Bab 15

Spiritual Completed 9130

Puan Mama dan Encik Papa terharu dengan apa yang berlaku waktu ini. Anak muda sudah mula berjinak mencintai agama. Ramai ibu bapa memasukkan anak ke sekolah agama demi ilmu yang bermanfaat itu. Ada diantaranya, bercita-cita menjadi syahid seperti Anisah Humaira.

Kata-kata Al-Banna buat Anisah Humaira dibukukan. Setiap kata-kata disertai kisah perit yang dihadapi oleh Anisah Humaira. Kisah itu tidak direka. Tapi, ditulis sendiri dalam diari Anisah Humaira dan Al-Banna. Masing-masing mengetahui kisah.

Pernah datang sekumpulan rakan-rakan sekolah Anisah Humaira ke rumahnya hanya kerana ingin meminta maaf atas perbuatan salah mereka. Puan Mama tersenyum tenang. Dengan yakin Puan Mama menyatakan Anisah Humaira tiada dendam. Puan Mama yakini itu.

Puan Mama dan Encik Papa semakin tua. Setiap hari, semakin sakit. Along bekerja dan menjaga keduanya. Angah juga. Adik masih belajar. Namun, tak pernah terbeban menjaga ibu bapanya. Tiga beradik itu bgai sudah mengagak apa yang bakal berlaku. Seminggu cuti diambil. Diluangkan sepenuhnya buat Mama dan Papa.

Hari kelima bercuti, sewaktu solat subuh, Puan Mama dan Encik Papa menghembuskan nafas terakhir. Dalam sujud terakhir. Along menangis. Angah menangis. Adik sudah teresak. Kini, mereka yatim piatu. Tapi, dari didikan Puan Mama dan Encik Papa, mereka cukup faham perlunya redha.

"Anisah Humaira, Mama dan Papa sudah menyusulmu. Sambutlah mereka dengan senyummu. Tunggu kami mengikut perjalanan indahmu." Monolog hati Along. Angah berfikir yang sama. Adik juga tak ketinggalan.

Sedih memang sedih, namun ujian bukan hanya ditangisi. Malah disyukuri. Sekurang-kurangnya mereka sempat menabur bakti saat-saat terakhir Puan Mama dan Encik Papa bakal pergi. Moga Allah merahmati kesemuanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience