Bab 12

Spiritual Completed 9130

Puan Mama mengemas bilik asy-Syahidah Anisah Humaira. Hati terasa begitu merindukan kehadiran anaknya. Namun, apakan daya, Allah lebih tahu segalanya. Anaknya tidak mati. Ya, anaknya tidak mati. Namun, hidup dengan nikmat indah dari Ilahi.

Puan Mama memeluk baju hijau kesukaan Anisah Humaira. Tidak dapat memeluk jasad, dapat memeluk baju sudah cukup baginya. Baru beberapa hari lepas, Puan Mama mimpikan Anisah Humaira. Sangat cantik.

Berbusana sutera hijau yang sangat indah, kecantikan Anisah Humaira begitu menyerlah. Dia tampak gembira dan bahagia. Saat mendekati Puan Mama, harumannya semerbak. Anisah Humaira mencium tangan Puan Mama. Dikucup lembut pipi Puan Mama. Dipeluk penuh rindu.

Puan Mama sempat mengusap-usap pipi Anisah Humaira. Sempat tersenyum melihat kebahagiaan anaknya. Sempat mencium anaknya. Terasa tidak mahu bangun dari tidur. Namun, belum tiba masanya untuk dia berlama-lama dengan anaknya. Saat nanti dijemput Ilahi, pasti mereka bertemu lagi.

Puan Mama teringat kembali perbualannya bersama dengan Anisah Humaira. Ceria suara Anisah Humaira membuatkan hatinya terhibur.

"Assalamu'alaikum, Mama. Mama apa khabar? Mama sihat? Anis rindu, Mama." Tanya Anisah Humaira dengan senyum manisnya.

"Wa'alaikumussalam, Anis. Alhamdulillah. Mama, papa, Along, Angah, adik, semua sihat. Anis macam mana? Anis nampak gembira." Balas Puan Mama.

"Alhamdulillah, Mama. Anis baik di sini. Mama, seperti janji yang dimetrai, Anis akan tunggu Mama, Papa, Along, Angah dan Adik di depan pintu syurga. Anis akan tunggu sampai semua datang. Anis tak mahu masuk ke istana syurga, tanpa keluarga Anis yang tercinta." Jawab Anisah Humaira.

"Mama rindukan Anis. Anis satu-satunya anak perempuan mama. Namun, sudah ditakdirkan, Anis mendahului kami. Anislah ana kebanggaan Mama dan Papa. Tunggu kami." Perpisahan begitu perit. Sempat Anisah Humaira meminta dikirim salam pada Papa dan adik beradik.

Bangun dari tidur, Puan Mama menangis. Kerinduan tak mampu dibendung. Kerinduan begitu berat. Lebih lagi pada insan yang telah tiada. Itulah apa yang Puan Mama rasa. Perit, namun doa tidak dilupa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience