BAB 15

Fantasy Series 3161

Ruby menarik tubuh Andra dalam pelukan. Andra terkaku tidak bergerak seperti patung. Dia menolak tubuh Ruby lalu menjauh darinya.

"M-maaf"

"Hmm"

Mereka meneruskan perjalanan mencari Ilusion Forest. Jalan punya jalan tak sedar sudah 3 jam mereka mencari.

"Dah jumpa belum?"

"Belum! Arghhh! Penatlah aku! Datang sini dah kena paksa cari hutan tu pun susah! menyusahkan betullah!" Tanpa sedar Davian menumbuk satu pokok. Tiba tiba akar menjalar di kaki dan menariknya ke atas pokok

"ARGHHH!!"

"Padan muka kau! gantunglah kau sampai kitaorang balik ye" Mereka mula meninggalkan Davian yang tergantung. Telinga dipekakkan mendengar jeritan Davian

"WOII!! tolonglah aku!"

"Itu balasan sebab mulut tempayan kau!"

Jalan punya jalan mereka terhenti disebuah pokok yang mempunyai tulisan purba.

"Ada yang tahu baca?"

"Kita kena nyanyi" Ujar Andra dan Damien serentak. Mereka memandang antara satu sama lain. Damien memandang Andra pelik. Manakala Ruby tersenyum. Senyum yang lama pudar.

'Macam mana dia tahu?'

'Kau masih tak berubah'

"Maksudnya?"

"Kita kena nyanyi untuk buka pintu Ilusion Forest nie"Kata Damien.

"Get ready"

**********
"Weii! Dah ke?"

"Kejap!" Ruby menghulur kapas ke Andra lalu memasang ke telinga.

"Walau apa pun terjadi jangan buka kapas nie oky? kita tak tahu apa benda yang menanti kita kat dalam" Ujar Ruby serius. Davian menjulingkan mata. Menyampah.

"Tahulah! Dah cepat jalan"

Sepanjang perjalanan mereka semua senyap. Andra tiba tiba berhenti diikuti dengan Ruby.

"Kenapa?" Andra tidak bersuara malah membuat isyarat menyuruh mereka diam.

"Kau dah bisu ke sampai nak buat isyarat?" Dengan selamba Davian membuka kapas tersebut. Terbuntang mata Xavier dan Damien.

"Woii! pakai gila!"

"Chil lah wei! apa je hutan nie boleh buat" Xavier meluku kepada Davian. Damien pantas memasang kembali kembali kepada kapas itu.

"Jangan buat hutan nie macam bapak kau punya. Dah tengok kan apa jadi? Be careful guys" Mereka mengangguk faham.

Perjalanan diteruskan bertemankan aura dingin masing masing. Tubuh beku Davian diheret.

"Guys! Kita nak buat apa sekarang?" Soal Fiona memecahkan suasana dingin itu. Sebaik sahaja mereka berlima keluar daripada Ilusion Forest tubuh Davian diletakkan di batang pokok.

"Ruby! Budak nie macam nie? Takkan nak biar je beku macam nie?"

Ruby mengangkat bahu.

"Siapa suruh member kau nie mulut tempayan nasib dialah" Ujarnya selamba

"Cairkan"

Suara dingin Andra membuat mereka menoleh. Namum riaksi gadis itu dingin saja.

"Maks---"

"Maksud dia korangkan ada kuasa api so cairkan lah "

Xavier melekapkan tangan ke dada Davian namum tiada apa yang dia rasakan. Dia mengerut dahi lalu kembali memandang Andra.

"Apa yang nak dicairkan kalau badan dia oky je?"

Andra mendekati Davian. Kedua tangan dilekapkan di dada Davian. Sejuk! Itu dia rasakan.

"Kenapa?"

Andra tidak menjawab tetapi dia memejamkan kedua matanya. Makin lama sejuk yang ia rasakan menyerap ke tangannya. Tidak lama Davian membuka mata.Dia terkejut melihat Andra dekat denganya tanpa diduga Dia menolak tubuh Andra dengan kuat sehingga berlaga dengan pokok.

"APA KAU BUAT KAT AKU!! KAU NAK BUNUH AKU KE?!" Davian menjerkah Andra tiba tiba.

"YAH!! Apa masalah kau nie!" Ruby menolak tubuh sasa Davian

"Stupid"

Satu perkataan Andra membuat Davian mengetap bibir. Wajah dingin itu membuatnya lagi membara.

"KAU!" Dia meluru kearah Andra. Dia ingin mengeluarkan kuasa tetapi seperti ada yang menyekatnya.

"Don't bother me"

BERSAMBUNG.....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience