“Kenapa pakcik? Apa yang makcik tu dah buat sampai macam tu sekali hidup
dia.” Zamir semakin berminat untuk mengetahui kisah makcik bernama
Salsabila itu. Apakah ada sesuatu yang telah terjadi kepada Salsabila h. Dia
cuba memasang telinga tidak sabar mahu mendengar kisah Salsabila h
selanjutnya. Zamir yakin pakcik Omar menyimpan rahsianya.
Lama pakcik Omar terdiam. Rokok daun yang sudah kematian api sengaja
dibiarkan bermain-main dibibir kehitamannya. Redup mata tua itu
meresahkan jiwa muda Zamir yang ingin mengetahui apa sebenarnya yang terjadi.
“Panjang ceritanya. Kamu masih ada mak?” tiba-tiba Zamir dikejutkan
dengan soalan itu.
Zamir angguk. Terbayang dimata wajah ibunya yang sudah lama tidak
dihubungi. Entah apa yang dilakukan ibunya ketika ini. Anak muda itu
menelan liur. Dia akan menelefon ibunya sebentar nanti untuk bertanya
khabar. Tumpuan terus diberikan kepada pakcik Omar yang sedang merenung
ke arah rumah usang itu. Sepertinya pakcik Omar sedang mengingati
kembali detik-detik sejarah kehidupan Salsabila h.
“Hmm..jagalah hati orang tua jangan disakiti hati mereka, jangan kamu
menyesal bila dai dah takde nanti. Salsabila jadi macam tu sebab kifarah
dosanya pada mak Wok. Dahulu…”
Share this novel