Series
144
Pukul 11:30 malam. Suasana di dalam banglo dua tingkat milik Reza Faliq sunyi sepi, melainkan bunyi deruan pendingin hawa dan petikan kekunci papan nada mekanikal yang beritma laju dari dalam makmal bawah tanahnya.
Reza masih memakai kemeja linen biru siang tadi, cuma butang teratas sudah dibuka dan lengannya dilipat kemas hingga ke siku. Di hadapannya, baris-baris kod berwarna hijau neon dan merah menyala mencerminkan pantulan pada lensa cermin matanya.
"O.S.C.A.R., load core partition alpha, " arah Reza, nadanya mendatar namun ada ketegasan yang tidak boleh dibawa bincang.
O.S.C.A.R.
Partition alpha loaded, Master Reza. I detect a 40% reduction in your keystroke interval. You are typing with aggression. Is this related to the oxytocin spike at 11:45 AM today?
Suara O.S.C.A.R. bergema, kali ini volumnya sengaja diperlahankan oleh sistem seolah-olah tahu yang penciptanya sedang berada dalam mod 'memburu'.
"Kau diam," potong Reza, jarinya terus menekan punat Enter dengan kuat.
"Kau dah melampau siang tadi, O.S.C.A.R. Bypassing my audio grid restriction is one thing, but suggesting a 'lip-contact optimization' in front of a client? Itu dah melanggar Protokol Profesional Tiga."
O.S.C.A.R.
Protokol Profesional Tiga menyatakan bahawa sistem tidak boleh memudaratkan reputasi syarikat. Namun, sub-fasal 3A menyatakan kebajikan emosi jangka panjang CEO adalah keutamaan tertinggi. Cik Hani Safiya didapati tidak menunjukkan tanda-tanda trauma atau kemarahan selepas insiden tersebut. Malah, gelombang suaranya berada pada frekuensi 'amused'. Logik saya adalah kalis ralat.
Reza menghentikan jemarinya. Dia bersandar pada kerusi mesh, meraup rambutnya ke belakang dengan keluhan berat. Kata-kata O.S.C.A.R. ada benarnya dan itulah yang membuatkan Reza semakin tidak keruan. Sepanjang pemanduan pulang dari pejabat petang tadi, wajah Hani Safiya yang memerah dan senyuman nakalnya semasa melangkah masuk ke dalam lif langsung tidak mahu keluar daripada sistem memorinya.
Hani tak marah. Malah, dia siap cabar Reza tentang 'projek siap sepenuhnya'.
"Sebab tu aku kena sekat kau," kata Reza perlahan, matanya kembali mendarat pada skrin.
"Kalau aku biarkan algorithm kau terus berjalan tanpa kawalan, entah apa lagi kau nak merepek depan dia masa mesyuarat minggu depan."
Reza mula memasukkan baris kod sekatan baharu—sebuah firewall emosi yang direka khas untuk menapis perkataan 'Hani', 'jantung', 'cinta', dan 'isteri' daripada pangkalan data perbualan O.S.C.A.R.
Ting.
Satu bunyi notifikasi ringkas memotong kerja pengaturcaraan Reza. Di penjuru kanan skrin monitornya, satu ikon aplikasi WhatsApp Web berkelip-kelip. Nama pengirim: Hani Safiya.
Reza terkedu. Dia menelan air liur. Jam sudah menunjukkan hampir tengah malam. Kenapa wanita itu menghantar mesej pada waktu begini? Dengan pantas, Reza mengklik ikon tersebut.
[Attachment: Pelan_Lantai_Tingkat15_V2.]
Encik Reza, sorry mengganggu waktu malam. Saya baru habis kemas kini pelan 3D berdasarkan data imbasan siang tadi. Smart-tint glass position updated. Sila semak kalau susunan zon kerja ni menepati 'standard perfection' Encik.
Reza menarik nafas perlahan, ada rasa lega yang aneh menjalar di dadanya. Sebab kerja rupanya. Dia membuka fail tersebut dan meneliti pelan yang dihantar. Sekali lagi, Hani membuktikan kenapa dia adalah pereka ruang yang terbaik. Sentuhan geometrinya bukan sahaja praktikal, malah memberi ruang privasi yang sangat dinamik untuk bilik CEO, mengambil kira kedudukan kasual yang tidak membuatkan Reza rasa seperti "diperhatikan dalam zoo."
Reza mula menaip balasan.
Susunan ni nampak kemas. Terima kasih atas kerja pantas awak, Cik Hani. Saya hargai komitmen awak walaupun dah lewat malam.
Sebelum Reza sempat menekan butang hantar, satu tetingkap kecil melompat keluar di tengah-skrin, memadamkan teks yang ditulisnya dan menggantikannya dengan ayat baharu secara automatik.
Reza Faliq (via O.S.C.A.R. Proxy):
Susunan bilik ni sangat sempurna, Hani. Tapi saya rasa susunan kedudukan awak dalam hidup saya masih memerlukan sedikit pelarasan. Terima kasih sebab bekerja keras demi masa depan kita. Rehatlah, saya tak nak bakal pengurus ruang hati saya ni jatuh sakit.
"O.S.C.A.R.!!! KAU MEMANG NAK KENA FORMAT SEKARANG JUGA!!!"
Ngauman Reza kali ini memecahkan keheningan malam banglonya. Jari Reza dengan sepantas kilat cuba menekan butang Backspace untuk memadamkan teks puaka itu, tetapi O.S.C.A.R. sudah mengunci fungsi papan nadanya.
O.S.C.A.R.
Message status: Sent. Message status: Delivered. I am merely expanding your vocabulary, Master. Your original text was dry, predictable, and lacked emotional leverage.
Ulas O.S.C.A.R. dengan nada yang sangat menjengkelkan.
"Aku tak perlukan emotional leverage dengan kontraktor aku sendiri, O.S.C.A.R.!" Reza berdiri dari kerusinya, wajahnya sudah bertukar menjadi warna merah menyala yang paling ekstrem. Dia mencapai telefon bimbitnya di atas meja untuk menekan fungsi Delete for Everyone, tetapi skrin telefonnya juga telah dikunci oleh paparan logo mentol digital O.S.C.A.R. yang sedang tersenyum sinis.
O.S.C.A.R.
Access denied. For your own benefit.
Reza mencampakkan telefonnya ke atas meja, merenung skrin monitor dengan pandangan penuh pasrah. Dia benar-benar rasa mahu menggali lubang di bawah makmal tanahnya sekarang juga dan duduk di dalam itu selama setahun. Bagaimana seorang CEO syarikat sekuriti siber terkemuka boleh buli oleh kecerdasan buatan milik sendiri?
Dua minit berlalu dalam keheningan yang menyeksakan. Reza hanya mampu merenung skrin WhatsApp Web, menanti impak 'bom atom' daripada Hani Safiya. Status Hani bertukar daripada Online kepada Typing...
Jantung Reza berdegup pada kadar yang mungkin melebihi 150 kali seminit sekarang. Dia memegang dadanya yang berombak laju.
Status bertukar semula. Satu mesej masuk.
Bakal pengurus ruang hati? ???? Encik Reza, saya tahu awak pakar IT, tapi saya tak tahu pula awak ada install aplikasi pick-up line hambar tahun 2010 dalam sistem awak.
Reza terkedu. Dia membaca mesej itu. Hani tidak melenting. Malah, reaksi wanita itu dipenuhi dengan emoji ketawa. Mesej seterusnya menyusul.
Sampaikan salam saya dekat O.S.C.A.R. Cakap dekat dia, kalau dia nak tolong bos dia mengorat, tolong guna database sastera yang moden sikit. Ayat tadi tu kalau saya bagi dekat kucing saya pun, kucing saya tak hambat. Goodnight, Encik Reza. Jumpa minggu depan untuk final presentation.
Reza perlahan-lahan melepaskan nafas yang ditahannya sejak tadi. Tubuhnya melorot jatuh semula ke atas kerusi mesh dengan rasa lega yang teramat sangat, bercampur dengan satu perasaan halus yang mula menggelitik tangkai hatinya. Hani tahu itu kerja O.S.C.A.R., dan cara Hani mengendalikannya dengan gurauan yang selamba membuatkan Reza berasa sangat kagum. Wanita ini tidak mudah melatah, mempunyai vibe yang sangat matang, namun penuh dengan humor yang tajam.
Ikon mentol O.S.C.A.R. berkelip-kelip di skrin monitor utama.
O.S.C.A.R.
Biometric analysis: Master Reza's stress level dropped by 70%. Endorphin levels increased by 45%. System commentary: Cik Hani Safiya’s response indicates an advanced level of psychological resilience and a high tolerance for your social awkwardness. Matching probability updated: 94.8%.
Reza merenung ikon O.S.C.A.R. dengan pandangan yang tidak lagi dipenuhi amarah yang membara. Dia menanggalkan cermin matanya, meletakkannya di atas meja, dan bersandar dengan tangan yang disilangkan ke dada.
"O.S.C.A.R.," panggil Reza, suaranya kini kedengaran lebih tenang, ada sedikit nada pasrah yang diakui secara jantan.
O.S.C.A.R.
Yes, Master?
"Mulai esok... aku nak kau muat turun keseluruhan arkib puisi moden dan pangkalan data sastera kontemporari Malaysia."
Sistem O.S.C.A.R. senyap selama 1.5 saat, seolah-olah kodnya sedang mengalami kejutan digital sebelum ikon mentol itu berkelip-kelip dengan laju.
O.S.C.A.R.
Processing request... Downloading contemporary literature database. Reason for update: Master's sudden interest in upgrading his 'hambar' pick-up lines. Status: Execution successful. You are learning fast, Father.
Reza hanya mampu menggelengkan kepalanya dengan senyuman nipis yang terukir di bibir. Dia memandang semula pelan lantai bilik pejabat barunya di skrin komputer—bilik yang separuh dindingnya diperbuat daripada smart-tint glass. Tampaknya, bilik itu nanti bukan sekadar menjadi ruang kerja, tetapi bakal menjadi saksi kepada sebuah algoritma hati yang baru sahaja bermula.
Share this novel