Sudah beberapa minggu berlalu.
"Terima kasih atas pembelian anda"
Aku menandatangani pakej pembelian.
Oh ya,aku sudah berhenti bekerja di syarikat tak guna itu.Sekarang aku menganggur saja bersama duit simpanan ini.
Aku menutup pintu.Meletakkan kotak di atas meja makan.Aku berjalan mengambil pisau lipat di atas laci berdekataan ruang tamu.Bunyi plaster yang dipotong membuat telinga rasa nilu.
Aku mengeluarkan barang itu daripada kotak.Patung robot berbentuk kucing berwarna kelabu.
"Comel sekali haha,pasti bagus sebagai hiasan di penjuru katilku"Aku senyum melihat design yang begitu comel.
Jam di ruang tamu berputar pada jarumnya.
"hmm hmm hmm"aku mengeluarkan siulan sambil berjalan ke bilikku.Aku memanjat katil.Betul-betul meletakkan di pepenjuru katil.
"Kalau hari-hari begini,aku tidak akan berasa bosan melihat kau Meow,seeloknya jadilah teman ku sekarang ya!"aku mengeluarkan ketawa kecil.
"Hmph"Aku lemparkan badan di atas katil.Aku mencapai telefon berdekatan meja membaca."Harusnya..aku rancang ingin bertemu bersama Carol...hurmm lebih baik 3 hari lagi,sekarang ini aku hanya ingin berehat saja"Aku menutupi mata.
Sebelum tidur,aku memastikan pintu ditutup bersama password baru.Semua jendela dikunci betul-betul.Terus aku kembali tidur.
Setelah 3 hari
*Bip *Bip
"Hello,Carol"
"Hello Noona,selamat pagi"
"Pagi!Kau sudi datang ke rumah aku?"
"...."Carol terdiam.
"Malam ini"
"Oh,boleh saja.."Balas Carol
"Ya,aku sediakan masakan istimewa bagimu,jadi kemarilah makan bersama aku,ya"Aku menjawab dengan nada lembut.
"Ya,Noona!Jangan lupa kongsikan alamat kepadaku ya"Dia membalas dengan nada teruja.
"Okay,sambunglah pekerjaan kau"Aku mengucapkan selamat tingggal.
Sekarang,aku harus membeli Bir dan BUDAE JJIGAE pun enak juga.
Patutnya,aku pasang lampu fairy light juga di ruang tamu.
Aku memakai pakaian kasual.Bersama telefon di tangan ku.*klank bunyi pintu yang telah dikunci setelah ditutup.
Malam
*Ding *dong Aku membuka pintu.
Ianya Carol,berpakaian kemeja yang dilipat,suar slek bewarna hitam.Tali lehernya longgar bersama jambang bunga di tangannya.
"Selamat malam,Noona"Dia memberi senyuman hangat bersama telinganya yang merah.Dia menghulurkan bunga kepadaku.
"Selamat malam,Carol"Aku mengambil bunga tersebut."Mari masuk ke dalam,silakan duduk"Aku bimbingnya ke ruang tamu bersama meja makan untuk bersila.
"Bau sedap sekali,Noona!"Dia memuji bersama tangannya menutup bibirnya.
"Haha,aku sudah panaskannya"Aku berjalan ke dapur untuk menghidangkan makanan.
Aku membawa periuk tembikar,bersama sarung tangan kalis panas menuju ke ruang tamu.
"Ta'daa ini dia"Aku membuka penutup,"masakan kegemaran Carol, budae Jjigae."Aku senyum.
"Wah,Noona terima kasih!Selamat menjamu selera"Carol mengambil chopstick.Mengambil enoki mushroom.
Aku juga tidak ketinggalan menikmatinya.
"Ah,perut aku penuh,Noona masak memang sedap sekali"Dia tertawa kecil.Carol membantu aku membawa pinggan kotor ke dapur.
"Carol mahu ke tandas sebentar,Noona di mana tandas?"Dia bertanya.
"Di dalam bilik itu,selepas kau memasuki bilik aku,ada pintu di bahagian kiri"Aku berkata sambil fokus kepada kerja membasuh pinggan.
"Geonbae" *glank
"Geonbae" *glank
Bunyi tin yang berlaga.Fairy light yang aku pasang petang tadi sudah di on
"Sesudah ini kau mahu ke mana,Carol"Aku bertanya setelah meneguk Bir.
"Aku akan pulang,Noona"Dia balas sambil meneguk.
"Oh ya..."Aku tertawa
"Apa kau...."
"Ingin meninggalkan aku sendirian?"
"Tanpa melakukan apa-apa"Aku merenung ke dalam matanya bersama tersenggih.
Carol meletakkan Bir nya di atas meja.
"Apa yang Noona sedang berbicara kan ini-?"
"...Ayo kita jujur saja"
Aku sudah mengetahui semuanya,Carol.
Share this novel