BAB 1

Fantasy Series 3161

Dia mencelikkan mata dengan payah apabila terasa cahaya menyuluh kearahnya. Dia melihat sekeliling. Matanya terhenti kearah temannya yang sedang lena. Bantal di ambil dan dibaling tepat diwajah mereka berdua.

"Adoi!! sakitlah Andra!!"Marahnya yang masih mamai. Manakala temannya yang satu lagi tidak terkesan dengan balingan itu.

"Bangun"

Mendengar suara dingin gadis itu kelam kabut mereka berdua bangun. Meskipun gadis itu lebih muda dari mereka personalitinya amat menggerunkan.

15 MINIT KEMUDIAN

Mereka bertiga berkumpul dimeja makan untuk sarapan. Suasana amat sunyi hanya kedengaran sudu dan garpu berlaga sahaja. Kedua temannya saling membalas isyarat mata.

"Ehem! Andra kau oky ke? Asal macam tak mood je? "Dia bertanya berhati hati

Andra menghentikan suapannya dan berdiri untuk bereder. Dia mengambilnya beg sekolahnya untuk pergi.

"Aku tunggu kat bawah" Katanya sebelum hilang dari pandangan mata. Soalan temannya bagaikan angin saja

"Hara kenapa dengan Andra eh?"

"Aku pun tak tahu. Sabar jelah Kayra"

Mereka berdua segera menghabiskan sisa yang tinggal dan menggemas meja makan dan terus berangkat ke sekolah.

*******
Sedang mereka berjalan ke kelas mereka dihadang oleh sekumpulan perempuan. Dia memandang wajah Andra dengan penuh kebencian.

"Oii minah! Kau dah muak sangat ke jadi pelajar sampai nak jadi gruad kat sini?" Soal Kayra sinis

"Shut up. I tak nak cakap dengan you but I nak cakap dengan budak pelik nie" Dia mendekati Andra dan menunjul nunjal kepala Andra dengan kasar

"Eh budak pelik kau pakai jampi apa sampai hazim suka kat engkau! Hazim tu hak aku! Kau faham tak!" Dia menengking dan menolak tubuh Andra.

"Kau pahal Bella?! Datang tak bagi salam tiba tiba nak tengking tolak orang nie bagai?! Wayar kat otak kau dah putus?!" Aihara tidak kalah tingginya juga.

Andra berdiri dengan bantuan Kayra. Dia mendekati Bella yang sedang membengis. Dia menolak Bella ke dinding. Dia mencekik leher Bella dengan kuat. Bella mula kesesakan nafas.

"Le-pas And-ra"

Andra melepaskan dengan leher Bella dengn kasar. Bella jatuh melorot. Dia seperti ikan yang tergapai gapai mencari oksigen. Andra mendekatkan mulutnya ketelinga Bella.

"Aku boleh buat lebih"

Andra terus pergi bersama Kayra dan Aihara. Dari kejauhan Bella memandang Andra dengan amarah dan kebencian yang semakin mendalam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience