"Kak Chik! Angah ajak pergi kedai sekarang." Zubair datang memanggilnya.
"Oh ya? Okey, jom." Anisah Humaira menurut.
Angah membawanya ke kedai baju. Ingin menunaikan janjinya untuk membelanja adik perempuan satu-satunya baju baru. Encik Papa dan Puan Mama tak ketinggalan untuk dibelanja.
"Anis nak baju macam mana?" Tanya Angah.
"Yang sesuai dengan tudung ni." Jawab Anisah Humaira sambil membelek baju yang ada.
"Oh. Ni, nak?" Angah menunjukkah sehelai baju berwarna hijau biru.
"Eh, cantik. Boleh la." Puji Anisah Humaira.
"Adik nak baju jugak." Pinta Zubair.
"Adik tak payah. Baju dah banyak." Usik Angah. Zubair menarik wajah. Merajuk.
"Dah besar, merajuk. Pergilah pilih. Satu je." Bicara Angah mengembalikan keceriaan di wajah Zubair.
Selesai membuat pembayaran, Along pula membelanja makan. Selesai makan, mereka pulang ke rumah. Anisah Humaira masuk ke bilik dan meletakkan barang yang dibeli di atas katil. Baru sahaja duduk, pintu bilik diketuk.
"Ye, Along?" Anisah Humaira membuka pintu bilik.
"Nah." Satu beg dihulurkan. Anisah Humaira menyambut dan melihat ke dalamnya. MashaaAllah. Tudung.
"Thanks, Along." Ucap Anisah Humaira.
"You are welcome. Jadi adik solehah okey?" Pesan Along. Anisah Humaira senyum.
"InshaaAllah, along." Jawab Anisah Humaira.
Terus disiapkan pakaian untuk hari esok. Excited untuk ke sekolah. Dengan azam dan semangat membara. Dia yakin jalannya penuh liku. Tapi, dia akan lalui semampunya. Dengan izin Allah jua.
Share this novel