KAHWIN KAHWIN

Fantasy Completed 844

1 bulan kemudian(1/12/2023)

Selesai aku pakai lipstick, aku segera turun ke tingkat bawah. Aku sekarang di rumahku, aku nak ke rumah eomma appa aku.

Bersama BANG CHAN

Bang Chan bagitahu dia nak sangat jumpa eomma appa aku. Aku dah jumpa eomma appa dia kat Australia bulan lepas.

Apabila aku keluar, aku dah nampak sebuah kereta hitam di depan rumahku. Aku tahu tu kereta Bang Chan. Aku terus masuk ke dalam kereta.

"Kenapa tak bagitahu yang Chan dah datang?" tanyaku dengan penuh rasa bersalah. Aku ni dah lah bersiap lama, sian Bang Chan tunggu lama kat luar.

"Takpelah, kalau Chan tunggu lama pun ada aircond dalam kereta ni so tak panas lah" balasnya dengan senyuman. Aku menganggukan kepalalu perlahan².

Dalam perjalan, Bang Chan asyik cakap 'Chan berdebar' sampai aku sekali rasa berdebar. Tapi aku pasti mak ayah aku takkan reject Bang Chan, sape boleh reject Bang Christopher Chan?

"Don't worry Chan, eomma appa saya akan terima awak. Awak tahu tak saya ni sebijik macam eomma appa saya? Kalau saya suka maksudnya dieorang pun akan suka" kataku untuk tenangkan hati Bang Chan.

Nak pegang tangan dia tak boleh, dua² tangan dia ada kat stereng kereta. Jadi aku hanya mampu menatapnya.

"Hahaha, ok²" dia ketawa mendengar apa yang aku cakap. Eih apa yang aku cakap tu betullah `_`

Sampai di depan eomma appa, Bang Chan membuat muka terkejut.

"Ni rumah eomma appa awak?" tanya Bang Chan tak percaya. Aku menganggukan kepalaku.

Bang Chan perlahan² masuk ke dalam kawasan rumah, sampai di depan pintu rumah kiteorang turun.

"Pak Choi" aku memanggil Pak Choi apabila Pak Choi tak datang.

"Ye², sorry sebab lambat" Pak Choi menundukkan sedikit kepalanya. Aku hanya memberikan senyuman sambil cakap 'sokey'.

Pak Choi mendekati Bang Chan lalu menghulurkan tangannya minta kunci kereta tapi Bang Chan macam tengah blur. Aku ketawa melihat muka Bang Chan yang dah jadi 'Chanfused'(confused).

"Chan, Pak Choi minta kunci kereta sebab dia nak parking kereta" ujarku. Bang Chan membuat mulut berhuruf 'O' lalu memberikan kunci keretanya.

"Gomawo" ucap Bang Chan. Pak Choi menundukkan kepalanya dengan senyuman lalu naik kereta Bang Chan untuk pergi parking.

"Apa lah awak ni Chan" kataku yang masih ketawa. Kalau korang tengok, mesti korang akan ketawa sebab muka dia blur. Kalau tak dapat imagine, cari je dalam google 'Bang Chan confused' =)

Bang Chan tersenyum malu apabila aku mentertawakan dia. Aih dia ni, buat apa² mesti cute. Malu pun cute, confused pun cute haiyya.

But bila dia marah tak cute ye awuck² •_•

Apabila masuk ke dalam rumah seperti biasa ada eomma, appa, oppa dan unnie duduk di atas sofa. Semua memandang kami dengan senyuman. Kami pun duduk di kerusi berhadapan eomma appa.

"Akhirnya kami jumpa orang yang betul² boleh buat puteri bongsu kami ni gembira" kata appa dengan senyuman.

"Apa nama kamu? Dari mana kamu asal? Berapa umur kamu?" bertubi² soalan yang diberikan oleh eomma.

"Nama saya Bang Christopher Chan. Saya asal Korea tapi pindah ke Australia masa saya muda sangat², saya pindah balik Korea sebab nak jadi idol. Umur saya 23 tahun" balas Bang Chan tenang.

"Jadi kamu muda setahun dari Sunhee" Bang Chan menganggukan kepalanya.

Aku memandang unnie yang sedang mengetap bibirnya tahan teruja. Unnie memandangku apabila dia sedar aku menatapnya, aku menganggukan kepalaku.

"Ermmm, Bang Chan" unnie memanggil Bang Chan dengan suara terketar². Bang Chan memandang unnie.

"Ye?" sahut Bang Chan dengan senyuman. Aku tengok muka unnie, mukanya dah kemerahan.

Wahai kakak, jangan ko jatuh cinta kat boyfriend aku plak aku tibai kan

"Boleh tak nak tanda tangan?" tanya unnie malu². Mula² Bang Chan diam kemudian perlahan² dia mengangguk dengan senyuman. Mungkin Bang Chan dah boleh agak unnie peminat Stray Kids.

Unnie segera naik ke tingkat atas lalu turun dengan membawa gambar Bang Chan. Bang Chan pun tanda tangan di atas gambar tersebut.

"Thanks sebab selalu sokong Stray Kids" ujar Bang Chan. Unnie memberikan senyuman semanis gula pada Bang Chan.

Selepas Bang Chan tanda tangan, dia terus naik ke tingkat atas.

"ARHHHHHH!!!!"

Bang Chan terkejut manakala keluarga aku(termasuk aku, kecuali kakak aku) hanya mengelengkan kepala.

"Normal" kata kami berempat serentak lalu ketawa. Bang Chan dah boleh agak apa yang kiteorang cakap, dia hanya senyum.

"Bila rancang nak kahwin?" tanya eomma.

"Kalau boleh nak kahwin cepat²" balasku. Eomma dan appa menganggukan kepala.

"Apa kata buat majlis perkahwinan Sunyeon(unnie) dan Sunhee sama?²" cadang oppa. Eomma dan appa menganggukan kepala sambil menepuk tangan.

"Yeah! Cadangan yang bagus" kata appa.

"Ok, kamu berdua akan kahwin tahun depan" ujar eomma. Kami bedua terus menganggukan kepala kami.

"Ok!"

--------------------

(10/1/2024)

Aku menarik nafas dalam². Aku berdiri di hadapan cermin dengan senyuman. Finally, aku akan kahwin.

Tiba² aku teringat kisah silam aku. Camne kalau Bang Chan buat macam Minjun buat kat aku dulu? Lebih parah kalau dah kahwin.

Aku terus mengelengkan kepalaku. Tak mungkin Bang Chan buat camtu, dia yang kejar aku takkan dia nak curang kan?

"Sunhee, majlis dah nak mula" kata eomma. Aku memandang eomma dengan senyuman.

TAK SABAR AKU NAH KAHWIN YAHOOO

Aku memasuki gereja, aku mula berjalan di tengah². Tangan aku ketar, normal lah kan? :-)

Aku pun bediri di depan dengan mukaku yang tertutup dengan kain.

"Yang Sunhee, adakah kamu akan mencintai Bang Christopher Chan dan sanggup bersamanya tak kira susah senang?"

"Saya sanggup"

"Bang Christopher Chan, adakah kamu akan mencintai Yang Sunhee dan sanggup bersamanya tak kira susah atau senang?"

"Saya sanggup"

"Tahniah! Anda sudah sah sebagai suami isteri. Pengantin lelaki diminta memakaikan cincin di jari pengantin perempuan dan dibenarkan bercium"

Bang Chan mengambil tanganku lalu memakaikan cincin di jari manisku. Aku dapat rasakan tangannya sejuk dan tengah ketar. Selepas itu, Bang Chan perlahan² membuka kain yang menutupi mukaku dengan senyuman.

Bang Chan mendekatkan mukanya dengan mukaku.

"I love you"

"I love you"

Kami berdua bercium dan itu ialah ciuman pertama kami. Semua yang berada di situ menepuk tangan sambil bersorak(Para isteri dengan member Skz lah tu bersorak).

Aku bersyukur sangat Bang Chan datang ke hidupku, aku harap aku dan Bang Chan akan kekal hingga ke tua :-D

@Sorry weh kalau cara dia berkahwin tu salah... @Oyeah, aku tak sabar nak sambung citer Felix pasni >_< @Btw, harini birthday aku hehehe :->

Share this novel

Hwa
2020-11-27 16:25:47 

Aku boleh bayang Han tengok sorak/ jerit XD


NovelPlus Premium

The best ads free experience