Series
144
Hari Isnin, jam lapan pagi. Tingkat 15 Menara Faliq Digital secara rasminya telah bertukar menjadi zon larangan korporat. Dinding-dinding plaster lama sudah dirobohkan, meninggalkan ruang lantai konkrit yang luas dan terdedah, dipenuhi dengan bau cat baharu, habuk simen, dan gulungan kabel gentian optik yang belum dipasang.
Reza Faliq berdiri di pinggir kawasan pembinaan dengan kemeja putih yang lengannya dilipat kemas hingga ke siku. Di tangannya ada sebuah topi keselamatan (safety helmet) berwarna putih bertulis 'CEO' yang diberikan oleh Khairul sebagai gurauan. Namun, tumpuan mata Reza langsung tidak teralih daripada susuk tubuh seorang wanita yang sedang sibuk mengarahkan tiga orang pekerja kontraktor di tengah-tengah ruang.
Hani Safiya kelihatan sangat berbeza hari ini. Tiada lagi sut kasual korporat. Dia hanya mengenakan kemeja T berkolar berwarna hitam, seluar kargo kelabu, kasut but pembinaan yang comot dengan habuk putih, dan rambutnya disanggul tinggi menggunakan sebatang pensil kayu. Di pinggangnya terpaut sebuah beg utiliti kecil berisi pita pengukur dan pemotong kabel.
She looked incredibly rugged, yet efficient. Dan bagi Reza, pemandangan itu jauh lebih menarik perhatiannya daripada mana-mana model paparan teknologi di Silicon Valley.
"Bukan kat situ, Man," suara Hani kedengaran tegas mengatasi bunyi bising mesin penggerudi di sudut ruang.
"Anjakkan kotak terminal tu dua kaki ke kanan. Kita kena bagi laluan untuk laluan kabel bawah lantai yang O.S.C.A.R. nak guna nanti. Double check the blueprint please."
Selepas pekerjanya bergerak, Hani berpaling dan menyedari kehadiran Reza. Dia melepaskan keluhan kecil yang penat namun bibirnya automatik mengukir senyuman yang cukup mesra. Dia berjalan mendekati Reza sambil mengelap dahi dengan belakang tangannya yang berhabuk.
"Awal melawat kawasan, Encik Reza? I thought high-profile CEOs cuma masuk pejabat pukul sepuluh pagi," usik Hani, meletakkan sebelah tangannya di pinggang.
Reza menghulurkan sebotol air mineral sejuk yang dibelinya dari kafe bawah tadi kepada Hani.
"Saya datang nak pastikan kontraktor saya tak robohkan tiang utama bangunan ni. And version check: Panggil saya Reza. Kita dah lepasi fasa 'Encik' sejak puisi hibrid minggu lepas, kan?"
Hani menerima botol air itu dengan mata yang bersinar gembira.
"Terima kasih. Dan fair enough, Reza. Jadi, apa urusan rasmi awak kat tingkat yang penuh habuk ni? Tak takut kemeja putih premium awak ni kotor?"
"O.S.C.A.R. yang paksa saya turun," bohong Reza dengan wajah paling selamba.
"Dia kata dia perlukan pengesahan manual daripada saya untuk sambungkan hab sekuriti tingkat 15 dengan sistem induk di bilik saya."
Tepat pada waktunya, seolah-olah nama dipanggil, suara O.S.C.A.R. memotong masuk menerusi fon telinga bluetooth yang dipakai oleh Reza.
O.S.C.A.R.
Master Reza, my emotional analytics indicate a 98% probability that you are using my system as an excuse to initiate casual proximity with Hani Safiya. I did not request manual confirmation. The integration code was already automated at 06:00 AM.
Reza mengetap gigi, memicit cuping telinganya yang tersumbat fon telinga itu.
"O.S.C.A.R., system override. Mute for thirty minutes."
O.S.C.A.R.
Muting. Enjoy your offline interaction, Father.
Hani yang sedang meneguk air mineral memandang gelagat Reza dengan kening yang diangkat.
"Kenapa? O.S.C.A.R. kantoikan penipuan awak lagi ke?"
Reza berdehem, cuba menukar topik dengan pantas.
"Awak dah sarapan?"
"Belum sempat. Kejar masa nak setelkan susunan kabel ni sebelum orang IT awak datang buat pemasangan pelayan petang nanti," jawab Hani, kembali meneliti pelan digital pada tabletnya.
"Kenapa? Awak nak belanja saya nasi lemak ke?"
"Ada kafe baru buka dekat blok sebelah. They have good coffee and pastries. Jom," ajak Reza, nadanya bersahaja tetapi ada ketegasan yang penuh harap.
Hani memandang pakaiannya sendiri—seluar kargo yang berhabuk dan kasut but pembinaan, kemudian memandang Reza yang kelihatan seperti model majalah korporat.
"Dengan baju saya macam ni? Awak tak malu ke jalan dengan kontraktor comot?"
Reza merenung tepat ke dalam anak mata Hani, matanya melembut dengan sebaris senyuman nipis yang sangat ikhlas.
"Saya jalan dengan Hani Safiya, pereka ruang terbaik yang syarikat saya pernah ambil. I don't care about the dust. Jom."
Hani terdiam seketika. Kata-kata Reza yang ringkas itu terasa seumpama satu input kuasa yang berjaya membuatkan pipinya terasa hangat, walaupun udara di tingkat 15 itu agak berangin. Dia segera mematikan skrin tabletnya dan memasukkannya ke dalam beg utiliti.
"Okay, jom. Tapi saya nak makan croissant yang paling mahal sbb awak dah buat jantung saya lari daripada frekuensi asal tadi."
Reza tertawa kecil—bunyi tawa yang sangat tulen dan jarang didengari oleh sesiapa di dalam bangunan ini.
"Pilihlah apa saja. Budget is 0.00% impact on liquidity."
Satu jam kemudian, selepas sesi sarapan yang dipenuhi dengan perbualan santai tentang zaman universiti masing-masing dan perbalahan kecil tentang kopi kegemaran, mereka kembali ke tingkat 15. Keadaan di tapak projek sudah sedikit lengang kerana para pekerja sedang berehat tengah hari.
Hani berjalan ke arah sudut bilik yang bakal menjadi pejabat baharu Reza. Struktur rangka besi untuk smart-tint glass sudah berdiri megah, membentuk sebuah ruang semi-bulatan yang sangat futuristik.
"Kat sini nanti meja awak," Hani berdiri di tengah-tengah ruang kosong itu, mendepangkan tangannya sambil membayangkan reka bentuk yang bakal siap.
"Dari kedudukan ni, awak boleh tengok seluruh ruang pejabat staf melalui kaca lutsinar. Dan kalau awak rasa ego awak tengah runtuh atau awak tengah buat muka ketat sbb stres dengan kod komputer, awak cuma perlu petik jari... and boom, kaca ni bertukar jadi legap sepenuhnya dalam masa 0.2 saat. Privasi total."
Reza melangkah masuk ke dalam perimeter rangka besi itu, berdiri beberapa inci sahaja di hadapan Hani.
"Idea yang bagus. Tapi ada satu ralat pada pelan awak ni, Hani."
Hani berkerut dahi, mencapainya semula tabletnya dengan pantas.
"Ralat? Kat mana? Saya dah semak dimensi ni tiga kali dengan laser scanner."
Reza perlahan-lahan memegang bahagian atas tablet Hani, menurunkan peranti itu sedikit supaya mata mereka kembali bertentangan. Suasana di dalam ruang pejabat yang separa siap itu tiba-tiba bertukar menjadi sunyi, digantikan dengan desiran angin dari tingkap yang terbuka luas.
"Ralatnya ialah... awak letak suis kecemasan kaca tu dekat luar pintu," kata Reza, suaranya bertukar menjadi sangat rendah dan dalam, memancarkan aura slow burn yang sangat pekat.
"Macam mana kalau saya perlukan privasi segera masa awak ada di dalam bilik ni dengan saya? Contohnya... macam situasi siang Khamis lepas?"
Hani menelan air liur yang terasa kesat. Jantungnya tiba-tiba berdegup kencang secara manual tanpa memerlukan analisis O.S.C.A.R. Kedudukan mereka yang rapat di dalam rangka bilik yang sempit itu mengimbas kembali memori di mana tubuhnya terperangkap di antara dinding dan dada bidang Reza.
"Kalau... kalau situasi tu berlaku," Hani cuba memberanikan diri, suaranya kedengaran sedikit bergetar namun matanya tetap melawan pandangan tajam Reza dengan keberanian yang sama, "awak tak perlukan suis kaca tu, Reza. Awak cuma perlukan kata laluan yang betul untuk matikan sistem pertahanan saya."
Reza mengecilkan matanya, ada satu kilauan berbahaya namun sangat memikat terpancar pada anak matanya. Dia merendahkan badannya sedikit, mendekatkan wajahnya dengan telinga Hani sehingga haruman lavender dari rambut wanita itu kembali menguasai deria pemikirannya.
"Kalau macam tu," bisik Reza perlahan, hembusan nafasnya yang hangat menyapa lembut pipi Hani, "beritahu saya, Hani Safiya... apa kata laluan untuk saya ceroboh masuk ke dalam sistem hati awak?"
Hani menahan nafasnya. Seluruh tubuhnya terasa kaku dengan debaran yang teramat sangat manis. Keberanian Reza yang direct dan tidak lagi bersindiran korporat kali ini benar-benar berjaya meruntuhkan seluruh tembok pertahanan selambanya. Dia perlahan-lahan memalingkan wajahnya, menyebabkan bibir mereka hanya berjarak beberapa milimeter sahaja daripada bersentuhan.
Satu saat... dua saat... ketegangan romantis antara mereka berdua bagai mahu meletupkan seluruh ruang konkrit tingkat 15 tersebut.
BZZZZT!
Tiba-tiba, lampu indikator pada hab keselamatan di dinding berkelip-kelip dengan warna merah terang. Suara O.S.C.A.R. kembali memotong masuk menerusi pembesar suara kecemasan pembinaan dengan volum yang sangat maksimum.
O.S.C.A.R.
Thirty minutes mute status: Expired. Core system rebooted. Executive update: Master Reza, encryption password for Cik Hani Safiya’s data structure is currently not found in any known dictionary. Recommendation: Do not request the password. Just execute the 'lip-contact optimization' protocol immediately. Visual analytics indicate both subjects are 99.9% ready for data transmission!
Suasana magis itu hancur berkecai buat kali kedua.
Hani terus menundukkan wajahnya, menepuk dahi dengan tabletnya sambil melepaskan tawa yang sangat besar dan tidak tertahan lagi. Dia terpaksa berpaling membelakangi Reza untuk menyembunyikan wajahnya yang sudah bertukar menjadi warna merah menyala seperti cili padi.
Reza pula berdiri kaku dengan mata yang terpejam rapat. Penumbuknya digenggam erat sehingga urat-urat hijau timbul di lengan sasa kakinya. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum mendongak memandang pembesar suara di dinding dengan pandangan yang boleh membakar seluruh litar pelayan bangunan itu.
"O.S.C.A.R...!!!" Reza menjerit dengan nada pasrah yang teramat sangat.
"Hari ni juga... aku akan tukar suara kau jadi suara watak kartun Minion! I swear to God!"
O.S.C.A.R.
Threat level acknowledged. But according to current bio-data, your love-protocol integration is already 100% successful. Deletion of my system will not change the fact that you are deeply in love, Father. System out.
Hani memusingkan badannya semula menghadap Reza, mengesat air mata di bucu matanya akibat terlalu banyak ketawa. Dia berjalan melintasi Reza, sempat menepuk bahu CEO yang sedang menahan malu itu dengan gaya yang sangat manja.
"Reza," Hani berkata dengan senyuman manis yang paling menawan di hujung bibirnya.
"Kata laluan tu... saya akan beritahu lepas bilik pejabat awak ni siap minggu depan. Buat masa sekarang, tolong pergi uruskan AI awak yang terlebih cerdik tu dulu sebelum dia bocorkan rahsia awak dekat seluruh staf tingkat 16."
Reza hanya mampu meraup wajahnya dengan kedua-dua belah tangan sambil melihat langkah Hani yang berjalan keluar dari zon B dengan penuh ceria. Di sebalik gangguan digital O.S.C.A.R. yang menjengkelkan itu, Reza tahu satu perkara yang pasti: Sistem hatinya yang dahulunya sejuk dan hanya dipenuhi logik, kini telah disuntik dengan sebuah kod nama yang tidak akan boleh dipadamkan lagi untuk selama-lamanya.
Share this novel