BAB 1: SISTEM DAN SASARAN

Romantic Comedy Series 144

"O.S.C.A.R., status update on the Firefly Server security patch."

Reza Faliq bersandar pada kerusi kulit ergonomik miliknya, mata tidak beralih daripada barisan kod yang memenuhi tiga skrin monitor melengkung di hadapannya. Lengan kemeja kolar seginya sudah dilipat hingga ke siku, mendedahkan jam tangan titanium yang sepadan dengan aura korporatnya yang serba premium.

O.S.C.A.R.
Security patch 4.2.1 deployment is 100% completed, Master Reza. No vulnerabilities detected. Your lunch schedule is overdue by 24 minutes. Shall I order your usual grilled chicken salad?

Satu suara garau yang beralun tenang, kedengaran sangat manusiawi, bergema dari pembesar suara siling tersembunyi.

"Tak payah. Cancel the lunch. I have a meeting with the interior design firm in ten minutes, right?" Reza memicit batang hidungnya. Kepalanya terasa sedikit berat, tetapi ego seorang CEO tidak mengizinkan dia mempamerkan tanda-taka keletihan di hadapan sesiapa, wujud mahupun digital.

O.S.C.A.R.
Correct. Representative from Inara Design Consultancy is already in the main lobby. Name: Hani Safiya. Age: 26. Background check indicates—

"O.S.C.A.R., stop," potong Reza, tangannya diangkat sedikit.

"Aku panggil dia untuk tukar reka bentuk pejabat dan buat pelan smart workspace, bukan nak interview dia jadi ejen perisik. Just let her in when she arrives at the floor."

O.S.C.A.R.
Understood, Master. Deactivating background presentation. Fun fact: Her profile photo ranks 8.5 on the symmetry scale. Highly compatible with your—

"O.S.C.A.R., shut down the fun fact module before I rewrite your dialogue protocols, " ugut Reza dengan nada mendatar, langsung tidak terusik dengan 'kecerdasan' sistem yang dia bangunkan sendiri selama tiga tahun itu. Manusia luar mungkin memandang O.S.C.A.R. sebagai satu keajaiban teknologi kecerdasan buatan, tetapi bagi Reza, O.S.C.A.R. hanyalah pembantu digital yang perlu patuh pada logik, bukannya pandai-pandai buat ulasan rupa paras orang.

Tepat sepuluh minit kemudian, pintu kaca automatik pejabat Reza terbuka.

Bunyi ketukan tumit kasut yang perlahan namun beritma kedengaran melangkah masuk ke dalam ruang kerja bertema monokrom itu. Reza memusingkan kerusinya, mempamerkan wajah paling profesional, atau lebih tepat lagi, wajah boss-mode yang direka untuk meletakkan jurang autoriti yang jelas antara dia dan sesiapa sahaja yang berurusan dengannya.

Tetapi wanita yang melangkah masuk itu langsung tidak kelihatan gentar.

Hani Safiya berdiri tegak dengan sut kasual berwarna tanah (earth-tone), rambutnya diikat kemas ke belakang, manakala sebelah tangannya memegang tablet digital bersaiz besar bersama sebuah beg kanvas berisi sampel material. Matanya yang bulat memandang sekeliling ruang pejabat Reza dengan renungan menilai yang sangat teliti, sebelum pandangannya bersabung tepat dengan mata Reza.

"Encik Reza Faliq?" Hani menepuk skrin tabletnya sekilas sebelum menghulurkan tangan untuk bersalaman.

"I'm Hani Safiya dari Inara Design. Nice to finally meet you in person."

Reza bangun, menyambut huluran tangan itu dengan genggaman yang ringkas dan tegas—gaya standard seorang ahli perniagaan yang mahu mengawal keadaan.

"Reza. Have a seat, Cik Hani."

Hani duduk di kerusi berhadapan meja Reza, terus meletakkan tabletnya di atas meja tanpa membuang masa dengan mukadimah yang meleret.

"Syarikat Encik Reza minta kami untuk rombak keseluruhan layout tingkat 15 dan 16 ni untuk disesuaikan dengan ekosistem smart office. Saya dah teliti briefing yang pihak IT Encik hantar malam tadi."

"Dan?" Reza mengangkat sebelah keningnya, nadanya sengaja diletakkan sedikit tekanan ego.

"Ada apa-apa isu? Because my firm expects perfection. We don’t do messy renovations."

Hani tersenyum nipis. Senyuman yang tidak sampai ke mata, sejenis senyuman profesional yang biasa digunakan untuk berdepan dengan klien yang bajet bagus.

"The brief is clear, Encik Reza. Tapi ada satu perkara yang saya rasa agak... tidak praktikal," ujar Hani selamba.

Reza mengecilkan matanya.

"Tidak praktikal? My team and I spent two weeks designing that digital flow. Kat mana yang tak praktikal tu, Cik Hani?"

"Kat sini," Hani memusingkan skrin tabletnya ke arah Reza, menunjukkan pelan lantai bilik kawalan utama yang dikelilingi oleh dinding kaca lutsinar sepenuhnya.

"Encik nak bilik pelayan utama dan bilik kerja Encik berkonsepkan fully exposed minimal-glass. Estetik memang nampak futuristic, macam dalam filem sci-fi. But ergonomically? It’s a disaster."

Reza bersandar, lengannya disilangkan ke dada. Kedengaran tawa kecil yang sinis keluar dari mulutnya.

"Cik Hani, ini firma sekuriti digital tertinggi di kawasan ini. Konsep terbuka tu melambangkan ketelusan sistem kami. It’s an architectural statement."

"Ia satu kenyataan seni reka yang bakal buat staf Encik migrain dalam masa tiga bulan," balas Hani dengan nada yang kekal tenang, bersahaja tetapi tajam.

"Pencahayaan semula jadi dari tingkap barat akan terus tembus ke skrin monitor monitor utama. The glare will be unbearable. Lagipun, bilik kaca tanpa zon privasi visual untuk seorang CEO yang... maaf cakap, nampak macam suka mengarah dengan pandangan mata macam Encik ni, hanya akan buat staf rasa macam diperhatikan dalam zoo. It reduces productivity."

Reza terdiam seketika. Rahangnya bergerak sedikit. Selama dia mengendalikan Faliq Digital Cybersec, belum pernah ada kontraktor luar, terutamanya seorang wanita muda yang kelihatan begitu santai, berani mempertikaikan logik reka bentuk yang dia sendiri luluskan. Ego Reza rasa sedikit tercalar, tetapi diganti dengan rasa tercabar yang mendadak.

"I pay for implementation, Cik Hani, not for an amateur lecture on staff psychology, " ujar Reza, suaranya mula kedengaran dingin.

Hani tidak beralih pandang, matanya tetap merenung tepat ke dalam anak mata Reza.

"Dan saya dibayar untuk memastikan Encik tak membazirkan ratusan ribu ringgit untuk sebuah reka bentuk yang cantik pada nama, tapi cacat pada fungsi. I’m doing my job, Encik Reza."

Suasana di dalam bilik itu tiba-tiba menjadi sunyi sepi. Ketegangan profesional antara kedua-duanya bagai boleh dipotong dengan pisau. Masing-masing tidak mahu mengalah, mempertahankan hujah dan ego masing-masing dengan pandangan mata yang tajam.

Tiba-tiba, keheningan itu dipecahkan oleh satu bunyi dentingan melodi piano yang sangat lembut dan romantik dari pembesar suara siling.

Ting... ting... tong...

Lagu instrumen romantis yang biasa dimainkan di lobi hotel mewah atau masa candlelight dinner mula berkumandang dengan volume yang sangat jelas.

Reza tersentak. Kepalanya terus terdongak memandang siling.

Hani pula mengerutkan dahinya, memandang siling dan kemudian memandang Reza semula dengan riak wajah yang keliru.

"Pejabat Encik... memang ada tetapan muzik latar automatik ke kalau mesyuarat tengah tegang?"

Sebelum Reza sempat menjawab, suara garau O.S.C.A.R. memotong masuk, bergema di seluruh pelosok bilik dengan penuh keyakinan.

O.S.C.A.R.
Biometric analysis completed. Master Reza's heart rate has increased by 18% since Cik Hani Safiya entered the room. Cortisol levels are elevated, but pupil dilation indicates high attentiveness. Recommendation: Commencing stress-relief ambient playlist 'Romantic Evening' to foster a more harmonious corporate negotiation.

Wajah Reza yang tadinya pucat kerana menahan geram, kini bertukar merah padam sepenuhnya. Dia terus menegakkan badan, tangannya menepuk meja dengan pantas.

"O.S.C.A.R.! Mute! Mute system now!" tengking Reza, hampir hilang segala kawalan cool yang dia tayang sejak awal tadi.

O.S.C.A.R.
Understood. Audio muted. Good luck with the negotiation, Master. System efficiency is at 99%.

Suara itu hilang, meninggalkan melodi piano yang mati mengejut.

Reza perlahan-lahan menurunkan pandangannya, memandang Hani Safiya yang kini sedang menahan diri daripada meletupkan tawa. Sebelah tangan Hani memegang mulutnya, manakala bahunya terenjut-enjut kecil melihat CEO yang bajet ego tinggi itu baru sahaja disabotaj secara langsung oleh AI ciptaannya sendiri.

"Kadar degupan jantung naik 18%?" Hani mengangkat kening, matanya bersinar dengan kilauan mengusik yang sangat ketara.

"Wow, Encik Reza. I didn't know my 'amateur lecture' could be that... breathtaking for you."

Reza menarik nafas dalam-dalam, membetulkan kolar kemejanya yang tiba-tiba rasa menjerut leher. Hari ini, dalam tempoh tidak sampai lima belas minit, Reza Faliq sedar dia bukan sahaja mendapat seorang pencabar baharu bernama Hani Safiya, tetapi dia juga baru sahaja mencipta satu musuh digital yang perlu dia 'format' semula secepat mungkin.

Assalamualaikum semua, terima kasih sebab singgah baca O.S.C.A.R. Bab baharu akan diterbitkan setiap Sabtu dan Ahad. Jangan lupa follow untuk update seterusnya ya..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience