Kelmarin berakhir dengan baik walaupun ada sedikit kacau semalam. Hahaha, aku plak yang malu. Kenapa sensetif sangat aku herph : '(
5 bulan berlalu...
Dah 5 bulan berlalu, camni je lah hidup aou seharian. Pergi kerja pastu pulang. Kadang² aku keluar dengan para isteri Skz tu, kadang² aku keluar dengan member Skz dan para isteri itu.
Sesuai ke panggilan 'para isteri' herh? Macam ramai sangat je -_-
Sebenarnya aku taknak ikut pun sebab aku takut aku jadi pengganggu, tapi Bang Chan selalu pujuk aku pergi. Bila aku cakap aku setuju nak pergi, mesti mata dia bersinar.
Sekarang aku tengah bekerja seperti biasa di dalam studio bersama Minhyuk, Changbin, Han dan Bang Chan.
"Aku nak pergi tandas jap" Bang Chan bangun lalu pergi ke tandas. Changbin dan Han menarikku mendekatinya.
"Wae?" tanyaku terkejut kerana ditarik tiba².
"Hari jadi Bang Chan lagi 3 hari" ujar Han. Aku menganggukan kepalaku.
"So?"
"Ada apa² plan tak?" tanya Changbin. Aku berfikir sebentar.
"Korang ada masa ke nak buat parti?"
"Takkk, kiteorang just tanya hadiah apa yang sesuai untuk Bang Chan"
"Kenapa korang tanya aku?"
"Kau yang paling banyak habiskan masa dengan Bang Chan" aku tak terkejut bila Han cakap camtu. Memang betul pun, aku selalu keluar dengan Bang Chan akhir² ni.
"Eh jap, korang dah bersama selama 4 tahun kan? Aku baru kenal korang 5 bulan" ujarku. Han dan Changbin memandang sesama sendiri sebelum menganggukan kepala masing².
"Ye tak ye jugak kan" Han menggaru kepalanya yang tidak gatal. Aku mengelengkan kepalaku dengan senyuman.
"I'm back" Bang Chan memasuki studio. Aku segera memgambil tempatku semula iaitu di tepi Minhyuk. Bang Chan memandangku pelik.
"Kenapa cemas sangat nampak aku masuk?" tanya Bang Chan. Cepat² aku mengelengkan kepalaku.
"Mana ada cemas! Aku just jalan untuk duduk balik kat tempat aku ni harh" ujarku dengan senyuman yang tak berapa nak senyum.
Han dan Changbin sama² membuat muka -_-
Nampak sangat herh aku menipu? HAHAHAHA
"Apa² lah, jom sambung kerja" Bang Chan mengambil tempat duduknya di depan komputer. Aku menghembuskan nafas lega.
Nasib~
--------------------
3 hari kemudian...
Aku mengetuk pintu studio.
"Masuklah!"
Aku memasuki studio, hanya Bang Chan yang berada di dalam.
"Ouh, awalnya kau sampai harini" kata Bang Chan. Aku sengih sebagai respons.
Aku meletakkan satu kotak besar(nipis) di depan Bang Chan. Bang Chan memandangku pelik.
"Happy birthay Bang Chan!" ucapku dengan senyuman. Bang Chan senyum malu².
"Gomawo" ucap Bang Chan. Dia memandang kotak tersebut, mukanya tertanya² apa yang ada di dalam.
"Bukalah kalau nak buka" ujarku. Bang Chan tersengih² seperti kerang busuk.
"Eee, kau macam tau je apa yang aku tengah fikir" tanpa membuang masa Bang Chan terus membuka kotak tersebut.
Dia ketawa gembira melihat hadiahku.
"Hoodie hitam! Kau cam tau² je aku suka hoodie warna hitam" ujarnya teruja. Aku ketawa melihat Bang Chan seperti budak² dapat cokelat.
"Gomawo!" ucap Bang Chan lalu memelukku. Aku sedikit blushing tapi aku tetap membalas pelukkannya. Kami pun meleraikan pelukkan.
"Hermmm Sunhee, boleh tak aku nak bagitahu sesuatu?" tanya Bang Chan. Aku mengangkat kening sebelahku tanda 'apa?'
"Aku...Haish...Aku..." Bang Chan memandang ke arah lain. Lama kami diam, kemudian Bang Chan pun memandang ke arahku. Dia menatap dalam² mataku.
"Aku sebenarnya suka kan kau" membulat mata aku. Weh serius arh? Bang Chan perlahan² memegang tanganku.
"Macam mana dengan kau?" tanya Bang Chan. Genggaman tangannya makin kuat tanda dia memberikan harapan padaku.
Di sudutku hatiku suruh menerimanya, tapi di sudut hatiku yang lain tak benarkan aku menerimanya.
Ini disebabkan oleh masa silamku...
"Bang Chan..." aku memegang tangan Bang Chan. Bang Chan menatapku dengan penuh harapan.
"Aku-" belum sempat aku menghabiskan ayatku tiba² pintu studio terbuka. Aku dan Bang Chan segera menjauh.
"Annyeong!" ucap Han, di sebelahnya ada Changbin. Mereka berdua memandang aku dan Bang Chan pelik.
"Uwow awkward silence" kata Changbin lalu mereka berdua mengambil tempat duduk masing².
Kami pun bekerka seperti biasa. Semasa semua orang sibuk, aku perlahan² mengambil telefonku lalu mesej Bang Chan.
'Habis kerja kita jumpa'
Aku melihat telefon Bang Chan menyala menandakan mesej aku dah sampai kat dia. Bang Chan memandang sekilas telefonnya, selepas itu dia memandangku.
Dia mengambil telefonnya lalu membaca mesejku(maybe?).
'Ok!^^'
Dia membalas mesejku. OMG COMEL JE DIA BUAT TANDA '^^'
Aku tersenyum sorang diri lalu menyambung kerjaku.
Share this novel