BAB 12

Fantasy Series 3161

"Ingat apa aku cakap tadi. Jangan usik atau masuk perangkap hutan nie. Kat dalam nanti macam-macam benda boleh jadi" Pesan Damien. Yang lain mengangguk faham.

Dengan langkah perlahan mereka melangkah memasuki dream forest. Andra memandang sekeliling. Suasana hutan tersebut seperti tidak asing baginya.

Lima minat perjalanan. Mereka cuma berjalan santai. Sehinggalah..

"OH MY GUCCI!!! Pedang fav aku wei!!! Limited nie!!" Davian menjerit tiba-tiba. Belum sempat tangannya ingin menyentuh pedang itu Damien terlebih dahulu mengheretnya pergi

"MIEN!! pedang tu fav aku doh!!" Damien memekakkan sahaja telinganya. Tidak ambil peduli Davian yang menjerit-jerit dibelakangnya.

Yang lain cuma melihat adegan tersebut tanpa niat membantu. Agak meremang melihat Damien yang berwajah series itu. Aura dingin Andra menambahkan suasana yang agak canggung itu.

"NO!! please not now!!!" Fiona juga menjerit tiba-tiba. Damien meraup wajahnya.

"Guys!! Korang dengar tak!? tu kan gruo BTS!! OH MY GOD!! Aku dah lama gila minat dorang wei!! Handsome siot Jungkook!!" Damien dan Xavier menepuk dahi.

"Cuba korang fokus! Baik duduk rumah je tadi" Marah Damien. Mereka berdua diam menikus.

"Sorry Mien"

"Dah cepat!"

********
"ARGHHHH!! Sumpah!! Ini kali terakhir aku masuk hutan gila nie lagi!! Rosak reputasi aku!!" Berang Damien.

"Jaga mulut kau , ini bukan tempat kita" Ujar Damien dingin.

"Sorry Mien"

"Sorry kau naik lori lah"

"Dah stop! jangan gaduh. Next destination Fear Forest"

*********
Fiona memandang Damien dan Xavier silih berganti. Perasaan ragu-ragu semakin menggunung.

"Betul ke jalan nie? asal aku tak sedap hati nie" Ketakutan mula menguasainya

"Shhh!! Diam!"

Mereka berdiri dihadapan Fear Forest. Melihat Tiada yang memasuki hutan itu. Andra terus melangkah tanpa persetujuan mereka.

"Eh?Andra tunggu!"

Merek terus mengejar langkah Andra yang sudah jauh dihadapan. Jalan punya jalan Andra berhenti ditengah hutan.

"Hoi!! Asal kau berhenti?"

Andra tidak menjawab sebaliknya melihat kebawah. Damien juga turut melihat.

"Daun"

"Asal dengan daun nie? Kau nak buat nasi lemak ke?" Fiona mencuit bahu Davian menyuruhnya diam. Davian menjeling menyampah terhadap Andra

"Tengok daun tu"

Mereka memandang sekeliling.

"Cakap terus teranglah aku tak faham maksud kau"

"Semua daun nie jatuh betul-betul tepat bentuk bulatan sekitar kita"

"Jang-"

BOOM!!!

Satu persatu daun tadi mengeluarkan meletup dan mengeluarkan sejenis gas aneh. Mereka semua menutup mata kerana kepedihanan lalu pengsan

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience