“Orang kampung kat sini buat tak tahu je dengan dia tu lagipun kalau
dilayan lagilah dia buat perangai. Kami ni pun dah tak tahu nak
nasihatkan dia macam mana. Kalau dinasihat nanti menjadi-jadi lagi
kelakuan dia, caci maki tu dah jadi mainan dimulutnya, bertempik
terlolong-lolong ikut suka hati dia.” pakcik Omar menarik nafas dalam.
“Kamu ni entah orang yang ke berapa kena macam tu sebelum ni dah ramai
sangat yang kena. Ada tu dia halang jalan orang tiba-tiba dia rampas
kunci kereta. Sampai bertumbuk pun ada. Ramai yang bengang dengan dia
tu, tapi itulah apa yang pakcik cakapkan tadi lama-lama penduduk kat
sini buat tak tahu je dengan dia tu. Dah malas nak ambil tahu. Tapi
kadang-kadang timbul juga rasa kasihan kami kalau tiba-tiba dia datang
minta tolong ke apa. Hmm..entahlah.” Ujar pakcik Omar tanpa diminta.
Zamir mula berminat untuk mengetahui kisah selanjutnya.
“Apa yang jadi dengan dengan makcik tu pakcik. Pakaiaannya nampak kemas,
sekali pandang macam orang kerja bagus-bagus. Pegawai bank?” soal Zamir
tanpa berfikir.Ialah berkot bagai, bersolek cantik siapa pun tidak
menyangka yang makcikb erpakaian kemas itu ada penyakit mental.
Pakcik Omar tergelak dengan pujian melambung dari Zamir itu.
“Dia tak kerja Zamir . Pernah kahwin tapi takde anak, kena cerai dengan
suami selepas tiga bulan kahwin. Yalah siapa tahan dapat isteri
perangainya macam tu. Pakcik bukan nak buruk-burukan Salsabila tu tapi
itulah agaknya balasan tuhan kepada dia.”
Share this novel