Meet New Friends(walaupun sedikit kacau)

Fantasy Completed 844

Apabila aku datang ke studio pagi ni, pintu studio masih terkunci. Aku melihat jam tanganku, dah pukul 10 pagi. Tak mungkin 4 orang tu tak datang lagi.

Tiba² telefonku berbunyi, aku melihat nombornya tidak dikenali jadi aku abaikan. Tapi nombor tu dah menelefon padaku sebanyak 3 kali. Jadi aku mengambil keputusan untuk mengangkat.

"Annyeong"

"Annyeong, saya Bang Chan ingat kan?"

"Ouh Bang Chan! Ya², saya ingat"

"Awak dah sampai kat studio ke?"

"Dah, saya tunggu depan studio awak ni"

"Ouh awak pergi dekat sini dulu lah, awak tunggu kat sini dulu. Lepas saya siap practice kita pergi sama²"

"Hermm ok, tapi kat mana 'sini' tu?"

"Ok awak naik lift tekan ke tingkat 5, pergi ke bilik practice hujung sekali"

"Ok! Saya pergi sekarang"

"Ok, see you later~" Bang Chan meletakkan pamggilan. Tanpa sedar aku senyum bila dia sebut 'later' tu dengan suara yang lembut.

"Senyum apa tu?" aku terus berpaling ke belakang. Minhyuk senyum padaku, sedangkan aku mengurut dada.

"Terkejut saya! Haish" aku menarik nafas dalam². Minhyuk hanya tersengih² seperti kerang busuk.

"Bang Chan tak buka lagi ke studio?" tanya Minhyuk. Aku menganggukan kepalaku.

"Saya pergi dululah, Bang Chan panggil saya" ujarku. Mula² Minhyuk buat muka terkejut, pastu dia senyum balik.

"Ouh, ok" aku pergi ke arah lift lalu menekan butang ke tingkat 5. Sebelum pintu lift tertutup, aku melihat Minhyuk yang menatapku jadi aku hanya senyum padanya. Dia membalas senyumanku.

Masa aku dalam lift, aku terfikirkan sesuatu. Minhyuk cakap Bang Chan, Han dan Changbin satu group kan? Group apa ya? Stray Kids kan?

Aku membuka telefonku lalu search Stray Kids. Terkejut aku, 8 orang satu group? Uish ramai lah dalam bilik practice tu nanti.

Dah lah aku dengar ada yang dah kahwin, kalau campur lagi isteri² dieorang ramai lah satu bilik. Mesti aku akan rasa janggal. Ye lah, aku ni entah sape² :-I

Sampai di tingkat 5, seperti yang di arahkan aku pergi ke bilik practice yang hujung sekali. Aku mengintai melalu cermin dipintu, aku melihat ada Bang Chan, Changbin dan Han. Harh betullah bilik ni.

Tiba² mataku bertembung dengan seseorang. Dia terkejut melihatku dan dia juga terkejut melihatku. Oleh disebabkan itu, semua yang berada di dalam itu memandang ke arah pintu(ke arahku).

Aku mengetuk pintu, perlahan² aku masuk.

"Annyeong" ucapku malu². Ok seperti yang ku duga, ada 4 orang wanita di situ dan aku tahu mereka itu isteri² member Skz.

"Finally, awak sampai" kata Bang Chan teruja melihatku. Semua yang berada di situ senyum padaku.

"Annyeong Sunhee, welcome to the zoo Stray Kids" ucap Han. Aku ketawa halus sebagai respons.

"Mari duduk sini" jemput salah seorang dari 4 orang wanita di situ. Aku mengangguk lalu duduk di sebelahnya.

"Annyeong, nama saya Sua. Yang paling cantik ni Hyuni" wanita yang mengajakku duduk takdi memperkenalkan dirinya.

Dia juga turut memperkenalkan wanita yang berada di sebelahnya, wanita yang bernama Hyuni itu membuat hair flip. Eceh, mentang² orang puji cantik -_-

"Yang paling tua, Junghwa" Sua memperkenalkan wanita yang berada di hadapanku. Dia memberikan senyuman padaku yang membuatkan aku tenang.

Serius, bila dia senyum boleh buat orang tenang. Yang mana satulah husband dia ni.

"Yang muda empat bulan dari Junghwa, namanya Eunha tapi panggil Eun je" Sua memperkanalkan wanita yang berada di sebelahku(kiteorang duduk dalam bulatan).

Eun memberikan senyuman padaku. Ok, semua normal kecuali Hyuni.

"Awak Yang Sunhee, umur 24 tahun right?" tanya Junghwa. Aku menganggukan kepalaku. Tak hairan kalau dieorang tahu nama and umur aku, mesti Bang Chan dah bagitahu.

"Siapa suami awak² semua?" tanyaku. Mereka memandang sesama sendiri sebelum tersenyum nakal.

"Teka lah"

Aku mengangkat keningku sebelah. Aku memandang member² Skz. Nasiblah aku dah hafal muka masing² masa dalam lift takdi, nama pun aku dah hafal.

"Sua, saya rasa suami awak Seungmin"

"Hyuni, saya rasa suami awak Han"

"Junghwa, saya rasa suami awak Jeongin"

"Eun, saya rasa suami awak Minho"

Aku memandang mereka berempat kembali selepas aku sudah meneka. Muka mereka semua jelaa terkejut. Aku tak tahu sama ada aku betul semua or aku salah semua.

"Awak rasa kami sesuai dengan orang yang awak teka takdi?" tanya Eun. Aku menganggukan kepalaku.

"Ha ah. Sua sebab nampak macam cold² but cute so nampak sesuai dengan Seungmin. Hyuni pula confident yang tinggi sama macam Han. Senyuman Junghwa tenang sangat, sama macam senyuman Jeongin. Eun pulak nampak kasar, so maybe suami awak Minho" terangku panjang lebar.

Mereka berempat menganggukkan kepala masing². Mereka bangun lalu pergi ke orang² yang aku teka takdi.

"Seungmo! Kenapa berlatih kuat sangat? Tak baik untuk kesihatan lah~" Sua memegang lengan Seungmin. Seungmin nampak confused.

"Oi Quokka, jom makan I lapar lah~" Hyuni menggoncangkan lengan Han. Han memandang Hyuni pelik.

"Innie, jom balik Hwa nak cuddle~" Junghwa memberikan Jeongin back hug yang membuatkan Jeongin confused plus malu.

"Minho! Aku nak kiss!" Eun memuncungkan bibirnya di depan Minho. Minho membuat muka geli.

"ApA kAh MaKsUd SeMuA iNi?!" tanya Hyunjin dramatik. Hyunjin memegang dadanya lalu jatuh terduduk. Ok sekarang aku tau yang aku salah.

"Sua!!!" Han berlari ke arah Sua lalu memeluknya.

"Hanie tak curang! Sumpah Hanie tak curang! Hyuni yang tiba² datang pastu goncang² lengan Hanie. Pening sampai Hanie" ujar Han bersungguh.

"Oi Lee Junghwa, kau buat apa kat Jeongin tu? Muka aku dengan Jeongin nak dekat sama ke?" tanya Minho dengan nada sindir.

"What happening?" tanya Changbin apabila dia melihat Eun memuncungkan bibirnya di depan Minho takdi.

"Sunhee bagitahu yang aku sesuai dengan Jeongin, Sua sesuai dengan Seungmin, Hyuni sesuai dengan Han dan Eun sesuai dengan kau" ujar Junghwa dengan senyuman nakalnya. Semua member Skz memandangku.

"Mana lah aku tahu! Korang bukan perkenalkan isteri masing!² Suruh aku teka memang confirm arh salah!" ujarku tahan marah, ada separuh nada merajuk.

"Sunhee, dieorang gurau je" pujuk Bang Chan. Aku mengeluh lalu mengangguk.

"Ye²" aku pun pergi duduk di penjuru bilik, aku pun membuka telefonku. Aku sedar yang semua sedang memerhatikan ku.

Tidak lama kemudian, aku merasakan seseorang yang berdiri di depanku.

"Sunhee, mian kalau gurauan kiteorang sakitkan hati awak" aku mengangkat muka dan melihat mereka berempat. Muka mereka penuh dengan rasa bersalah.

OK SUNHEE KENAPA KAU NI SENSETIF SANGAT ARH I HATE MYSELF

Aku bangun lalu menepuk bahu Junghwa sebab dia yang mintak maaf dan dia ada di depanku. Sua, Hyuni dan Eun berada di belakang Junghwa.

"Sokey, saya yang terlebih sensetif sangat. Saya tak biasa berkawan, jadi saya tak biasa dengan gurauan macamni" ujarku. Mereka semua tetap menunduk.

"Jadi tolong ajar saya cara untuk bergurau" sambungku lagi. Mereka mengangkat muka, mereka senyum padaku.

"Ok!" jawab mereka serentak. Aku memberikan senyuman pada mereka tanda aku tulus memaafkan mereka.

"Ok mari mula dari awal. Nama saya Yang Sunhee" aku menghulurkan tangan untuk berjabat tangan.

"Nama saya Lee Junghwa" Junghwa memperkenalkan dirinya lalu berjabat tangan denganku.

"Nama saya pulak Han Sua"

"Nama saya Seo Eunha"

"Nama saya Hwang Hyuni"

"Oh Hyuni, macam mana suami awak takdi? Saya nampak dia terduduk atas lantai takdi lepas dia nampak awak goncang lengan Han" tanyaku dengan nada gurau. Hyuni membuatkan muka terkejut lalu memandang Hyunjin.

"Oh my god, saya lupa suami saya yang dramatik tu. I'm coming Jinnie!" Hyuni berlari ke arah Hyunjin yang membuatkan kiteorang ketawa.

Harap² aku dapat sesuaikan diri aku dengan dieorang.

Uwow, Sunhee aku buat watak sensetif dalam ni •_•

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience