Kerja Baru

Fantasy Completed 844

"Baiklah, kamu boleh bekerja di sini mulai esok. Sila datang kerja tepat pada masanya" ujar manager Kim. Aku menganggukan kepalaku tanda faham.

"Kamsahamnida!" aku membongkokkan sedikit badanku. Aku pun keluar dari bilik manager. Aku menarik nafas dalam² lalu menghembuskannya.

"Finally! Dapat gak aku jadi produser" aku tersenyum memandang kad id ku.

'Yang Sunhee'
'Produser JYP'

Aku pun naik lift lalu menekan tingkat 1. Selepas itu aku pergi kat keretaku and then balik rumah.

----------------------

Aku mengetuk pintu studio, beberapa saat kemudian ada yang membuka.

"Annyeong, saya produser baru kat sini" ujarku lalu menunjukkan kad id ku. Lelaki yang membuka pintu takdi melihat kad id ku, dia pun senyum padaku.

"Annyeong! Jom masuk" lelaki itu memberikan ruang untuk ku masuk. Aku pun masuk dan melihat ada 4 orang di dalamnya(termasuklah lelaki yang tolong buka pintu takdi).

"Ini ialah Yang Sunhee, dia ialah produser baru kita semua" ujar lelaki yang membuka pintu takdi. Aku membongkokkan sedikit badanku.

"Annyeong, Yang Sunhee imnida!" mereka berempat senyum padaku menandakan mereka menyambut kedatanganku.

"Tak sangka manager kita ambil produser perempuan" ujar salah seorang lelaki tersebut.

"Oh ye! Saya lupa nak perkenalkan diri saya. Nama saya Min Minhyuk, produser untuk Stray Kids. Yang kiri tu Changbin, tengah tu Han dan yang akhir sekali ni Bang Chan. Kesemuanya dari group Stray Kids" aku menganggukan kepalaku tanda faham.

"Annyeong, nice to meet you Sunhee" sapa Bang Chan. Aku menganggukkan kepalaku dengan senyuman di bibirku.

"Harap kita boleh bekerjasama" ujar Han ceria.

"Saya pun harap macamtu" balasku dengan senyuman.

"Annyeong" sapa Changbin pendek. Takpelah, daripada dia tak sapa aku kan?

"Baiklah, harini awak tengok je dulu ok?" aku menganggukkan kepalaku. Aku nak tengok gak macam mana cara dieorang bekerja.

Sepanjang aku bekerja harini, Bang Chan yang paling banyak membantu. Han cakap dia ialah leader Stray Kids, patutlah perangai dia bagus.

Eh tapi aku tak cakap herh yang perangai Minhyuk, Han and Changbin tak bagus. Aku just cakap yang perangai Bang Chan buat aku kagum.

9:50 malam....

"Sunhee, saya rasa better awak balik dulu. Dah lewat ni, awak perempuan tak boleh balik lewat² bahaya" ujar Bang Chan. Aku melihat jam tanganku, betullah dah lewat.

"Arh baiklah, terima kasih untuk harini" ucapku. Aku mengemas² barangku, selepas itu aku membongkokkan sedikit badanku sebelum pergi.

"Terima kasih atas kerja keras awak harini" ucap Han.

"Hahaha, sama²" aku menundukkan sedikit kepalaku. Aku memandang Changbin.

"Changbin" aku menundukkan kepalaku sedikit. Changbin menganggukan kepalanya dengan senyuman.

Aku pun keluar dari studio, naik kereta lalu pulang ke rumah dengan selamat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience