Seorang pengusaha syarikat pelacuran yang dibuka secara haram ditemui mati
di dalam peti sejuk beku daging di dalam kedai makan hotel tersebut.Keadaan mangsa sangat teruk,badannya mempunyai kesan kelecuran streka.Polis menjumpai keadannya duduk mencangkung,tangan dan kaki diikat seolah-olah seperti khinzir yang dihidang untuk dimakan.Mulutnya disumbat dengan sebuah apel bewarna merah,lidahnya diukir "DIRTY".
Malahan bahagian atas pusatnya diukir "A" .Ini merupakan suspek yang ke-103 oleh 'death angel' pembunuh bersiri.
Badan aku terasa lemah sekali.Aku tidak boleh menggerakannya!Seoalah-olah badan ini tidak menerima arahan aku.Aku harus lari sini.Ianya sungguh gelap!Ada tangan-tangan menarik kakiku untuk memasuki kegelapan yang mendalam.Tangan yang terlalu banyak.
*hmph *hmph Aku tidak boleh bergerak!
Aku tersedar.Mata aku terasa berat.Semuanya kelihatan kabur.Aku mengelip mata beberapa kali.Akhirnya aku boleh melihat dengan jelas.
Mataku meliar.Aku berasa hairan kerana aku tidak pernah lihat tempat ini.
"Aku di mana..."Suara aku serak sekali.Aku melihat tangan kanan aku.Ada iv drip.Tangan aku disuntik bersama iv drip.
"Selamat petang"Aku mendengar suara lelaki.Aku seperti pernah dengar suara ini.
Aku merasakan seperti ada sesuatu yang mencucuk tulang rusukku..badan aku mengarahkan untuk jauh daripada lelaki ini.Aku cuma menarik iv drip dari tangan ini.
Adrenaline rush.
"Bertenang Noona,kau harus habiskan pack itu dahulu"Dia menahan tangan kiri aku daripada menariknya.Lelaki itu melihat ke dalam mataku.
"Kau sudah pengsan selama dua minggu"Dia berkata.
"Terus kau ini siapa?"Aku bertanya dengan muka yang penuh heran.
"Teman lelaki mu,Carol"Dia balas dengan suara yang lembut.
"Kau tidak mengingati apa yang berlaku?"Dia bertanya sambil menatap mataku.
"...Aku ingat..aku berada di hotel..terus..argh"Aku memegang kepalaku.Ianya sakit sekali.
Senyuman sins terukir dia bibir Carol.
"Nampaknya ingatan masih kabur,tunggu sahaja sehingga iv drip ini habis ,badan kau memerlukan mineral"Dia berkata.
Aku berjalan sekeliling bersama batang iv drip.Lantai ini diperbuat dari kayu asli,aku boleh mendengar bunyinya.Aku berjalan ke ruang tamu.Aku merasai dinding,ianya papan.Aku mengimbas semula pemandangan rumah ini.Ianya kelihatan samar-samar dalam ingatan aku.Aku terasa seperti rumah ini pernah aku diami.Kepala aku menjadi sangat sakit saat cuba meningati segalanya.
Saat aku berfikiran lama,sesuatu terlintas dalam kepalaku.
"Carol katanya pergi membeli barangan." Aku menghembus nafas dan segera cuba pergi ke pintu.
Aku cuba membuka pintu hadapan.Aku cuba memusing tombol,nmun ianya tidak dapat diputar.Aku cuba menolak pintu itu,tapi tidak boleh dibuka.Seperti ianya dikunci dari luar.Pastinya dia tidak memberi aku keluar,kerana badan aku juga masih lemah.
Aku duduk di sofa ruang tamu.Ada chandelier berbentuk kristal.Ianya kelihatan lama tapi masih anggun.Ada pemanas untuk musim sejuk.Ada juga meja pull di hujung jalan.Dapurnya juga berdekatan dengan ruang tamu,ianya konsep terbuka.
*vroom Aku berjalan ke tingkap untuk melihat keadaan luar.Carol sudah pulang bersama barang-barangan di dalam plastik.Aku lari untuk kembali duduk di atas sofa.Pasti dia marah jika dia tahu aku berdekatan pintu.Aku menelan air liur.
*Click tombol kunci berputar.Terus tombol itu dipusing secara perlahan-lahan.Jantung aku berdebar ibarat nyawa aku digengam oleh Carol.Carol memasuki sambil melihat ke hadapan.Dia melihat aku di sofa terus memberikan senyuman yang manis."Maaf,aku ingatkan kau sedang tidur"Dia cakap dengan nada yang lembut.Aku tertawa kecil.
Aku berjalan kepadanya untuk membantu meletakkan barang."Barangan tin letak di dalam kabinet atas meja itu"Dia tunjuk.Aku mengangguk."Harini kita makan nasi Gyeran Bap saja"Carol meletakkan sikunya di atas meja,tapak tangannya diletakkan dipipi sambil melihat aku.Aku menganggukkan kepala"Boleh saja"
Carol melipatkan lengan bajunya.Dia mengambil mangkuk besar,dan mengaut nasi yang masih panas di dalam periuk."Boleh Noona tuangkan mentega itu di dalamnya"Dia berdiri disebelahku."Ya"Aku menuangkan dua sudu besar mentega.Carol mengaulkan nasi itu bersama mentega.Dia dekat sekali sama aku,mengapa aku berasa malu.Pantas,tampan juga dia dari posisi seperti ini.
"Boleh Noona terus gaulkannya,aku ingin mengoreng telur"Dia memberikan mangkuk itu bersama senyuman dengan nada yang rendah.Aku sambung mengaulkannya.Bunyi berdesir saat telur itu dituangkan ke dalam minyak yang sudah panas.Carol menyelak rambutnya ke belakang.'Apa dia benar-benar teman lelaki aku..tampan sekali'
Aku mengambil dua mangkuk dan menuangkan nasi itu ke dalam kedua-dua mangkuk.Carol membawa periuk goreng itu bersama dua telur di dalamnya."Tumpang lalu,telur sudah sampai"Dia berlari dengan langkan yang kecil,nadanya bunyi keanak-anakan.Dia menuangkan satu untuk mangkuk aku,satu untuk mangkuknya.Dia mengambil kicap soya di atas kaunter dapur.Terus,dia menuangkan di atas telur itu."Noona lebih suka kicap lebih banyak atau kicap sedikit"Dia bertanya seakan bisik kepadaku.
"Sederhana"
"mmm..itu tidak ada di dalam soalan"Dia tertawa kecil.
Kami menikmati makan malam bersama.Aku berasa janggal kerana aku tidak ingat apa yang terjadi sebelum aku pengsan.Aku berharap Carol beritahu aku segalanya.Jika dia benar-benar
orang yang baik.
Carol orang yang baik?
Share this novel