BAB 7

Drama Completed 518

“Aku dengarlah! Jangan nak memekak boleh tak! Kalau tahu badan tu tak
larat jangan buat kerja bodoh panggil nama aku berkali-kali. Kau tak
sakit telinga ke dengar orang asyik duk melaung je kerjanya. Tak padan
dengan sakit!” jerkah Salsabila sebaik keluar dari bilik mengejutkan mak
Wok. Mata tua itu berkaca.

“Nah!Lepas ni jangan nak panggil-panggil aku lagi.”

Satu termos air panas diletakkan sebelah tempat pembaringan mak Wok. Air
kosong yang selalu disejukkan mak Wok telah habis diteguk Salsabila pagi
tadi yang tinggal hanyalah air didalam termos dijadikan air panas itu
sahaja yang ada. Salsabila tidak kuasa mahu menyejukkan air itu untuk mak
Wok, dibiarkan mak Wok buat sendiri.

“Aku nak air kosong sejuk Biha” rintih mak Wok. Sebak.

“Aku dah bagi tu minum jelah banyak bunyi pulak. Kalau nak sejuk kau
biarkan dulu sejuk air tu. Hah nanti minumlah…B***h!”

Air matamak Wok menitis lagi. Disapunya perlahan dengan tangan
terketar-ketar. Tekaknya sangat haus namun diberikan Salsabila air panas
yang belum disejukkan. Termos disisinya perlahan-lahan dituang ke dalam
cawan. Dia akan minum jika air panas itu telah sejuk nanti.

“Kaudah telefon kakak, Biha”

“Dah! tapi diaorang sibuk. Ala tak payah lah nak menyusahkan diaorang.
Lagipun aku tak sukalah diaorang datang sini. Rimas tau tak!” Bohong
Salsabila sambil menilik mukanya dicermin bedak segi empat itu. Dia tidak
memberitahu seorang pun adik beradiknya mengenai kesihatan emak mereka.

“Assalamualaikummak..”

Salsabila mendengus. Dia tahu suara siapa yang memberi salam itu. Untuk
tidak menambahkan lagi rasa sakit hatinya Salsabila berlalu masuk ke
biliknya. Malas dia mahu bertentang mata dengan Saodah.

“Astarfirullah mak, kenapa ni mak..kenapa sampai terbaring macam ni.”
Saodah terus menerpa emaknya yang terbaring tersesak-esak itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience