Bab 8

Spiritual Completed 9130

"Assalamu'alaikum. Anisah Humaira. Ini chat terakhir saya. Walau Anisah Humaira jatuh tujuh kali, bangkitlah lapan kali. Walau nanti gagal seratus kali, gandakan usaha seribu kali ganda.

Jangan tinggal solat.
Istiqamah dalam dakwah.
Istiqamah dalam tarbiyyah.
Istiqamah dalam hijrah.

Saya tak pernah kenalkan diri. Saya seorang yang sentiasa memerhati Anisah Humaira. Ada satu yang selalu menarik hati saya pada Anisah Humaira. Nama saya Al Banna. Tapi, saat Anisah Humaira membaca pesanan ini, saya pasti sudah 'pergi'.

Jaga iman, jaga hati, fi hifzillah." -011-23456789

Itulah pesanan terakhir diterimanya dari seorang Al Banna. Dia tak peranh terfikir dirinya diperhati. Pelbagai benda boleh ditafsirkan dengan perkataan 'pergi' Al Banna itu. Entahlah. Dia sendiri tidak pasti.

Apa yang penting saat ini, dia sudah berjaya menamatkan pelajarannya di tingkatan enam. Satu cita-citanya sahaja belum tercapai. Dia teringin membantu saudara di Syria dan Palestin. Sangat ingin. Buat masa ini, hanya doa mampu ditembak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience