Sudah lama tidak bertemu,Noona Lya"Lelaki bersama rambut hairstyle Mod.Rambutnya bewarna perang .Pakaian bertonakan warna lembut.Dia menundukkan kepalanya.
"Ya,sudah lama tidak bertemu"aku menundukkan kepala."Kamu sekarang bekerja apa?"Aku bertanya."Oh,saya..hah sekarang saya bekerja sebagai pekerja sambilan saja"Jawabnya bersama senyuman menutupi mata.
Aku meletakkan siku di meja."Sayangnya,padahal kamu itu punya banyak natural talent,semua benda kau berbakat!"Kataku."Ya,haha..aku masih tidak menjumpai kerja yang sesuai"Dia menjawab bersama tatapan yang biasa.
"Pesanan anda sudah sampai,satu hot latte macchiato,satu hot caramel macchiato"Pelayan meletakkan cawan di hadapan kami.
"Macchiato?Adakah kau tidak mahu tidur sehingga esok?"Aku tawa kecil.
"Aku harus bekerja...aku teringat,saat kita pertama kali minum kopi ini.Noona minum macchiato begitu saja hahaha padahal harus letak susu jika mahu kurang pahit"
"Terus Noona tidak tidur seharian dan rupa seperti zombi"Dia tertawa.
K-kuat betul memori budak ini.Soalnya,dia bukan lagi jag-eun yang aku kenali seperti dahulu.Dia sudah dewasa.Mataku melirik badanya.'Wajahnya sudah tampan,aku tertanya jika dia sudah berpunya?'Mataku melirik ke lehernya.
Tahi lalat?...Strike?Aku pernah lihat ini...
"Carol,apa kau bekerja sambilan sebagai pemandu?"Aku bertanya tanpa berfikir apa-apa.
"Tidak"dia menjawab.
"Haha..mungkin aku tersalah orang"Aku tertawa kecil.
"Noona..jika kau tidak keberatan..sudikah kau berjalan-jalan bersamaku di sekitar bandar ini"Wajah Carol merah sekali.Seperti buah peach.Jadi kau tidak berubah seperti dahulu.
"Ya,boleh.Aku pun bercuti harini"Aku balas bersama senyuman.
Kami berjalan-jalan bersama di taman.Berbual sperti dahulu.Mungkin ia bermula dengan janggal tapi lama kelamaan situasi menjadi erat.
Masa berlalu dengan pantas."Aku boleh menghantar Noona ke rumah"kata Carol."Mmm terima kasih"Aku membalas dengan senyuman.Seperti yang diduga bukan Carol yang memandu kenderaan haritu.Bukan.Kan??Beliau mengeluarkan kunci.Keretanya berbunyi setelah kunci ditekan.Kereta BMW?Carol berjalan mendekatinya.'Tunggu.. kau tidak berguraukan'bisik hatiku.
"Noona ayuhlah"Panggil Carol.Thank god,ianya kereta di belakang BMW itu.Aku menunjukkan jalan kepada Carol.Setelah tiba di destinasi,aku berterima kasih kepadanya.
"Ayo berjumpa lebih kerap ya,Carol"Aku melambai kepadanya bersama senyuman.
"...ya ayoh berjumpa lebih kerap"Balas Carol dengan senyuman.
Carol memandu kereta itu pergi.Aku pun terus naik ke rumah.Aku menoleh ke kiri dan kanan.Di sini memang sunyi seperti biasa.
Di dalam rumah aku ini sangat sepah sekali...Ughh esok saja aku kemas.Aku lemparkan badan di atas katil.Terus mata ku terlelap.
"Selamat pulang,Noona."
"Aku gembira sekali situasi kita tidak begitu janggal.Noona semakin cantik,membuat diri mahu melindungi Noona."Seorang lelaki keluar daripada bawah katil di dalam bilik yang di gelap .
"Aku tidak menyesal menyingkirkan lelaki itu"Aku melihat ke arah boneka patung yang diletakkan di atas meja membaca Noona.
"Lelaki itu bodoh sekali,sehingga kau menangis kerananya,memang aku tidak berniat membuat kau menangis kerana itu"
"Andai kau tahu dia sebenarnya menghasilkan video p*rn Noona melalui kamera di dalam mata anak patung itu"
"...mujur aku sudah menanggalkannya sebelum aku mengakhiri nyawa lelaki bodoh itu"Aku berada di atas badan Noona.Indah sekali wajahnya saat tidur.
"Tidur saja ya"Aku meletakkan kain bersama dadah.
"Malam ini,aku teramat merasakan cinta aku kepadamu"Bibirku menyentuhi bibir Noona.
...........................
Jam aku berbunyi seperti biasa.Aku terbangun dari mimpi..Kebelakangan ini mimpi aku aneh sekali.K-kepala aku terasa sakit sekali.Aku mengurut bahagian dahi supaya ia lega.Aku meninggalkan katil terus mengambil tuala untuk mandi.
Saat aku mencuci rambut aku terdengar bunyi barang jatuh..seoalah-olah ada orang terlanggarnya.Padahal aku tinggal berseorang?Aku menutupi air shower.Mengambil tuala menutup tubuh.Aku perlahan-lahan keluar dari bilik air.
Mata ku meliar di bilik.Mengawasi jika ada orang.Mataku fokus kepada bawah katil.Aku mengangkat cadar katil tepi dan melihat.Perlahan-lahan aku tarik.Jantung aku berdegup.Namun tiada siapa di bawah ini.
Mungkin cuma kebetulan.
Share this novel