Hari ini ialah hari kem motivasi diri berlangsung di dalam hutan. Dengan tidak puas hati Kayra dan Aihara menghempas kuat pintu bas tersebut.
"Okey guys berkumpul sekarang"! Pengetua mula mengeluarkan arahan. Semua pelajar mula berbaris mengikut kelas. Andra , Kayra serta Aihara berada di barisan paling belakang.
"Saya nak awak semua control your attitude , understant?"
"Baik pengetua!" balas mereka
Memandangkan hari ini hari pertama jadi tiada aktiviti yang akan diadakan melainkan memasang khemah. Mereka mula memasang khemah. Satu khemah tiga orang.
"Andra kau rehatlah aku tengok macam kau penat je" Ujar Andra
Andra hanya mengangguk dan bergerak masuk kedalam khemah
*******
4 PAGI
Andra masih tidak dapat melelapkan matanya. Dia memandang Kayra dan Aihara yang tidak nyenyak disebelahnya. Dia bangun dan keluar dari khemah secara perlahan.
Dia berjalan menuju ke sungai. Hanya bunyi cengkerik dan burung hantu kedengaran.
"Look guys who's there!" Suara seseorang mematikan langkah Andra. Tanpa menoleh kedengaran tapak kasut melangkah kearahnya
Andra diam tanpa bersuara
"Aku nak balas apa yang kau buat Andra! sebab kau malukan aku depan Xavier perempuan macam kau nie memang layak mati lah!" Bella menengking Andra dengan kuat
Kayra dan Aihara keluar dari khemah dengan wajah mamai. Terkejut apabila mendengar suara yang nyaring.
"Pembawa malang!!" Milla menolak Andra sehingga terlanggar pokok. Hanya beberapa meter sahaja jarak Andra dengan sungai.
"I want to say something Andra and this!!!" Bella kuat menolak Andra jatuh ke sungai yang deras itu
"ANDRA!!!"
Tanpa berfikir panjang mereka terus berlari dan terjun ke sungai deras itu. Mereka bergelut melepaskan Andra dari tarik dengan arus deras itu. Tanpa aba-aba kepala Kayra dan Aihara terhantuk batu besar.
Andra cuba menyelamatkan mereka berdua namun kudrat dan tenaganya semakin lemah. Mata Andra perlahan-lahan tertutup. Tiba-tiba satu cahaya menarik mereka kedalam
*******
Dia insan terpilih.
Dia dilahirkan semula untuk
menghapuskan kejahatan yang semakin
berleluasa.
Hanya dia.
Yang mampu mengapuskannya
Andra bangun mengejut. Dia memandang kelibat sahabatnya. Dengan payah dia bangun menuju kearah mereka.
"Kayra!! bangun!!"
Melihat Kayra membuka mata membuat dia menghela nafas lega. Kayra duduk bersipu. Luka di kepalanya dibelek
"Hara!!bangun!!"
Aihara memegang kepala yang agak pening. Mereka memandang sekeliling. Perlahan-lahan mereka berdiri
"Kita tak mana nie beb? asal seram sangat nie?"
"Aku tak tahu"
Baru mereka ingin bergerak satu suara menghentikan langkah mereka.
"Jangan bergerak!! kamu semua siapa?!" Katanya lantang
"Kam-"
"Pengawal!!Tangkap mereka!!"
"Woiii!!! lepas!!" Mereka diheret dan dikurung serta dirantai
********
Damien berlari dengan laju kearah Xavier dan Davian yang sedang minum
"Weiiii!!! Kita kena balik sekarang!!"
"Kau asal"
"Ada orang ceroboh kawasan larangan!!! Cepat monyet!!"
Air yang diminum Davian tersembur mengenai wajah Damien.
"Dah cepat!!! aku lama tak belasah orang nie"
Tanpa banyak bicara mereka terus masuk kedalam portal.
Share this novel