satu lagi coklat cair.Seperti strike kedudukannya.Memang unik sekali berada di leher.Bagiku ia kelihatan seksi..sudah cukup daydreaming.

Situasi menjadi senyap.Aku teringat nombor Carol di dalam kertas yang terselit di dalam handbag.Mungkin aku patut menghubunginya sekarang.

Aku mengetik nombornya di telefon. "Ayo telefonnya-"

*EHEM pemandu itu terbatuk."Rumah semakin dekat,sila sediakan wang"

"Di sini terima scan ke?aku ingin membayar online"Aku keluar dari tempat  mendail nombor dan membuka aplikasi payfast."Tidak,kami hanya menerima cash"Dia berkata tanpa menoleh ke belakang."Oh baiklah kalau begitu"Aku melihat pemandu dari cermin hadapan.

Aneh sekali tidak mungkin cawangan ini tidak menggunakan cara pembayaran online.Aku perasan pemandu ini tidak menggunakan maps untuk pergi ke destinasiku.Malah aku tidak memberitahu jalannya juga!

"Sudah sampai di lokasi"Dia memberhentikan kereta.Betul-betul di hadapan aparment aku duduki.Aku masih berlakon tercari-cari duit di dalam handbag.Jangan kelihatan curiga,Lya.Buat kali ini,saya kasi percuma saja,situasi awal tadi pasti membuat anda bimbang"Pemandu memberi senyuman kepadaku.Kunci dibuka,aku tunduk tanda terima kasih terus meninggalkan kereta itu.

Lalu,kereta itu pun hilang dari pandangan. Situasi hari ini aneh sekali.

Aku tidur setelah mandi.Rambutku dikeringkan.Aroma lilin pewangi itu menjadikan diriku terasa enak.Bau yang menyenangkan menjadikan mata terlelap.

'Badan..badan aku terasa berat.Panas sekali'

'Mengapa mataku tidak boleh terbuka'

'Semuanya,terasa berat sekali.."

*Bip *Bip Alarm pagi berbunyi.Aku tersedar dari mimpi.Nafas menjadi sesak.Kepala terasa berat sekali.Aku terasa pening teramat.'ugh...'

Mata aku secara tidak sengaja fokus kepada lilin.Apinya sudah terpadam.Mungkin kerana angin?Sekarang ini aku harus mandi.

Aku menjalani hari hari seperti biasa.Mencuci pinggan,memasak,sidai baju.Hari ini cuti,mungkin aku patut berehat saja di rumah.Mungkin,aku harus bertanyakan kepada mak cik tentang lilin itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience