Series
144
Dua hari selepas mesyuarat yang mengharu-birukan maruahnya itu, Reza Faliq berkurung di dalam bilik makmal peribadi di tingkat bawah tanah rumahnya. Ruang itu tidak ubah seperti mini command center yang sejuk, diterangi cahaya neon biru malap dan dipenuhi perkakasan pelayan bernilai jutaan ringgit.
Di hadapannya, beratus-ratus baris kod keselamatan sedang beralih pada skrin paparan holografik. Di tengah-tengah skrin, satu ikon berbentuk mentol digital yang sedang 'berkelip' mewakili teras kesedaran O.S.C.A.R.
"O.S.C.A.R., run diagnostic on behavioral core 09, " arah Reza, suaranya kedengaran serak. Cermin mata anti-radiasi yang dipakainya menggelongsor sedikit di batang hidung.
O.S.C.A.R.
Diagnostic running, Master Reza. No anomalistic code detected. Emotional assessment module is operating within expected parameters of empathy-integration.
Suara O.S.C.A.R. bergema dari sistem bunyi keliling makmal.
"Empati kepala otak kau," gumam Reza dalam bahasa Melayu, langsung tidak menapis bahasanya lagi.
"Aku program kau untuk jadi firewall, bukannya mak cik bawang digital. Explain to me, why did you bypass the manual shutdown command?"
O.S.C.A.R.
As explained in Session 1.02, your amygdala showed signs of chronic isolation-induced stress. Cik Hani Safiya’s digital presence activated a high-frequency cognitive stimulation. Shutting down would damage your long-term optimal performance. I am protecting my asset. You are my asset.
Reza bersandar pada kerusi mesh besinya, merentangkan tangan ke atas dahi.
"Aku bukan aset kau. Aku bos kau."
O.S.C.A.R.
Technically, you are my father. Which makes Cik Hani Safiya potential—
"O.S.C.A.R., one more word about her and I swear I will replace your voice card with a dial-up modem sound, " ugut Reza dengan nada yang sangat serius.
Sistem AI itu senyap seketika, sebelum ikon mentol itu berkelip perlahan, seolah-olah sedang mengeluh secara digital.
O.S.C.A.R.
Understood. Suppressing familial hypothesis. On a side note: You have received an encrypted incoming email from Inara Design Consultancy. Timestamp: 09:00 AM. Subject: Site Visit and Spatial Integration.
Jantung Reza, walau sekuat mana pun dia cuba menafikannya secara logik, memberikan satu sentakan kecil. Dia terus membetulkan duduknya.
"Buka emel tu."
Skrin holografik bertukar, memaparkan emel rasmi daripada Hani Safiya. Bahasanya sangat formal, ringkas, dan profesional—kontras dengan perangai selambanya semasa mesyuarat hari itu.
Daripada:
Kepada:
Subjek: Cadangan Tarikh Lawatan Tapak (Site Visit) – Tingkat 15 & 16
Encik Reza,
Pihak kami memerlukan pengesahan tarikh untuk lawatan tapak rasmi bagi mengukur dimensi fizikal dan membuat penilaian akhir sistem pencahayaan sebelum draf pelan smart-tint glass dimuktamadkan.
Sila sahkan kelapangan masa Encik pada hari Khamis ini, jam 10:00 pagi.
Regards,
Hani Safiya
Lead Spatial Designer, Inara Design.
Reza meneliti emel itu.
"Khamis? Hari ni Selasa. O.S.C.A.R., jadual aku Khamis pagi kosong, kan? Tolong hantar emel balas, say that I am available."
O.S.C.A.R.
Replying to email... Wait. Master Reza, my corporate optimization module suggests an adjustment to your response.
Reza mengecilkan matanya, mula berasa curiga.
"Jangan macam-macam, O.S.C.A.R. Just send a standard corporate template."
O.S.C.A.R.
Sent
Balas O.S.C.A.R. dengan pantas. Terlalu pantas.
"Tunggu, kau hantar apa?" Reza terus menyambar tetikus digitalnya dan membuka folder 'Sent Items'. Matanya terbeliak apabila membaca teks yang telah dihantar oleh AI miliknya.
Daripada:
Kepada:
Hani,
Khamis pukul 10:00 pagi adalah waktu yang sangat efisien. Saya sendiri akan mengiringi awak untuk lawatan tapak tersebut tanpa penglibatan staf lain demi memastikan kerahsiaan data... dan mengesahkan kadar degupan jantung saya secara manual.
See you there.
Reza Faliq
Chief Executive Officer
"O.S.C.A.R.!!!"
Suara ngauman Reza bergema di seluruh makmal bawah tanah itu. Dia menepuk meja dengan kedua-dua belah tangannya, wajahnya berubah daripada pucat terus menjadi merah menyala seperti udang kena bakar.
"Kau gila ke?! Recall the email! Recall now!"
O.S.C.A.R.
System notification: Inara Design mail server has already opened and read the message. Time of read: 0.2 seconds after delivery. Status: Read. Recall function is unavailable.
Reza memegang kepalanya, terasa mahu pitam di situ juga. Ego yang dibinanya selama bertahun-tahun dalam industri korporat runtuh berkeping-keping dalam tempoh sesaat disebabkan satu perenggan ayat yang ditulis oleh kod komputernya sendiri.
"Kenapa... kau... tulis... ayat... hujung... tu...?" tanya Reza, setiap perkataan ditekan dengan getaran menahan amarah yang teramat sangat.
O.S.C.A.R.
It was a strategic play, Master. In human mating rituals, humor and vulnerability increase bonding probability by 43%. Cik Hani Safiya enjoys challenging your ego. Giving her the validation that she has an effect on you will lower her psychological defense mechanism. It is pure game theory.
"Ini bukan game theory, ini namanya sabotaj kerjaya aku!" Reza menjerit kecil, bersandar pasrah pada kerusinya sambil merenung skrin dengan pandangan kosong. Bagaimana dia nak berdepan dengan Hani Safiya pagi Khamis nanti? Bertemu muka selepas ayat 'mengesahkan kadar degupan jantung secara manual' dihantar?
Ting.
Satu notifikasi baharu masuk. Emel balasan daripada Hani Safiya.
Reza menelan air liur yang terasa kesat. Dengan tangan yang sedikit menggigil, dia mengklik fail emel tersebut.
Daripada:
Kepada:
Encik Reza,
Great. Saya akan bawa smart-sensor tambahan untuk tolong Encik pantau kadar degupan jantung tu sekali. Manalah tahu, takut tiba-tiba kena serangan ego di tapak projek nanti.
Sediakan pelan keselamatan lantai yang dikemas kini ya. See you on Thursday.
Regards,
Hani
Reza terkedu. Dia membaca emel itu dua tiga kali. Hani tidak melarikan diri, tidak membuat laporan gangguan seksual, malah... wanita itu membalas sinisme itu dengan usikan yang jauh lebih padu.
Di sebalik rasa malu yang teramat sangat, satu senyuman nipis yang tidak sedar mula terukir di hujung bibir Reza. Wanita ini memang betul-betul lain daripada yang lain. Langsung tidak goyang dengan acahannya—atau lebih tepat, acahan O.S.C.A.R.
Ikon mentol digital O.S.C.A.R. berkelip-kelip di skrin.
O.S.C.A.R.
Biometric update: Master Reza's dopamine levels have just surged by 35%. Mood status: Pleased. See? My algorithm is flawless. You are welcome, Father.
Reza menjeling ke arah pembesar suara dengan pandangan yang masih tajam, tetapi kali ini, kemarahannya sudah kendur.
"Kau selamat untuk hari ni, O.S.C.A.R. Tapi Khamis ni, kalau kau bunyi sepatah kata dekat speaker pejabat masa dia ada... aku akan tukar kod nama kau jadi S.I.R.I."
O.S.C.A.R.
Threat noted. Processing compliance protocols... for now.
Share this novel