Kisah Silamku

Fantasy Completed 844

"Aku balik dulu" aku bangun dari tempat dudukku lalu mengemas barangku.

Sebelum aku keluar, aku memandang Bang Chan dan dia juga memandangku. Aku menganggukan sedikit kepalaku memberikan isyarat padanya.

Aku pergi ke arah keretaku lalu masuk ke dalam keretaku. Sementara tunggu Bang Chan datang, aku termenung sekejap.

Air mataku mula mengalir apabila teringat kembali waktu silamku. Serius, aku benci dia(bukan Bang Chan). Sebab dia lah, aku susah nak terima Bang Chan sekarang.

Tok tok tok

Terkejut beruk aku bila ada yang mengetuk tingkap keretaku. Cepat² aku mengelap air mataku. Aku memandang Bang Chan yang menunggu aku membuka kunci pintu kereta. Aku pun membuka kunci, Bang Chan terus masuk ke dalam kereta.

"Annyeong" ucap Bang Chan. Aku menganggukan kepalaku dengan senyuman. Harap² dia tak nampak aku menangis takdi.

"Annyeong, jom kita pergi cari tempat yang sesuai dulu. Kalau kita duduk dalam ni, orang nampak susah nanti" ujarku. Bang Chan menganggukan kepalanya.

Tanpa membuang masa, aku pun memandu ke kedai Street Korea Caffee. Selepas itu, kami memesan coffee.

Selesai memesan coffee, aku memandu ke Sungai Han(memang dah takde tempat lain). Kami duduk di salah satu bangku lalu kami pun menatap satu sama lain.

"Bang Chan...Sebenarnya aku bukan taknak terima kau tapi ada sebab yang membuatkan aku tak boleh terima kau" ujarku menunduk. Bang Chan mengangkat keningnya sebelah.

"Wae?"

"Ok macamni..."

***************
4 tahun lalu...

Aeri dan Minjun. Aeri ialah kawan baik aku dari sekolah rendah dan satu²nya kawan yang aku ada. Minjun ialah boyfriend aku dari sekolah menengah. And yes, kiteorang berkawan baik.

Suatu hari...

Aku menelefon Minjun sebab nak tanya dia dekat mana. Akhir² ni jarang betol aku nak jumpa dia, takpe aku faham kalau dia busy. Dia bukan macam aku, melepak 24 jam kat rumah.

"Annyeong" ucapku apabila Minjun mengangkat panggilan.

"Annyeong my sun" aku tersenyum² seorang diri apabila Minjun panggil aku 'my sun'.

"Jun buat apa tu?"

"Buat kerja lah"

"Ouh...Hermmm, petang ni free tak?" tanyaku.

"Tak lah sun...Mian" ucapnya sedih. Eih dia ni, cair aku dengar suara dia.

"Hahaha, takpe lah. Sambung lah buat kerja tu, I love you"

"I love you too" ucapnya sebelum meletakkan panggilan. Ni lah sebab kenapa aku sayang³ sangat Minjun, walaupun dia sibuk dia still sayang aku tau : ')

Tiba² aku memikirkan plan nak buat suprise kat dia. Biar dia letih² malamni, aku akan suprise kan dia and urut² dia kalau dia penat UwU.

9:00 malam...

Biasanya dia pulang pukul 10, jadi aku bersiap² sekarang lalu pergi ke rumahnya. Dia tinggal sesorang ye, jadi bebas lah aku nak pergi bila :)

Sampai di depan rumahnya, aku mengeluarkan kunci simpanan yang pernah diberikan Minjun dulu kepadaku.

Apabila aku membuka pintu rumahnya, aku mendengar bunyi sesuatu dari tingkat atas. Apabila aku pergi ke tingkat atas, alangkah terkejutnya aku bunyi moans(korang tau kan apa maksudnya? :-> )

Aku mengintai sedikit dari celah pintu. Haish, nak buat tu kuncilah pintu astaga.

Terkejut tahap meksimum aku apabila melihat Aeri dan Minjun tengah buat perkara 18+.

Haha, aku tau maksudnya apa ni.

C U R A N G

Aku terus membuka kuat pintu bilik. Terkejut dieorang apabila melihatku.

"Sun-Sunhee?"

"Yeah, it's me!" kataku sinis. Aku menatap Minjun lama sebelum memandang Aeri.

"Aku tak sangka Aeri, kita dah kawan dari sekolah rendah. Kita kongsi masalah sama², kita kongsi pendapat sama², kita kongsi makanan sama² tapi kau jangan ingat aku boleh kongsi boyfriend aku kat kau. Bukan setakat dengan kau, aku taknak kongsi boyfriend aku dengan sape² pon" ujarku sinis.

"Aku jijik tau bekas orang ni, jijik sangat" sambungku lagi. Sebelum Aeri membuka mulut, aku bersuara.

"Ok Aeri, aku serahkan Minjun kat kau. Jaga dia baik² tau, jangan sampai benda ni terjadi kat kau" ujarku sinis lalu mahu beredar.

Langkahku berhenti sebentar, aku berpaling ke arah mereka yang masih kaku. Aku mengambil kunci simpanan takdi lalu melemparkannya ke atas lantai.

"Ambillah, aku rasa aku dah tak perlukan benda ni" ujarku lalu beredar.

**************

"Selepas dari kejadian tu, aku kurung diri aku dalam bilik. Berat badan aku turun 8 kg. Last² aku ambil keputusan untuk jadi produser sebab family aku cakap aku pandai buat lagu"

Bang Chan mendengar cerita dengan teliti. Aku menghembuskan nafas lega sebab dah ceritakan kisah ni kat orang, selama ni aku pendam je.

Bang Chan tiba² memelukku yang membuatkan aku sedikit terkejut. Dia mendekatkam mukanya ke telingaku.

"Berikan aku peluang untuk buat kau bahagia balik. Biar aku bukak balik pintu hati kau untuk aku, biar kau dapat balas cinta aku balik"

Aku perlahan² memandang Bang Chan, dia senyum padaku. Aku dapat rasa yang senyuman dia ikhlas sangat.

"Just believe me"

"I believe you" ujarku lalu membalas pelukkan Bang Chan.

@Aku nak bagitahu yang Sunhee ni dah umur 24 tahun, tua setahun dari Bang Chan :-D @Sorry kalau ayat berbelit skit, aku tulis ni pukul 3:48 pagi :->

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience