Pintu kelas tersebut ditendang kuat sehingga terpelanting juah. Suasana kelas tersebut tegang serta hening. Tajam panahan mata Ruby memandang seisi kelas tersebut.
"Heii! Apa nie tendang kelas orang!" Marah seseorang.
"Siapa Violet?" Suara dingin Ruby bergema dikelas tersebut.
"JAWABLAH! " Meja berhampirannya dihentak kuat. Terhinjut bahu mereka dek sergahan itu.
"Kenapa cari I?" Celah satu suara. Lantas Ruby berpaling kearah suara tersebut.
"Kaulah Violet?"
"Haah kenapa? You siapa nak tanya I macam tu? Tak kenal siapa I?" Ujarnya angkuh. Kukunya ditiup sebelum menatap pandangan dingin Ruby.
"Kau siapa nak tukar peraturan kat Akademik nie?"
Violet tertawa kecil. Terasa lucu dengan pertanyaan Ruby.
"Lah You tak kenal I ke? I puteri kerajaan langit. You siapa?" Katanya acuh tak acuh. Dia menatap menyampah wajah bengis itu.
"Hey budak! Aku tak peduli kau puteri dari kerajaan mana sekalipun kau takde hak nak tukar peraturan kat Akademik nie!"
"Well why not I tukar? Lagipun peraturan Akademik nie kuno sangatlah tak selevel dengan I"
"Kau nak cakap pasal level? Masuk sini pun rasuah pihak atasan itu kau cakap level kau tinggi? Kesian eh takde cermin?" Kata kata sinis Ruby mengundang kemarahannya.
"You siapa nak cakap macam kat I? Harga diri you pun tak layaklah nak bercakap depan I! I report ayahanda meringkuk you dalam penjara!"
Ruby tertawa kecil.
"Silakan I don't care! kalau nak dibandingkan dengan darjat kau sekarang kau tak mampu nak tandingi aku" Ruby mengeluarkan seutas rantai yang disembunyikan selama nie. Violet dan seisi kelas terdiam.
"M-mustahil! I tak percaya! mana you dapat rantai tu!"
"Setinggi apapun darjat kau , kau takkan mampu miliki rantai nie. Set kat otak kau tu!"
"You tipu! Rantai tu mesti palsu!"
"Tch! Kau nak bukti? boleh. Kita buktikan dengan--"
Ruby mendekatkan dirinya kepada Violet.
"Perlawanan" Bisiknya
"Deal! Kalau I menang serahkan rantai tu dan melutut depan orang ramai?" Violet mengangkat alis kanannya.
"Deal!"
Pandangan Violet tiba tiba jatuh kepada Andra yang sedang duduk bersandar didinding. Bibirnya melakar senyuman sinis.
"I taknak lawan you but I nak lawan dengan dia" Jari telunjuknya ditujukan kepada Andra.
"Kalau takut cakap je lah"
"Buat I nak takut. Lagipun perlawanan nie juga dapat menentukan sama ada mereka layak atau tak masuk Akademik nie" Wajah dingin Andra di tatap sekilas.
"Baiklah" Suara Andra menyentakkan mereka. Violet tersenyum kemenangan.
"Oky! Jom di arena loser!"
"Ruby macam mana nie?" Tanya Kayra panik
"Macm tulah"
***********
Setelah membuat persiapan yang dipatutnya. Andra bersandar didinding arena. Dia memandang Violet yang sibuk membuat pemanasan badan. Matanya beralih kepada sekeliling yang memenuhi luar arena. Tidak kira lelaki atau perempuan. Xavier dan yang juga turut disitu.
"Weii! Korang rasa budak tu dapat kalahkan Violet ke?"
"Cuma ada 3 kata"
"Apa"
"Hidup atau mati" Pernyataan Ruby membuat mereka yang berdekatan meremang. Mereka kembali menatap Andra.
"Sila masuk kedalam arena sekarang. Masa yang ditentukan adalah 1 jam. Apabila tiada pihak yang kalah ia akan dikira sebagai seri"
"MULA!!"
Sebilah pedang halilintar dihasilkan oleh Violet. Andra mengelak setiap serangan Violet. Violet mencacakkan pedang ke tanah. Tanah tiba tiba bergeger. Gegeran itu menghampiri Andra. Andra melompak tinggi apabila merasakan tanah tinggi terhasil ditempat yang dia pijak.
"Lawanlah I. You takut eh?"
Violet berlari sambil menhayunkan pedangnya kearah Andra. Dia tersenyum sinis. senyumannya mati apabila Andra menahan pedangnya menggunakan tangan. Tangan Andra mula mengeluarkan darah.
Violet melihat tepat mata Andra. Dia memejamkan mata lalu membacakan satu mentera yang pelik. Tidak lama dia tersenyum sinis. Pedang yang ditahan oleh Andra di tarik kuat. Tidak peduli kecederaan gadis dingin itu. Dia berjalan mengelilingi Andra.
"Tak sangka perempuan macam you yang acah baik nie rupanya seorang pembunuh dan --"
"Anak haram"
Andra mengepal penumbuk. Violet yang melihatnya ketawa.
"Lah marah ke? Kesian eh you takde siapa yang nak kat you sebab you pembunuh!"
Tanpa pengetahuan Violet kilat biru mula mengelilingi tubuh Andra. Senyumanny mati. Dia berundur setapak menjauhi Andra. Bahunya terhinjut hinjut.
"Kenapa dengan dia?" Semua orang tertanya tanya.
'Now show it!" Desis hati Ruby.
Melihat lakaran serta tatapan Andra. Dia yakin Andra bukan orang biasa. Andra berdiri tegak. Kilat yang menyebulungi dirinya diserap sehingga menghasilkan satu pedang.
Semua seisi arena terkejut. Tidak terkecuali Xavier. Dia terkedu melihat pedang yang ada ditangan Andra.
Andra menerpa laju kearah Violet. Pedangnya dilibas secara rawak dan pantas. Pergerakkannya terlalu laju. Susah untuk Violet membaca pergerakannya.
"ERGHH!" Violet menekap lengannya yang baik luka dan berdarah banyak. Mata menatap Andra tajam.
"You siapa?! Kenapa you ada kuasa?!"
Andra menusuk pedang kearah Violet. Pedang lurus ditujukan kepada Violet. Violet tangkas mengelak serangan Andra. Tika Andra melepasi dirinya. Pantas dia menendang belakang tubuh Andra. Andra terhempas kuat ditanah.
Violet mengambil kesempatan menikam Andra. Namum Andra cepat teleportkan dirinya dibelakang Violet. Violet ditendang kuat.
"Uhukk! uhuk! Erghh!"
Tanah mencengkam tubuh Violet. Andra mengepal kuat penumbuknya sebelum diarahkan kepada Violet.
"Arghhh!" Violet meraung kesakitan.
Andra mendekati Violet yang kesakitan dan keletihan. Dia melihat kearah jam. Masa tinggal 10 lagi.
"Mengalah je" Ringkas perkataanya menyakitkan hati Violet.
"Aku belum kalah!!" Pisau kecil dikakinya dicapai lalu dilempar kearah Andra.
"Jangan pandangan rendah pada I!" Ujar Violet sinis.
Andra mencabut pisau yang di bahu dan perutnya.
Semua yang melihat merasa ngilu dan tindakan Andra. Masing masing memandang perut mereka. Seram dengan tindakan Andra.
"Tch! bodoh!"
Andra mendepakan kedua tangannya. Dia memejamkan mata lalu langit yang biru serta merta menjadi gelap. Pentagram muncul diatas langit. Masing masing terpaku melihat pentagram tersebut.
"Kau takkan elak serangan nie!"
Ribuan pedang keluar daripada pentagram yang berada diatas kawasan arena perlawanan. Hujan pedang mula terhasil.
Andra menghilangkan diri. Violet memejamkan mata. Tiba tiba sinaran putih melindungi dirinya. Hujan pedang yang berlangsung selama 1 minit pun berhenti.
Ruby teleport kearah Andra yang rebah. Dia menyambut tubuh Andra. Matanya jatuh kepada figura tersebut.
"Kau siapa?"
BERSAMBUNG......
Share this novel